Monday, March 21, 2011

A day before my vacation

Sebelum Efa pergi bercuti baru-baru ni, Efa sempat lagi jejalan kat area Kuching. Alkisahnya, Efa bawa kawan akak Efa jejalan Kuching. So, apa lagi agenda menembak pun bermula la. Ada gak tempat dah pergi tapi masih jugak nak ambik picture, yerlah nak buat macam mana kalau dah minat kan?


Malam first, jalan lagi kat Waterfront. Kalau dalam entry sebelum nie warna warni macam kat icity shah alam, efa dok ambik picture orang main lastik2 kat langit tu, sekarang meh skodeng benda lain pulak.

Air pancut atau air fountain, teringat lagi masa kecik2 dulu, tempat ni ramai gila orang tengok air fountain ikut rentak muzik. Masa tu macam excited gila kot.

Efa cuba sedaya upaya mengambil picture ni supaya tak nampak blur atau shaking masa ambik. nasib baik efa teringat nak bawa tripod masa tu.

Nahhh, ada lagi picture main lastik2 kat langit ni. Akak efa ada beli lastik tu, 3- RM10, tapi tak main pun. ahahhaha. tak pandai nak main, kang nanti nak kejar balik benda alah tu lepas lastik. huhuhu. lagi tak best kalau masuk dalam kolam air fountain, ada gak yang tersangkut kat atap atau bumbung, dan pastu nanti kompius dengan lastik orang lain pulak. ada je alasan tak nak main tu. :P




Tak sah, sapa2 sampai kuching, sarawak tak ambik picture kat sini. Akhirnya efa dapat bergambar kat patung pusak tok. Setelah sekian lama tengok pelancong2 bergambar kat sini setiap kali berhenti kat traffic light tepi tu.


Lepas tu, singgah kat pasar minggu di Satok, masa tu dah pukul 10 malam, so, banyak kedai dah kemas2 dan balik da, sambung esok pagi pulak. Ada sesetengah yang masih buka tu yang jual baju, beg, kraf tangan dan macam2 lagi. Peniaga kat situ tak bagi efa ambik picture, cehhhh, aku baru je nak promote ko punye kedai, tapi ko tak nak pulak, blahh la.. (emo pulak efa ni). Yang pasti nya picture diatas tu efa ambik curi2. peduli la, nak ambik jugakkk.. :)

cicak seekor RM200 tau, dah jadi trend pulak orang sekarang ni bela cicak jadi haiwan peliharaan. Efa tak tau apa nama cicak ni dan tak nak ambik port pun. macam GELI nak mampus aku tengok.

Seterusnya, keesokkan hari Efa dan geng2 sekalian (ceh, macam ramai pulak), awal2 Subuh pagi dah pergi ke Serikin. Yang tak bestnya, time efa pergi tu, hujan pulak weiii. So, memang tak best la kalau nak membeli belah masa Hujan kan? Alamatnya, Efa tengok2 je, walaupun dalam hati macam nak beli itu beli ini. (sebenarnya simpan duit nak shopping masa bercuti, tu yang tahan tak membeli. ehehe)

Yang paling efa suka, ada kedai jual barang2 antik, ada jual kamera NIKON antik!!!! nak beli tapi mesti harganya mahal sangat. efa malas nak tanya harga sebab nanti teringat2 sampai menyesal tak beli. Pastu efa teruja nak beli basikal tu, satu RM65, boleh mintak kurang lagi. Kalau kat shopping complex jual sampai RM100 lebih kot.


** macam panjang pulak entry kali, nanti la efa sambung ngan destinasi seterusnya. bukannya korang baca pun, mesti tengok picture je. ahahha. opsss.. terima kasih kepada sudi yang membaca. teet~

4 comments:

PutRee SeJiNjaNg said...

lamak dah kmk sik pegi pasa mggu..heheh

esa said...

nampak warna warni kuching dimalam hari. seronok. xkesempatan lagi nak ke sana.

AmirFX said...

Serikin ehh.. Asa nak pergi juak kelak minggu tok..

Redbloodsnow said...

eee kacak dah jak aek kat waterfront ya. mek lamak gila x g jalan² kat waterfront time mlm

duit poket

Related Posts with Thumbnails