Monday, August 30, 2010

I HATE WHEN....dot dot dot...


Selamat hari merdeka!!!!
masa hari merdeka nie la, ada je benda yang terjadi. Aleh2 pulak ada orang tipu efa. arghhhh. Efa paling pantang dengan orang penipu. efa memang takkan maafkan la. kalu nak maaf pun depends la. hurm. hati nie dah betul2x terluka dah. opss. macam betul2 kesedihan je, bukan geram, bukan benci, tapi sakit. wahh..


Korang rasa korang pernah tak jadi penipu??
mustahil la tak pernah kan. bak kata orang tipu sunat. pergh, efa paling pantang dengar orang kata macam nie. aleh2 nak tipu sunat. walaupun efa pernah menipu gak, tapi efa takkan tipu dengan orang yang efa betul2 percaya. huhuhu. kita ni manusia biasa, tak lari dari melakukan kesalahan. tapi kalau dah pernah buat tue, belajar lah dari kesilapan lampau ye. jangan la semakin menjadi2.

korang mesti pernah berbohong or menipu (yang seangkatan dengan nya) kan..huhuhu...salunya pasal ape?



Sunday, August 29, 2010

habiskan duit untuk raya!!

Korang dah pegi shopping raya tak? tinggal lagi 2 minggu lagi kita nak menyambut hari raya nie haa... efa rasa tahun nie, efa dah kurangkan budget untuk shopping raya. tak tau la, mcm tak ada mood lak. tapi dalam hati macam2 benda nak beli. dah rabun mata nak pilih yang mana satu. at last, tak beli pa2. huishhhh..

few days ari tue, efa ngan kengkawan pegi jejalan kat sunway. sambil meninjau2 sekelilling. ramai giler orang. semua shopping raya. efa balik dengan tangan kosong. sapa2 nak temankan efa shopping raya? tolong pilih sekali la ye. ehehhe.

pusing kiri, pusing kanan, nak beli mana pun tak tau. keluar masuk, hampeh, tak dapat pa2 pun. sangat sedih.

duk pegi window shopping, jan lupa singgah solat jap.


tema tahun nie ape ye?? cantek tak? nak beli ke tak? belek2 je.

dah penat2 jalan, istirehat jap, terima kasih ogawa~
nak beli tak mampu, so kita try je la ye.

efa dah tak sabar nak balik kampung, walaupun efa tak naik ketapi. ehehhe...


*hari tue, efa tak berjaya menghabiskan duit. sebab lupa nak g ambik duit. ahaks..


Stalking cat...kucing pun pdi nk stalking ke???



suka tengok part 1.08 tu.... hehehe...comey sangat...geram plak efa tengok...nanti nak main ngan kucing efa gak la..(tak tau la kucing efa seaktif macam nie ke tak..huhu)

rindu nya ngan my cat, c bunny hidung chitam tu...:) tak sabar rasanya nak balik umah plakk...uuuu~~~



Wednesday, August 25, 2010

tasik mode ver 2

oleh kerana terlalu obsessed sangat ngan tasik puncak alam. (perlu ke??) efa ngan kawan2 efa mai lagi nak ambik picture. tapi masih tak puas. (tak puas sebab "baby nikon" tak ada). tapi kali nie efa pastikan keluasan tasik ini dapat diteliti dengan seluas pandang. huhuhu.


alangkah tenangnya melihat pemandangan kat sini. (walaupun panas terik. huhuhu)
selamat menjamu mata anda dengan picture kami yang tak seberapa nak indah ini.



perlukah bentuk mulut sebegitu yee...



Layan mood lebih kat sini.


jom terjun!!



yang berbaju kurung orange tue, 1st time mai sini. kitaorang datang sini pun di sebabkan menunai hajat dia. huhuhuh


keindahan tasik.. indah tak indah.. bangga bebs. korang ada?? bluekkk...:P

Monday, August 23, 2010

i miss......

thing that i miss the most

i miss my home,
i miss my family,
i miss my love,
i miss my cats,
i miss my nikon, i miss to take picture,
i miss my bed,
i miss all the things i left in kuching....

_the end_

*currently busy doing my assignment...but I still have the time for my blog....

Saturday, August 21, 2010

tasik mode

pemandangan yang baru di explore oleh efa dan rakan2 efa. efa sangat terpegun dengan tasik buatan manusia ini. keluasan yang tak terkata. ((opps, efa lupa lak nak ambik picture tasik ni))
dah masuk semester terakhir baru tau ada kewujudan tasik ini. perh.

terkejut sampai melompat keriangan kami melihat kebesaran tasik itu .
sampai menjerit2 nama masing2. bergema2 macam di atas bukit yang tinggi.
tempat yang indah ini, seperti kami tidak mahu untuk meninggalkan universitas yang tercinta. efa berharap keindahan alam di sini sentiasa berkekalan. huhuhhu.
((perlukah aku nak beritahu semua ini))



perjalanan ke tasik yang cantek itu. semua tersengih2 walaupun kepanasan dek sinaran matahari.


perlukah aku berkata: "oh udara di sini sangat nyaman"



well, korang boleh tengok kebesaran dan keluasan tasik itu yang menjadi latar kebelakangan kami yaaa...


