Tuesday, February 22, 2011

Puteri Santubong, Puteri Sejinjang...


Oh... Puteri Santubong,

Sejinjang sayang,
Kisah lama, zaman mensia maya

Puteri Santubong, Puteri Sejinjang,
Penjaga gunung Negeri Sarawak,
Manis sik ada dapat dilawan,
Anak dak Dewa turun kayangan.


Oh.... Santubong puteri bertenun kain malam,
Oh.... Sejinjang puteri menumbuk padi siang,

Satu hari nya duak kelai,
Beranok anok sik renti-renti,
Sorang madah dirik bagus lagik,
Sorang sik ngalau walau sampei ke mati,

Udah lejuk nya duak kelai,
Lalu bertukuk nya duak puteri,
Sejinjang mengayun paluk ke pipi,
Tebik Santubong sampei gitok ari,

Tapi Santubong membalas juak,
Lalu ditikam batang belidak,
Sampei terkena Sejinjang kepalak,
Lalu bertabor jadi Pulo Kerak,

Kisah Santubong, kisah Sejinjang,
Asal berkawan jadi musuhan,
Kinek tok tinggal jadi kenangan,
Pakei ingatan sepanjang zaman.


Best tak lagu Puteri Santubong ni? Dulu masa sekolah menengah, efa dan geng kelas nyanyi lagu ni untuk koir persembahan jemputan kat majlis Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak. Nak tahu pasal PKMS boleh baca kat sini. Sebenarnya bukan nak cerita pasal Persatuan ni, tapi nak kongsi cerita lagenda pasal Puteri Santubong ni. Kalau korang search mesti jumpa berlainan cerita sampai tak tahu yang mana satu betul kan? Efa pun keliru gak cerita sebenar mengenai asal usul kisah lagenda Puteri Santubong, alahai nama pun lagenda kan??


Efa rasa cerita ni, ada sedikit sebanyak sama kot. Jom Layannnn

Konon ceritanya zaman dahulu kala di negeri Sarawak terdapat dua buah kampung yang berjiran tetapi selalu bermusuhan antara satu sama lain iaitu Kampung Pasir Kuning dan Kampung Pasir Putih.

Bagi menamatkan permusuhan mereka, Dewata Mulia Raja mengutuskan dua orang puteri kayangan bersaudara pupu untuk turun ke bumi dan memimpin penduduk kampung supaya menuju kearah kemakmuran. Puteri Santubong akan memimpin Pasir Kuning, manakala Puteri Sejinjang pula memimpin Kampung Pasir Putih. Mereka sendiri juga telah bersumpah tidak akan bermusuhan sesama sendiri dan terikut ikut dengan perangai penduduk yang mereka pimpin. Kedua dua kampung pun mulai mengecapi kemakmuran.

Puteri Santubong sangat masyur dengan kain tenunannya dimana begitu unik dan dijual dengan harga yang mahal. Sementara tanaman padi di Kampung jiran iaitu Kampung pimpinan Puteri Sejinjang menjadi begitu subur dan menjadi.

Kemasyuran Kampung Pasir Kuning (pimpinan Puteri Santubong) telah memikat kehadiran orang dagang termasuklah Putera Serapi dari Matang yang sangat segak itu, dan akhirnya bercinta dengan Puteri Santubong sementara Panglima Putih sakit hati kerana pinangannya ditolak. Kampung Pasir Putih (kampung pimpinan Puteri Sejinjang) dibakar oleh Sang Bualang kerana kecewa cinta ditolak oleh Puteri Sejinjang. Puteri Sejinjang lari ke istana Puteri Santubong, bersua Putera Serapi lalu jatuh cinta. Bermula permusuhan lantaran perasaan cemburu telah membawa kepada perkelahian kedua mereka. Akhirnya, kerana mereka melanggar sumpah, mereka kemudiannya bertukar menjadi gunung.


Hari Ahad yang lepas, Efa dan kawan Efa tengah explore jalan baru, tiba2 terlihat pemandangan Gunung Santubong yang begitu jelas dan sangat cantik sehingga efa kagum sangat lalu mengada2 mengambil gambar tanpa rasa segan silu (huh! dengan sekali nafas baca, boleh dok? huhuhu). Tak sempat nak ambik picture banyak2 sebab hari sudah hampir malam.

