Biasanya Flea market adalah pasar di mana penjual-penjual akan menjual barang-barang terpakai dengan harga yang murah. Barang-barang terpakai tu termasuklah pakaian, kraftangan, peralatan, buku, majalah, gambar, hasil tekstil, aksesori dan macam-macam lagi la. Kadang2 ada jugak yang menjual barang2 antik, perabot ke, ada kan?? ehehehe.
Dipendekkan cerita, hari Sabtu yang lepas kat Kuching ni ada Flea market yang diadakan di kawasan letak kereta Pusat Penjaja Sukma. Ni kira first time la Efa pergi Flea market di Kuching, sebelum ni pernah pergi pasar karat je. Kalau kat pasar karat dulu, macam2 efa borong bawak balik. Kira-kira dalam pukul 3 ptg gak la Efa pergi ke Flea market tu (time panas2 terik nih), dalam hati dah berangan2 nak carik dan dapat barang2 best. Bila Efa sampai je, keadaan suram je, macam tak ada orang sangat (yerlah time panas kot, sapa je yang nak pergi kan?? huhu). Itu tak pe lagi, bila efa tengok gerai2 yang ada, adoiii, terpinga2 seketika, ni Flea market ke ape? Kechewaawaaa Efa daaaa...
Ada la jugak gerai2 yang menjual barang2 yang murah termasuklah gerai sepupu Efa sendiri. Kira macam bundle la, tapi sepupu Efa banyak jual baju kanak-kanak terpakai, patung, aksesori wanita, beg dan beberapa helai baju terpakai untuk dewasa.
Apa yang Efa tak puas hati sangat tu, ada gerai jual barang2 macam nak berniaga kat shopping complex pulak, bila Efa tanya harga, rasa macam tak percaya je, sangat mahallll... ops, Efa memang menjangkakan semua gerai jual barang2 murah2, okay. Yerlah, nama pun Flea market. Gerai yang ada pun berapa kerat je, Efa pusing2 ambik masa kurang dari 10 minit, korang dah boleh agak la berapa sedikit gerai yang ada. *sigh*
Meh skodeng antara picture yang Efa sempat tembak hari tu.
.
.
.
.
Macam tak ada pengunjung langsung. hurm, sebab hari sangat panas lagi masa ni. Efa je yang datang awal kat sini.
RM15 sebotol, mak Efa beli satu, sorry lah Efa tak tahu minyak apa, tak ambik port masa ni, sibuk ngambik gambar aje keja. heheh
Saya sangat puas hati dengan kedai kamuu abang, ni baru bundle. Tapi tak memenuhi syarat, barang-barang jualan dilarang diletakkan diatas lantai (seperti yang terdapat dalam syarat2 Flea market di sini - Efa dah macam pemantau tapak jualan pulak)
Hero pakai seluar dalam kat luar pun ada.
Gitar tu dijual dengan harga RM800 (noktah, no komen)
Cantik kan, tapi harga terrrrrrsangat berpatutan.
Yang pakai baju biru tu sepupu Efa yang berniaga kat Flea market ni juga, macam2 ada. (nak promote pulak kan. ehehe)
Nahhh!! Efa pun mencari apa yang berkenan di hati, harap2 jumpa la.
Tadaaaa berjaya!!!! Efa beli sehelai Vintage Romper hanya RM8 je. Ini saya puas hati sangat2.
Jangan terkejut, Efa bukan dari petang sampai ke malam disini, tapi Efa pergi lagi time malam. hehe. Ingat nak cari lagi barang2 best, last2 tak beli pa2. Efa nak beli sehelai selendang ni, malangnya akak tu tak bagi harga yang Efa tawarkan. Tak kisah pun, Efa boleh beli kat tempat lain. :)
Kepada sesiapa warga Kuching nak berniaga di Flea market dan menjual barang2 terpakai tu, bolehlah minta borang di pejabat DBKU dengann yuran hanya RM10 sahaja. Bagi yang nak pergi Flea market di Kuching, korang kena tunggu setiap hujung bulan tau, Flea market seterusnya akan diadakan di kawasan letak kereta berhadapan dengan pejabat DBKU Satok pada 30 April.
Sebelum ni, Efa pun ada hati jugak nak join berniaga kat Flea market ni, nak jual barang2 terpakai yang dah menimbun kat rumah Efa ni. Tapi memandangkan Efa ada hal sangat penting sampai hajat nak berniaga terpaksalah ditunda ke bulan hadapan. InsyaAllah. Doakan Efa dapat berniaga eh. eheheh
Kepada sesiapa yang belum join churp churp boleh join kat sini untuk FREE SIGN UP. Sapa nak pergi konsert Maroon 5, boleh dapatkan tiket sini.