Friday, May 27, 2011

Tourist Guide di Kuching

Seronok dapat bawa pelancong pusing2 sekitar Kuching. Iyorlaaa, belum ada lagi my friends dari Sabah or Semenanjung datang sini. Bila mereka dah mai, rasa macam nak bawa keliling satu Kuching. Tapi masa yang singkat, tak dapat la nok oiii. Bawa tempat2 yang sempat aje. Yang paling best pelancong2 ni tak cerewet, ok. Bawa ke sini, ON, bawa ke sana, ON. Eh, pendek kata senang la, tak ada merungut. Lain la kalau belakang efa, teeet~


Efa tak cukup ilmu sejarah, so tak dapat nak terangkan tempat ini apa sejarah, tempat itu kenapa diberi nama begitu. Alamak, lepas ni nak study balik la sejarah Sarawak. Nasib baik ada rakan efa yang sama membantu. 


Oh ye, sesiapa rakan ku nak bercuti ke Kuching, boleh cari efa (chewahh, nak volunteer diri ni, insyaALLAH kalau tak ada aral melintang) tapi efa tak jamin efa tau semua. waaa~ mesti korang tak nak efa jadi tourist guide kannnnn.....






Mata konfem sepet kalau senyum lebar macam ni.





Cat Muzium haruslah kena pergi. Nama pun bandaraya Kuching kan. 






Tempat favourite tengok ikan besarr2 dan 3 ekor itik yang menjadi penghuni tasik pustaka.




Keriangan di hadapan DUN, haruuusss..




Hari dah malammmm. sunset yang superrrrr indahhhh







taman sahabat, ibarat melawat di negara China. 


Dessert yang super duper best! Iglool ice cream


*DD & Alif, kalau datang lagi jangan lupa gitau. Kepada member2 ku yang ada nak melawat dan bercuti d Kuching pun, boleh roger2. eheheeh.
**seronok pulak bawa pelancong pusing2 Kuching.

Monday, May 23, 2011

Kecoh MEATBALLS IKEA yang sedap tue ada PORK!!!

Rasanya semua dah kecoh dan dah tahu yang food court di IKEA dah tutup sebab nak samak balik tempat tu. KENAPA??? harusssssss kita ketahui pihak IKEA tu tak pernah pun memohon sijil HALAL untuk food court di IKEA. 


apa2 hal, korang CLICK HERE---> SENARAI SYARIKAT YANG MENDAPAT SIJIL HALAL TERBARU dan korang boleh tengok senarai restoran dan syarikat yang mempunyai dan mendapat sijil HALAL terbaru!!!


Sekarang ni, efa rasa nak muntah balik tau, sebab efa sendiri pun pernah makan MEATBALLS di IKEA. cuba CLICK HERE---> Terasa rindu pulak, entry efa cerita pasal kesedapan dan kerinduan efa nak makan MEATBALLS IKEA. Rasa macam tertipu bila tahu yang Meatballs tu tak HALAL dan ada pork. Patut rasa macam sedap dan addict semacam je, baru plan nak pergi sana lagi dan nak makan meatballs tue. Masa makan meatballs tu dalam hati yakin sangat HALAL, sebab pertama, ramai je yang muslim makan, dan kedua pekerja2 yang berkerja pun muslim. Dan sekarang Efa terfikir, mesti ramai orang dah tertipu, lagi2 yang Muslim, dengan yakin benda tu HALAL kan kan kan??



Apa yang menyedihkan kalau search je RECIPE MEATBALLS IKEA dan korang CLICK HERE--->RECIPES MEATBALLS WITH CREAM SAUCE, korang akan jumpa resepi meatballs ada 250 gm minced pork, at first efa tak percaya je bila tengok kat website. 








Dan kebetulan efa ada beli IKEA'S REAL SWEDISH FOOD BOOK, 
.
.
.
.
.
.
.
.
inilah buku resepi yang efa beli tue!!!!



terus efa cari resepi untuk MEATBALLS WITH CREAM SAUCE.  
.
.
.
.
.
.
.



memang sah ada minced pork!!!



Tapi sekarang ni, tak tahu la MEATBALLS yang dijual kat Food Court IKEA tue guna resepi ni ke tak, ataupun dia guna STANDARDIZE RECIPE yang lain.



P/S: 
Sekarang ni dah banyak dan restoran dan syarikat yang tak ada sijil HALAL, kita sebagai pengguna ni kena lebih berhati-hati. 

Kalau korang search kat google, mesti banyak entry pasal ni, korang boleh baca bermacam2 pendapat dan ramai yang makan meatballs Ikea yang sedap teramat sebab ada ingredient MINCED PORK!!!!! arghhhhh


.
.
.
.
.
UPDATE TERBARU!!!!

