Tuesday, January 1, 2013

Happy New Year 2013



Dah lama efa tak post entry dalam blog ni, ada la dalam sebulan, eh, 2 bulan, bukan-bukan 3 bulan, ohhhh no, dah 4 bulan lebih da. Hadoi nya pun, maafkan efa, blog yang ku sayangi. hehehe. Efa kebelakangan ini agak busy dengan kerja sampai tak ada masa nak update. Sempena tahun baru ini, chewah, efa ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada keluarga, rakan-rakan, sista-sista Le Shasta Femelle, pembaca blog, kenalan dan juga semua rakyat di seluruh dunia (macam satu dunia dok baca kan). Semoga tahun baru ini memberi satu permulaan yang baru dan memperbaiki salah dan silap yang pernah kita lakukan sebelum ini. Semua orang tidak sempurna, tidak lepas dari melakukan kesalahan dan kesilapan, oleh itu, jadikan semuanya sebagai pedoman dan tauladan (ewah, nak bersyarah pulak).





Efa nak story few things mengenai efa yang efa tak berkesempatan nak berkongsi.





RAYA OOO RAYA.. tahun ni Hari Raya di sambut dengan kesederhanaan, tak perlu baju baru, tak perlu kasut baru, tak perlu kawan baru, tapi diraikan dengan kemaafan diantara keluarga tercinta, sahabat handai dan teman seperjuangan. Jom lihat beberapa gambar efa dan rakan-rakan diwaktu perayaan Hari Raya yang lepas.

Setiap tahun mesti menyambut dengan dorang, in shaa Allah, tahun hadapan begitu juga, opps, tahun ni. hehehehe.


First time berhari raya bersama LSF dan student efa. Teman rapat efa, Amy, ini merupakan hari raya kedua bersamanya.



Tak lupa lawatan efa ke rumah panjang Annah Rais bersama-sama rakan sekerja, Baby dan juga anak murid efa yang sangat nakal. hehehe.

First time efa pergi sini walaupun dah duk lama kat Sarawak. hehehe.




Alangkah bersyukur ke hadrat Illahi apabila kedua-dua orang yang efa sayang iaitu mak dan bapak efa diberi peluang olehNya untuk mengerjakan Haji buat kali kedua, alhamdulillah. Pemergian selama 44 hari sememangnya lama. Setiap saat efa mendoakan semoga perjalanan, kesihatan dan makan minum mereka di sana sentiasa di dalam keadaan yang baik dan lancar. 

Majlis Wida', pemergian mereka ke tanah suci dan setibanya mereka ke Malaysia. Terima kasih kepada mereka yang sudi datang ke majlis Wida' parents efa. 




Oh ya, perlu tak efa mention dia nie sapa? hehehe. buat mereka yang dah tak tahu lagi, dialah Amy huny buny, my beloved bestfriend. Kitaorang macam dah lama kenal kan? tapi baru je 2 tahun mengenali antara satu sama lain,  ini merupakan Hari Jadi Amy yang ke-, (rahsia!!) dan hari jadi dia yang ke 2 selama kami berkenalan. chewah!!!

as sweet as candy!




Dan tak lupa my own birthday, hehehe. Alhamdulillah Allah masih beri efa peluang dan masih lagi bernafas. Ternyata efa memang tidak ada majlis untuk menyambut hari jadi tetapi rakan-rakan yang baik hati dan comel-comel telah meraikan hari jadi efa.  (tahun ni buat lagi ye! hehehe)

Dapat 2 kek, hadiah dari akak & my bestfriend, amy huny buny.




Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, mengucapkan selamat tinggal untuk close friend efa sebab dia dah berhenti kerja. kan dah tak ada geng sekongkol dah sekarang. 

Aaila Jamila, rakan sekerja efa yang comel, baik, mesra, ringan tulang, dan segala-galanya. hehehee.



Pengenalan kepada Le Shasta Femelle, female kuching blogger yang telah ditubuhkan pada 25 Mac 2012. Mengenali rakan-rakan baru blogger yang ternyata memang menyeronokkan.




Semestinya setiap tahun kita ada kenangan manis dan kenangan pahit yang tak mungkin dilupakan, dan begitu juga efa. Efa melalui pelbagai dugaan dan cabaran semasa menempuhi tahun 2012. Tetapi efa bersyukur sebab semua tu adalah saat dimana efa mula mengenal yang mana baik dan yang mana buruk untuk efa. Kekadang kita menyangka yang berlaku itu adalah satu bebanan tetapi ianya sebagai pengajaran dan tauladan untuk kita menempuhi masa hadapan. Sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang, kerana ianya pasti ada hikmah disebalik setiap kejadian. Wallahualam.

Sunday, August 5, 2012

#TwtUpSUNGKEY 2012 happening!!!

Salam Ramadan buat sekalian, minta maaf banyak2 sebab dah lama tak update, tak ada cerita terbaru melainkan efa busy dengan kerja je. 

