Friday, February 11, 2011

Old Town White Coffee @ Hills: HALAL ke tak?

Mesti ramai yang dah pernah cuba makan & lepak lepak kat OTWC (Old Town White Coffee) kan. (Budget cool la lepak kat sini...huhuhu). OTWC berkonsepkan kopitiam, banyak kemudahan2 yang disediakan untuk pelanggan. Bagi efa semua itu sangat penting, ye la, kita ni sebagai pelanggan macam-macam demand kalau nak makan kat restoran kan. Nak dalam keadaan yang bersih, relax, boleh lepak-lepak dengan kawan2 & macam-macam lagi. Sekarang ni, ramai demand nak ada free WiFi, so jangan risau lah, dekat OTWC sememangnya ada service ini. Nak tahu lebih lanjut lagi pasal OTWC boleh pergi ke website Old Town White Coffee ok??


Persoalannya di sini HALAL ke tak Old Town White Coffee? Sebelum ni pernah ada isu-isu yang menyatakan restoran ini tidak Halal, lepas tue, Halal pulak. Hurm, kadang-kadang agak meragui status restoran. Tapi jangan risau, efa akan berikan link di mana korang boleh baca nak tahu statusnya. link 1 link 2

Kalau nak bincangkan isu HALAL nie, sampai bila2 pun takkan habis. Sebab kita kena tengok banyak aspek untuk HALAL, bahan2 yang di gunakan mestilah dari sumber yang HALAL, bahan2 itu sendiri mestilah HALAL, bersih dan selamat di makan. Banyak lagi sebenarnya. Baca kat sini atau kat sini.

Bagi efa, kalau ragu2 nak makan tue, baik tak payah nak makan ok. Lagi hati senang dan tak perlu nak risau, runsing sampai jadi gila. ahahha. Sampai macam tu sekali.




Suasana Restoran Old Town White Coffee di Hills, Kuching. Cantik kan decoration kat dalam restoran ni.


(sorry, picture agak2 tak menarik sebab ambik guna HP je)
Menu OTWC, simple. Tapi efa tak suka sebab tak ada penerangan bagi setiap menu, so tak tahu ingredients kat each dishes, cara masakan dan sebagainya. Menu perlu diperbaiki lagi.


(pic credit from OTWC)
Efa cuba air ni, Orange Fizzy. Masam, menyesal order air ni. Lebih baik minum air suam je kot.


(pic credit from OTWC)
Hidangan yang efa cuba OLDTOWN asam laksa. xsedap, menyesal order nie. dia guna ikan sardin beb! bukan asam laksa pakai ikan kembung ke? mungkin ini OLDTOWN style kot. tapi for me, tak sedap la. (tapi habis jugak hari tue.. err, dah lapar hantam sajalah)


what i wore masa dinner kat OLDTOWN hari tu.


bagi efa, restoran ini InsyaAllah HALAL, kalau rasa was was dan ragu ragu, janganlah makan disini, banyak lagi restoran yang dijamin HALAL. kalau sekadar nak rasa cool makan di sini. baik tak payah! tiba2 nak emo~



10 comments:

E.d.Y said...

yup..kalau ragu2 jgn makan...kita kalau buat sesuatu kene yakin

AmirFX said...

Pinjam kunci kejap. K kmk bukak pintu rumah... haha..

e F a said...

edy: betul tue. terpulang pada individu itu sendirii

e F a said...

amirfx: tok kunci master, semua pintu boleh bukak...

Ina said...

kalau was-was..jgn le makan kat situ..byk tempat lain lagi..
Ina Nazir New Entry: Fuh..seksi betul artis itu!!

e F a said...

ina: efa tak was was... efa yakin.. :D

Redbloodsnow said...

asam laksa kat cya nanggggg lah SIK nyaman efa. uweekkk jak rasa...haha

mrs. daydeck said...

hype!! ;)

Anonymous said...

Kopitiam Old town tidak halal sebab mereka dengan angkuhnya tidak pernah memohon sijil halal Jakim dan swasta,cuma ada sijil halal agensi yang tidak diiktiraf Jakim,selain itu pekerja mereka semuanya berbangsa cina dan Nepal.

Hamba Allah said...

bagi yg beragama islam dan pentingkan halal dan suci adalah tidak digalakkan untuk makan & minum di OTWC kerasa status sijil halal premis tersebut diragui...fikir2kan
wallahualam

duit poket

Related Posts with Thumbnails