**pelik betul bahasa dalam entri kali ini. kenapa mengapa pun efa tak tahu. :P


Thursday, August 19, 2010

stripes edition

nie sambungan entry yang lepas, ehehehe...minggu lepas kitaorang dah cancel sesi fotografi kelas, so minggu nie baru ada kesempatan nak ambik..

malam tue, siap plan lagi nak pakai baju ape,tudung ape. at last, kitaorang pun dapat kata sepakat nak pakai shawl stripes nie. akhirnya...
seperti minggu lepas, semuanya keluaran daripada koleksi efa. bangga plak macam ada model pakai product efa. (dengan perasaan yang sangat perasan tu)

tapi kali nie, macam dah kepenatan nak bergambar, al maklum lah bulan puasa, macam tak ada semangat lak tue. sian nye.. (ada aje alasan kan?)




aksi nak menari plak dorang nie.. :))


pose wajib...entah la, dah macam trend pulak ke ape nak wat aksi begini...tak paham makkk~~


wif amami...sian ye, awak nampak lagi pendek dari saya..:P


abaikan aksi saya yang begitu. sebab saya suke mengada2...ahahah



macam malas dah nak beraksi..sebab rasa penat teramat...:(((

Sunday, August 15, 2010

PoLka DoT

Oleh kerana ke'busy'an efa, baru dapat nak update my blog. (bz ngan stdy, bz ngan assignment, bz ngan online. ahahah...iye2 aje je kan).

Sepatutnya hari jumaat yang lepas kitaorang ada sesi bergambar kelas, tapi di atas cameraman tak datang, terpaksa di cancel ke minggu hadapan. (kitaorang dah excited dah nak bergambar ni, tapi nak wat cam na kan..hurm, so, kitaorang adakan sesi bergambar antara kami..itupun jadi la)

tema kami adalah polka dot, tak kisah la, polka dot bosarr ke, polka dot kecik..
janji semua nampak comey..ehehhe..efa rasa, efa la di antara yang paling suka tema kali tue, polka dot, sebab dah menjadi feberet efa katakan.ahaks.

so, jom sekodeng picture kami hari tue...:))

Ni lah housemate efa sekarang...:)))


click2...thanx to amrah..






dalam DK...nasib baik ada tempat duduk...huhuhu....







Tuesday, August 10, 2010

selamat berpuasa!!!!



Efa nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua rakan2 muslimin dan muslimat sekalian. selamat mengerjakan amalan ibadah di bulan ramadhan ye...ala2 skema lak efa nie kan.

efa harap jangan ada yang ponteng posa lakkk..huhuhu...yerlah kan, nanti macam2 lak alasan semata2 nak berbuka posa di tengahari...ahahaha..

sembahyang terawih jangan lupa lak tau..ehehehe..




nie lah rakan2 sekelas efa...
berhimpit2 macam sardin dalam keta nie~~
ehehehe




Thursday, August 5, 2010

Cuba Try Test

Percubaan percubaan...

huhuhu...efa teringin lak nak pakai inner yang berlayer2 tue. mana tak nya, semua orang dah lama pakai inner cam nie, tapi efa lak baru2 nak mencuba katakan. entahlah, mungkin efa belum ada keyakinan lagi kot. ahahah...bak kata lecture efa kan, inner kek lapis. auuuuww...

sebelum nie bukan efa tak nak pakai pun. segan lak tau sebab nampak sangat kebulatan kepala efa yang gedapak besoq nie. dah berhelai2 jenis inner yang efa beli, tapi pakainya entah bila la pulak. efa akan pakai inner bila ada satu kelas je ari tue.

so apa komen korang?? ok ke tak ok...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Percubaan pertama

Percubaan kedua



Tuesday, August 3, 2010

kalerfull night!!!

ayo...cian nya efa tengok blog efa nie. salu je kena tinggal. ish ish ish. meh salah kan efa punya berukband nie haaaaa. line ciput je loading. memang lembab giler la. tak tau la pasal apa jadi teruk cam nie. masalah betol la. takkan dok kat puncak nie pun masih gak line lembab kot..adeh, nie kena tukar line lak nie. ahahaha..

errr...efa harap pasnie dapat la mengupdate my blog yang dah berhabuk nie...uhuhuhukkkk...

minggu lepas punye minggu lepas, efa pergi ronda2 dengan my few frenz kat tempat warna warni yang cantekkk ini. wah, di sebabkan tempat nya kalerful, efa pun wearing dis dress yang base on kalerful2 gak. ehehehe. abaikan kualiti picture efa nie yang sangat huduh itu.

masa kitaorang pergi, time hujan, so bergambar2 pun kenalah berpayung, kalau tak basah kuyup la kami. bila hujan, macam malas je nak pergi, tapi alang2 dah sampai ke shah alam, takkan nak patah balik ke puncak kot. dengan ingin menyampaikan hasrat yang terpendam, kitaorang pun singgah la. nie dah kali ke 2 mai sini, sebelum nie tak da ambik picture sangat, just jalan2 je. uhuhuhuh

comel nya panda tue




kaktus pink. paling saya suka!


duit poket

Related Posts with Thumbnails