Semalam (4 Ogos 2012) efa berkesempatan pergi ke #TwtUpSUNGKEY yang diadakan di RJ Ayam Penyet, efa pergi bersama cikgu syuhada ehhh heliza, bukan juga, dengan akak kita eva, hehe (iboh marah eva). Ini event yang kedua yang efa pergi, sebelum ini #twtupkch, click --> tweetup kuching dan 2nd entry tweetup kuching untuk baca entry yang lepas.

#TwtUpSUNGKEY adalah majlis berbuka puasa bersama-sama dengan rakan-rakan di laman  sesawang, twitter. Efa rasa ramai gak yang datang tak kira Muslim atau bukan Muslim. 

Secara kebetulan efa tak ada teman nak pergi dan eva pulak last minute ajak. last2 kitaorang berdua je la pergi ke event ni.




Tema kena pakai baju kurung dan baju melayu, heee. kitaorang datang kira awal gak la, dalam pukul 5.30 petang dah sampai, takut tak ada tmpt duduk. Sebab tak ada reservation bagai, so kira first come first get the table la... ahaaaaa


sebelum berbuka puasa, kitorang dihiburkan dengan persembahan dari Ila damia, Ir Radzi, Asyraf Hardy dan Mal Imran. tunggu2 jugak dorang nyanyi lagu raya. tak ada pulak. heeee. tapi, apa2 pun memang terhibur la. 


kitaorang berpeluang bergambar bersama mereka yang terlibat. apa2 pun mari layan gambar2 kami. 
ada gambar sendiri dan gambar dari The Collective Studio


Kitaorang tengah tulis nama untuk tag nama untuk wristband . ::CREDIT The Collective Studio, EDIT by me:: 

jangan lupa follow kami ye.  

kitaorang duk depan2 pun masih lagi tweet2. heeee. ::CREDIT Sarawak Bloggers::
  

Persembahan dari Ila Damia, Ir Radzi, Asyraf Hardy dan Mal Imran  ::CREDIT The Collective Studio, EDIT by me:: 

::CREDIT The Collective Studio, EDIT by me:: 

Wan ERA & Hasmin ERA, sapa dapat jawab soalan dapat goodies bag dari ERA.fm ::CREDIT The Collective Studio, EDIT by me:: 

::CREDIT The Collective Studio, EDIT by me:: 


::CREDIT The Collective Studio, EDIT by me:: 

si comel Hasmin dari ERA KCH.fm

cikgu syuhada aka heliza, atau nama sebenar eva, titik noktah! heeee...

sempat bergambar dengan Afick ERA KCH.fm dan Ila Damia

Suka gambar ini, candid dari The Collective Studio ::CREDIT The Collective Studio::  

Group photo.  ::CREDIT The Collective Studio:: 


More photos:


Sila baca entry dari Sarawak Bloggers sebelum event:

Sila baca entry dari Sarawak Bloggers selepas event:

#TwtUpSUNGKEY telah disokong oleh:

Sunday, July 15, 2012

The Street Bazaar organized by Host Projeck

7 shasta's out of 10 yang berjaya menghadirkan diri, ika busy dengan exam & coeq pula di Miri.


Alhamdulillah telah selesai The Street Bazaar pada 30 June 2012 yang lepas, antara event yang telah Le Shasta Femelle join untuk tahun ini. Tak sangka kami telah berjaya lakukan walaupun tidak semua dari LSF dapat turut serta. The Street Bazaar telah dianjurkan oleh Host Projeck, yang merupakan bazaar untuk semua offline & online shopper boleh join dan menjual produk masing-masing. Kalau kat booth LSF, hurmmmm macam-macam ada. 







Sebelum memulakan kerja hari tu, breakfast dulu, yorlah kang kelaparan pulak kami nanti.
booth LSF, kempen no plastic pada hari itu. 


Wall deco by Chu

Keadaan semasa pre-preparation, antara booth yang terawal. tapi lama gila siapkan booth. ahahahah

Antara barang jualan kami, kufi, biscuits, photobooth, preloved items from dress, cardigan, belt, handbag, shoes, scarf, vintage dresses, new bawal scarf, accessories from bangle, belt, rings, flowers... huh, apa lagi? did i miss something? hehehe
antara booth yang lain. from cakes, cupcakes, chocolates, taco, preloved items, tupperware,  health supplement, handcraft, dresses, and much more.
Masa ni booth kami kena serbu orang ramai, sesak gila, sampai tak terlayan LSF. apa2 pun terima kasih kerana sudi berkunjung di booth kami yang tak seberapa itu.

seronoknya bermain dengan DIY props kami. Thanks to Chu yang sudah penat lelah buat DIY props semalaman
Wheee, beronok-beronok kegembiraan mereka bersama DIY props, Terima kasih banyak2 korang.

Masa ni semua muka kelaparan. menyempat jugak nak posing. 



Oh ya, sapa tak kenal Zie kan, ibu comel yang sedang sarat mengandung, tapi tetap maintain cun. dah lama kenal tapi baru first time jumpa dia. Memang segan gak mula2 tue, tapi lama2 ok je. Hehe. Sik sabar nunggu baby kitak aie...

Yang ni hot mama, Aisha, memang baru first time jumpa, malu je ngan dorang ni, semua gojes2 tau. hehehe. Sweet kitak aisha, next time mun da masa lak kita sesi suai kenal gik ah.