Lepas received comment from amir, "kamek terus search carik kesahihan benda tok"

Disebabkan efa minat gila makan meatballs IKEA, efa nak jugak tahu sampai dapat kan. dari sumber BLOG ini--->meatball ikea tak halal

Meatballs Ikea dikeluarkan oleh MACFOOD SERVICES (M) SDN BHD, jika dirujuk menggunakan nama syarikat tersebut di laman halal jakim, produk tersebut adalah halal dan sah laku sijil sehingga 31.03.2013.


Tapi bila tengok kat SINI--->Maklumat Sijil Halal Terbaru, click kat NO 34, syarikat MACFOOD SERVICES (M) SDN BHD, senarai produk yang diluluskan hanya Uncle Jack Hot & Spicy Nugget, korang rasa yang dimaksudkan meatballs tu under Nugget ke? so, tak tahu la lagi ye, meatballs tu tersenarai atau tidak di bawah produk yang diluluskan HALAL. Wallahu a’lam(“Dan Allah lebih tahu atau Yang Maha Mengetahui")


Dan sekarang malas nak pikir yang bukan2. Kena tunggu pengumuman dari pihak IKEA, dan ada tak keluar kat NEWS nanti. kita tunggguuuu


Diharap isu HALAL di food court IKEA dapat diselesaikan secepat mungkin, yerlah, sesiapa yang dah pernah makan kat situ, rasa macam serba salah nak mampusss, macam aku gak laaa!!!! arghhh... tulun tulun... ohhh, tolonggglahhh....

Friday, May 20, 2011

Segulung Ijazah


*picture dah cantik, tapi sayangnya, yang lagi dua orang tak nak join sekali, huhuhu*


Satu penantian sekian lama telah pun berjaya dikecapi oleh efa akhirnya, iaitu segulung Ijazah yang mampu membuat kedua ibu bapaku bangga. Alhamdulillah diatas kurniaNya, efa berjaya menamatkan pengajian efa selama 3 tahun ini dengan pencapaian yang membanggakan. Walaupun tidak mendapat Ijazah kelas pertama, sekadar Ijazah kelas kedua sangatlah bersyukur. 


Dengan pelbagai dugaan dan cabaran yang dirintangi selama ini, sekarang efa sudah boleh tersenyum dengan bangganya. Dan diatas pencapaian yang akan membawa efa ke alam pekerjaan selepas ini ataupun akan menyambung kembali pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, InsyaAllah. Sememangnya efa berharap ingin menyambung lagi kerana efa rasa ilmu di dada belum cukup. 


Dalam tempuh yang agak lama, efa sudah puas bercuti dan berehat dengan pelbagai aktiviti dan kerja sambilan. Kini, efa ingin merasa realiti pekerjaan (walaupun sebelum ini dah pernah kerja gak) dan nak juga merasa duit sendiri gak. ehehehe. Sekarang efa tengah mencari pekerjaan yang bersesuaian dengan efa, tak nak la membazir masa kerja di tempat yang sesuka hati. Yerlah, itu masa depan kita, kenapa perlu sia-siakan dengan benda lain kan? kan? Tapi setiap orang mempunyai pendapat masing-masing. Bagi efa, biar lambat asalkan mendapat sesuatu yang kita inginkan sangat, tak perlu tergopoh gapah nak sesuatu sehinggakan apa yang kita gendong semua berciciran. Eh, sampai peribahasa keluar dah ni. Dah dah, disebabkan dah lama tak update, ayat pula panjang berjela, bukannya korang baca pun, mesti nak tengok gambar je kan. 


Ok, meh layan picture sepanjang Majlis Konvokesyen UiTM ke 74, di Shah Alam. 




*time ni graduan2 berbaris masuk ke dalam dewan dan yang colour pink tu efa la. eheheh*



*efa dah berjaya masuk dalam skrin besar!! muka tak boleh blah.. ahahaha*



*haa, memperkenalkan Y Bhg Tan Sri Datuk Haji Arshad Ayub, Pro-Canselor UiTM, 
psst~ terselit muka si amoi kat situ...*



 *Dekan FPHP, memperkenalkan graduan2 dari fakulti kamii*




*ketika ini, kaki dah shaking gila!! nervous kot!!!*



*tiada yang lebih indah selain dari meraih kejayaan bersama2 keluarga tercinta*



*gorgeous gilaaaa~ bunga tu. ahahha. seriously, efa memang kepingin bunga tue, akhirnya dapat gak, bersama2 rakan tercinta, eja, ety, efa dan fida!!! ada 3 orang lagi, amrah, ummi dan ira, kemana mereka pun tak tahu*