Efa tengah cari tempat menarik nak ambik gambar. Ada sapa2 geng Kuching saya nak join tak? bukan formal photo shooting macam profesional photographer yang ada ramai orang, yang ada spot light, ada macam2 lagi kelengkapan tu. biasa2 sahaja. kalau tak nak tak apa.. ehhehe





Terpesona seketika efa tengok view Gunung Santubong kat sini.



Sumber lirik lagu & cerita dari sumber dibawah, akan tetapi efa dah tukar sedikit sebanyak menggunakan ayat efa sendiri. ^_^
Credit Sastera Rakyat: sini
Credit Pesona Batik: sini

11 comments:

fLo said...

yerrrr...posing maut eh...heheheh..lmk dh mek x g sia...nice view hoo...=p

e F a said...

hehehe, kmk kaki posing bah.. ya la, kmk lamak juak sik g~ ngga dr jauh jak kmk..

AmirFX said...

Minggu ya tek kmk bok pakei jeraya sia.. Nang kacak view gunung dari sia..

lidey lim said...

teringinnya nak p sana...

e F a said...

amir: kck ooo, geram nk ambik gmbr sia, tpi bhy jak

e F a said...

lidey: mai la sini, cuti2 m'sia..

nabilah_2908 said...

nice view...nampak gunung tu..cantik.. ;)

jom ke APA KATA HATI pulak,
BLOG REVIEW : CITRA HATI ALIESHA KIRANA

PutRee SeJiNjaNg said...

kacak ow tempat ya..jalan ya dekat2 dgn umah kmk dear...huhuhu

e F a said...

nabilah: cantek kan?? ehehhe

e F a said...

tilla: duhal, kmk baruk tauk tmpt ya aie, nang kacak owh.. :)

Kirana Marchuuqwin said...

actually, saya ada cerita tersendiri tau.... Mak saya ada cerita pasal Puteri Santubong ni.... katanya cerita ini daripada nenek moyang dia, so, untuk kekalkan cerita ni diaorang turunkan kepada anak cucu....

Puteri santubong dan puteri sejinjang dihantar oleh raja kayangan/dewa sebab nak tamatkan pergaduhan antara 2 buah kampung.. Puteri Santubong ni tererlah tenun kain dab puteri sejinjang pula menumbuk padi..... Nak di jadikan cerita, ada seorang lelaki bernama Fata. Kedua2 puteri tadi syok dekat Si Fata. Selain Fata, Bujang juga adalah anak angkat kepada ketua kampung terssebut.... Kalau tak silap, adik si bujang ni kena rogol oleh Fata. Padahal, Fata telah berkahwin dengan Puteri Santubong... Jadi oleh sebab kecewa Si Bujang ni menyumpah dirinya menjadi seekor buaya (bujang senang).. Puteri Sejinjang ni pula jatuh hati dekat Fata, satu hari Puteri Santubong ternampak kemesraan antara Fata dan Sejinjang.. Kemudian, mereka bertengkar. Sehinggakan sejinjang ni menghentam pipi santubong dengan sejenis alat bernama "ALUK"..... sebab tu dekat gunung santubong terdapat lekuk.. Puteri Santubong pulak menikam batang belida sehingga menyebabkan otak sejinjang terburai....... masing2 terbaring kesakitan, oleh kerana melanggar sumpah. Kedua2 puteri di sumpah menjadi GUNUNG dan PULAU... Santubong bertukar menjadi Gunung manakala sejinjang menjadi beberapa buah pulau kerana otak2nya yang terburai tadi..... Pulau Kera,Pulau Talang-talang,Pulau Satang,Pulau Lakir dan beberapa pulau kecil yang berhampiran .... Okey, penghabisan kesemua cerita, kedua2 puteri telah disumpah, bujang senang berjanji akan membunuh keturunan Fata, Fata pula menghilangkan diri.......
Menurut mak saya juga, puteri santubong ni ada 7 beradik kesemuanya puteri........ tapi yg duhantar ke bumi dia......

sekian, ;)

duit poket

Related Posts with Thumbnails