Eva the vuulavaaaa, hehehe. ni masa efa buat tutorial kat eva konon2 nya, lucu je. macam pelik pulak muka eva. tudung tu macam susah nak di bentuk.



Yang tiga orang kat belakang tue, Chu, Efa & Ejan sedang sibuk kacau si Eva buat hijab tutorial. ahahaha. *evil laugh*



kenampakan kegembiraan keriangan kesukaan kelapangan

ini Heliza ke Eva?? 

with rudzie, my cuzz yang ada buka booth sebelah kami.
  
antara picture polaroid kami. sweet memories with all of u. love, love, hugs.


Dah penat lelah pada hari itu, kami berempat dinner, lapooo tau. hanya empat orang je dapat join, yang lain ada hal masing2. Eva, Shichi, me dan Fai.


Memang penat tau, sehari-hari di booth, tapi memang besttt sebab dapat gather ngan LSF. enjoy gila dengan perangai happy dan gila2. sumpah tak kering gusi sebab asyik ketawa je memanjang. hilang stress sekejap.


Siapa belum tengok vlog kami, sila click SINI

Thursday, July 5, 2012

Jodoh Pertemuan dari ALLAH.


Cari jodoh? Dalam Islam sendiri mencari jodoh bukahlah seperti "membeli kucing dalam karung", atau "coba dulu baru beli" malah tidak seperti "habis madu sepah dibuang". Apatah lagi "test drive dulu", hadoii, macam-macam lagi istilah yang orang guna sekarang ni tapi dalam Islam perkara ini sebenarnya penuh dengan adabnya. 


Dengan itu, proses sebuah pernikahan untuk agama Islam sentiasa berlandaskan Al-Qur'an dan As-Sunnah yang shahih. 


Ada juga yang cuba mengkategorikan jodoh itu: (sedutan filem "Syurga Cinta")

JODOH DARI SYAITAN
lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. apabila si perempuan tadi mengandung, barulah di lelaki tadi menikahi perempuan tersebut.

JODOH DARI JIN
lelaki menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya kembali, kemudian dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tadi

JODOH DARI ALLAH
pandangan dua pasang mata antara lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. lalu, lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. perempuan tadi menerimanya. mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah satu-satunya cinta yang diredhai ALLAH. bercinta sampai ke syurga.


Jom tengok cerita di sebalik pertemuan jodoh Irma Hasmie Ibrahim & Redza Syah Azmeer Radzuan



p/s: sahabat efa dalam office yang mula-mula tengok video ni semalam, terus efa tersentuh dengan jalan cerita pertemuan mereka. dan efa nak kongsi ngan korang semua. betapa indahnya jodoh pertemuan dari ALLAH. In Shaa ALLAH, efa pun mengharap jodoh dari ALLAH. Mudahan. Amin Yarabbal Alamin.




Nak kongsi juga doa-doa ni:



 :::Sumber Doa

Tuesday, July 3, 2012

Le Shasta Femelle Vlog

Sebelum efa post ceta pasal event hari sabtu tu, The Street Bazaar Kuching, yang kat Old Court, Kuching. Meh tengok our first ever Vlog yang telah di edit & create by our lovely EvaRomina <<Click untuk ke blog Eva. Terima kasih akak eva yang telah penat-penat edit bideo tok. :))


Thank you so much to Host Projeck, kepada rakan-rakan yang telah terlibat, dan LSF sisters yang telah bertungkus lumus di booth hari tu, walaupun ramai yang tak tahu event ni kat mana, tapi kitaorang memang enjoy gile hari tue, (korang boleh tengok keriuhan kami dalam video ni haaa)





Sunday, July 1, 2012

Amoi Sepet Look: Tail Skirt

Semalam masa The Street Kuching Bazaar, efa cuba sesuatu yang drastik. hahaha, apa dia??? efa cuba mengenakan tail skirt yang efa dah lama beli, tak pernah pakai lagi. sebab efa segan, rasa tak kompiden je nak pakai. style ni inspired dari blogger2 jugak la. akhirnya efa memberanikan pakai gak tail skirt tue. tapi malangnya, hanya ada 1 je picture penuh efa. dah la buruk muka. takpela, janji ada.



yeeee, tau, memang burok kan.. nampak bambam efa dalam nie. well, efa rasa efa patut pakai seluar tight tapi kain skirt tue see-thru, so macam tak sesuai. so efa pakai jeans yang slightly macam tight jugak tapi a little bit longgar. 


style ni inpired dari mereka.



my favorite fashion blogger, fashion designer, OBB's owner. Jezmine zaidan




yang nie efa betul2 jatuh cinta, tail skirt nurul memang stunning. 

tapi efa tetap suka style shea rasol. kebanyakkan style efa inspired dari shea. 


 efa rasa nak beli lagi tail skirt. tapi nak cari material yang tak see-thru. tapi susah nak cari. 


p/s: In Shaa ALLAH, nanti efa update pasal the street kuching bazaar tue. :))
Related Posts with Thumbnails