*bersama kenalan2 yang tidak tahu bila kami akan berjumpa lagi*

 *intan dan moi, rakan efa dari Diploma di Politeknik dan kemudian di UiTM. akhirnya kami berjaya juga mendapat Ijazah, Alhamdulillah*


 *dan, terima kasih kepada yang sudi memberi jambangan bunga, perfume, roses yang ada hello kitty (my favourite!! sebab ada kitty), roses besar (actually bleh buat bantal, sukeeee~)* 

*congratulation cookies!!!! terima kasih dolah & mimie, ehehhe..*



Terima kasih banyak-banyak kepada mereka yang dah memberikan ucapan tahniah kepada efa. Tak lupa juga kepada mereka yang telah memberi efa semangat dan dorongan semasa efa memerlukan, lagi2 di saat efa 'jatuh' suatu ketika dulu.  

Ribuan dan jutaan terima kasih kepada tenaga2 pengajar di UiTM terutama dari FPHP, yang banyak memberikan ilmu yang setinggi gunung, dan pensyarah di Politeknik dulu, serta semua yang terlibat.

Wahh, dah macam bagi ucapan menang trofi pulak, tapi yang pastinya, jasa dan budi yang baik akan ku kenang juaaa~ 


Thursday, May 5, 2011

mari berkenalan dengan anak-anakku yang comel

Ada sesiapa nak berkenalan dengan anak efa yang comel2 ni tak? sebelum berkenalan tu kena soal selidik profil  mereka dulu.




Nama: Belum ada nama lagi, sebab tengah pikir nama apa yang sesuai.
Umur: Baru masuk 1 bulan 4 hari
Tinggal: Tingkat dua rumah tuanku yang comey (puji lebih supaya dapat tempat tinggal yang ada penghawa dingin pulak lepas ni)
Hobi: Bermain2. Main kejar2 kat kaki tuanku yang wangi macam bau sabun Lux yang kaler purple tu.
Cita2: Menjadi macam mak kesayangan kami. (ngee, sapa mak mereka?? cuba teka cuba teka)
Adik beradik: Ramai sangat, malas nak kira..
Motto: Nak jadi kesayangan tuan kami (sebab senang mintak makanan nanti)



DAH DAH, jangan banyak cakap, sekarang layan gambar mereka pulak. 









 "OPPS!!" 
aksi terkejut la tu konon! Naa, yang ni paling manja dan paling gebu sekali. 



Yang ni, memang ada iras2 mak mereka aka kucing kesayangan efa. 
dah tau tak kucing efa yang mana satu tak??




"Arghhh, ngantok la, bila turn picture aku pulak ni? nak tertidur dah aku ni." 
Ni paling kecik, badan mulus je. Macam kucing lahir tak cukup bulan tau. Badan fragile. cehhh.



"Eii huduh pulak picture tadi, ambik semula2! haa... baru la sama macam yang lain. mata busat. macam mak kami. mata owl!!!"





 "haa, dah nampak dah! dah nampak dah sapa mak kami kan??" 



MIXER!!! dah ada anak ko ye!!! ingat lagi tak ENTRI ini > Penat bah!! baik aku layan Mixer....


Mixer lah mak mereka. ngee~ geram tengok anak2 Mixer ni, perangai macam Mixer masa kecik2 dulu, nakal  giler nak mampus. ahahaha. lompat sana lompat sini, lari sana lari sini. masa nak ambik picture mereka2 semua, memang banyak picture yang tak jadi, aksi kejar mengejar, aksi baring, macam2 aksi la. at last, ada gak picture2 yang menarik dari mereka.





Dan picture di atas ada lah MIXER masa kecik, comey tak? comey kan comey kan. 
(HUH, puji kucing sendiri, peduli laaa~ erk, emo pulak) 

Kalau nak tau, Mixer masa kecik suka tinggal dalam rumah, berak dalam rumah, kencing dalam rumah, makan dalam rumah, tidur dalam rumah, semualah dalam rumah.. tapi tu masa kecik2 la. Dah besar sikit, barulah batang hidung jejak diluar rumah kena matahari. Sekarang dah besar, duduk dalam rumah balik. pasal apa? Efa pun tak tahu. ahahah. kira Mixer ni bertuah sangat sebab dia je ada pas masuk dalam rumah kami, yang lain tak ada pas masuk. kalau masuk rumah konfem lepas tu kitaorang letak kat luar rumah balik. 




ok, dah habis cerita!!! 


p/s: bagi suggestion kat efa nak bagi nama2 dorang ni. beku otak nak pikir nama mereka dah.
dan terima kasih banyak2 kat e'in, sebab dah masukkan efa dalam preview blog e'in, jom terjah ke blog e'in 

duit poket

Related Posts with Thumbnails