Mesti ramai yang gemar makan sushi kan, terutama makan kat restoran Sushi King. Sebab Sushi King ada dimana-mana je, lagipun dah banyak outlet di Malaysia. Tapi pernahkah anda terfikir yang Sushi King ni Halal atau tidak? Pernahkah restoran ini mendapat pengiktirafan halal daripada JAKIM?
Untuk pengetahuan korang semua, sesetengah sushi menggunakan mirin di dalam ramuan nya, kiranya nak lagi sedap rasa la. Mirin ni diperbuat dari fermentasi beras dan selalu digunakan dalam masakan Jepun bagi menambahkan lagi rasa dalam masakan, diantara produk yang mengandungi Mirin adalah Unagi Kabayaki, Unagi Slice, Karei Nitsuke, Saba Misoni, Mamakari dan Ikura.
Apa itu Mirin sebenarnya dan ada persamaankah dengan sake?
Kedua duanya adalah sejenis "rice wine" iaitu arak dan boleh memabukkan. Ternyata kedua duanya adalah HARAM. Perbezaan diantara kedua duanya adalah kandungan alkoholnya, Mirin hanya mempunyai 14% kandungan alkohol manakala sake pula 20% kandungan alkohol.
Walaupun kandungan alkoholnya sedikit, haram pun tetap haram jugak kan??
Management Sushi Kin sendiri dah menyatakan diorang tak ada menghidangkan pork dan hanya menambahkan sedikit alkohol kedalam menu mereka seperti empat menu diatas.
Ni lah keempat empat menu yang ada mengandungi alkohol itu. Korang pernah makan tak mana2 sushi dan menu diatas.
Efa jumpa ni, respon dari Sushi King:
Enquiry: I would like to know about halal status of Sushi King since there were no halal logo on every of your premise entrance
Answer: For your information, we are not a Halal Restaurant as we do not have certification from JAKIM, but we only can claim us as Pork free. All our meet based products like chicken and beef are Halal Certified and we do not use any pork or pork derivatives in our restaurant. Thank you. May you have a great day ahead! Warmest Regards, Marilyn Lim Marketing Department Sushi Kin Sdn. Bhd.
Walaupun tidak menghidangkan pork, tapi masih menggunakan alkohol di dalam ramuan untuk sesetengah sushi, dan ada juga menghidangkan beer / alkohol di sesetengah outlet mereka, kita masih meragukan pengiktirafan sijil Halal di restoran Sushi King, adakah ianya sudah menjadi syubhah??
Yang pastinya, Sushi King tidak mempunyai sijil halal yang diiktiraf dan tidak sesuai dikunjungi oleh pengguna Muslim.
Macam mana pulak yang ni? Huh, Efa baru je makan sushi ni beberpa minggu lepas. Yang orange2 tu caviar, sejenis telur ikan.
Yang ni pula sushi kedua, atas tue ikan salmon. Efa baru first time cuba yang ini.
**Nak tahu restoran dan syarikat di Malaysia ni yang mendapat sijil pengiktirafan HALAL daripada JAKIM, boleh tengok senarai di sini
**Memang susah nak cari kedai makan yang Halal dan bersih sekarang ni. Mulai sekarang kena lebih berhati hati lagi.
SESIAPA PENGGUNA DIGI YANG NAK HANDPHONE IPHONE 4, click here!!!
(sumber dari google, JAKIM, jurnalhalal)
9 comments:
sedihnya kalau macam ni jom buat sushi sendiri lah hmm
oh tak halal lah kiranya..
nasib baik tak penah makan sushi king.. hehe!! :)
polah dikpun jaklah senang. bahan dikpun. apa dikpun nak ow.
Menar ya.. Kmk asa byk org sik tauk ngn benda tok... Orang ingt makanan laut jak kira halal... haha.. Nway, nice inpo... Makan mee kolok Boyan jak.. Dijamin halal...
thanks for the sharing. Mirin is for sure alcohol as far as I know. So, its really up to us whether we want to eat at this place or not according to our preference.
wahh.. kmk tahu Sushi King xhalal.. tu kmk xtrima kerja d Sushi King... wlupun offer nya tinggi juak... klu kita ragu2.. jatuh haram hukumnya.. so seeloknya jauhknlah darinya.. wat sushi sendiri..
nasib bait mek x suka gilak sushi,,,kehkehkeh
sherah: buat sendiri lagi sedap kannn.. ehehehe
mira: sushi lain pun kena hati2 gak tau...
ztie: nya la, polah dirikpun gerenti halal..
amir: nang jak, kawan2 kmk ramei yang suka makan sushi.... baruk tadik kmk mkn mee kolok bimmers... :)
nava.k: ur welcome.. yup, even though the % of alcohol inside mirin only 14%
zul: ada ramai kawan efa pernah praktikal kat sushi king.. hurmmm.. teringin lagi kelas asian cuisine masa sem 5 dlu, belajar buat sushi....
kakzie: ehehe.. tapi sushi nyaman la kakzie.. :D
kalu macam nie susah la...aku dah la suka makan sushi tapi beli kat jusco jer..hehehehe
Post a Comment