Sunday, February 13, 2011

“tangan bertuah cik nico!"





Rasa-rasanya dah lama efa tak join contest kan kan kan? so, kali ni telah di tag oleh cik inang kita, jadi efa pun meneruskan perjuangan ini (chewahh~).
dah nama pun tangan bertuah kan, so kira ikut nasib la ye. tak kisah la menang or kalah.



dah nama pun contest, mesti lah ada yang meletakkan syarat2.

1 : buat tajuk entri "tangan bertuah cik nico!"

2: kena letak banner macam yang efa buat kat atas tu dan kenalah link kat blog empunya contest nie= ciknico

3: paling penting nak hebohkan satu dunia. eh, tak da la, mengarut je efa ni. nak kena sebarkan rakan-rakan, saudara mara, adik beradik kita. bukan lagiiii. jemput kengkawan kita join contest ni la. mana tau leh kongsi kongsi kan..

4: haruslah mengetag-tag kawan-kawan blogger sekalian. yang tak ada blog tue, tak dapat la efa nak nolong~

5: paling last, kira paling wajib la ni!!! hendaklah follow blog cik nico (empunya contest ni la)

6: hadiah tu efa tak pasti apa~ kena tunggu cik nico umumkan kot. tapi seperti yang dimaklumkan. hadiah mestila menarik tertarik tarik kan kan kan??



dan siapa yang bertuah kena tag tue? jeng jeng jeng....


kalau korang tak kena tag pun boleh jugak nak join tau.. boleh ke blog cik nico


Friday, February 11, 2011

Old Town White Coffee @ Hills: HALAL ke tak?

Mesti ramai yang dah pernah cuba makan & lepak lepak kat OTWC (Old Town White Coffee) kan. (Budget cool la lepak kat sini...huhuhu). OTWC berkonsepkan kopitiam, banyak kemudahan2 yang disediakan untuk pelanggan. Bagi efa semua itu sangat penting, ye la, kita ni sebagai pelanggan macam-macam demand kalau nak makan kat restoran kan. Nak dalam keadaan yang bersih, relax, boleh lepak-lepak dengan kawan2 & macam-macam lagi. Sekarang ni, ramai demand nak ada free WiFi, so jangan risau lah, dekat OTWC sememangnya ada service ini. Nak tahu lebih lanjut lagi pasal OTWC boleh pergi ke website Old Town White Coffee ok??


Persoalannya di sini HALAL ke tak Old Town White Coffee? Sebelum ni pernah ada isu-isu yang menyatakan restoran ini tidak Halal, lepas tue, Halal pulak. Hurm, kadang-kadang agak meragui status restoran. Tapi jangan risau, efa akan berikan link di mana korang boleh baca nak tahu statusnya. link 1 link 2

Kalau nak bincangkan isu HALAL nie, sampai bila2 pun takkan habis. Sebab kita kena tengok banyak aspek untuk HALAL, bahan2 yang di gunakan mestilah dari sumber yang HALAL, bahan2 itu sendiri mestilah HALAL, bersih dan selamat di makan. Banyak lagi sebenarnya. Baca kat sini atau kat sini.

Bagi efa, kalau ragu2 nak makan tue, baik tak payah nak makan ok. Lagi hati senang dan tak perlu nak risau, runsing sampai jadi gila. ahahha. Sampai macam tu sekali.




Suasana Restoran Old Town White Coffee di Hills, Kuching. Cantik kan decoration kat dalam restoran ni.


(sorry, picture agak2 tak menarik sebab ambik guna HP je)
Menu OTWC, simple. Tapi efa tak suka sebab tak ada penerangan bagi setiap menu, so tak tahu ingredients kat each dishes, cara masakan dan sebagainya. Menu perlu diperbaiki lagi.


(pic credit from OTWC)
Efa cuba air ni, Orange Fizzy. Masam, menyesal order air ni. Lebih baik minum air suam je kot.


(pic credit from OTWC)
Hidangan yang efa cuba OLDTOWN asam laksa. xsedap, menyesal order nie. dia guna ikan sardin beb! bukan asam laksa pakai ikan kembung ke? mungkin ini OLDTOWN style kot. tapi for me, tak sedap la. (tapi habis jugak hari tue.. err, dah lapar hantam sajalah)


what i wore masa dinner kat OLDTOWN hari tu.


bagi efa, restoran ini InsyaAllah HALAL, kalau rasa was was dan ragu ragu, janganlah makan disini, banyak lagi restoran yang dijamin HALAL. kalau sekadar nak rasa cool makan di sini. baik tak payah! tiba2 nak emo~



Monday, February 7, 2011

Jalan-jalan chinese new year




Hari ini dah masuk hari ke-5 Chinese New Year. Tapi rasa-rasanya tak terlalu lambat efa mengucapkan

"GONGXI GONGXI, XINNIAN KUAILE!!!"

Tahun Baru Cina tahun ni merupakan tahun ARNAB!
(nak buat bunyi arnab, tapi pikir jap, arnab ada bunyi ke?? teeet~~)


ala, jahatnya arnab ni main tarik-tarik ngan harimau! itu zodiak ku~ errr...


i think, efa dah post this picture before. kebetulan pula tahun nie tahun arnab! so ini la arnab nya~ uiks. boleh jadi model zodiac after this.



nak cerita sedikit mengenai zodiak arnab, tak banyak sikit je. zodiak arnab ni merupakan zodiak putaran yang ke4 dari ke12 semuanya. ada sumber menyatakan tahun arnab boleh bawa "ong" means keuntungan (betulkan kalau efa salah ye).
Kalau korang nak tahu, tahun ni juga unsur arnab logam (err, ada lain juga air, kayu, api dan bumi. segala benda nie efa tak tahu, efa baca dari sumber2 je).

kalau nak tahu lebih lanjut pasal tahun arnab tue, boleh la search sendiri, efa bukan nak cerita pasal benda alah ni, efa ni nak kongsi efa berhari raya cina!!!! excited nak cerita nie daaa...



Kalau tengok sign board ni, macam nak pergi melancong kat kuching pulak, tengok betapa banyaknya tempat-tempat yang menarik kat kuching tau! eh eh eh, itu bukan point di sini, nampak tak yang paling atas sekali, efa nak pergi serian. nak berhari raya~ yeayyyy


ish, cepatnya dah sampai. oh tidak, jauh perjalanan tau. sampai tertidur2 lagi dalam kereta. Ayahku bawa kereta dengan perlahan dan cermat, oleh dengan itu, kami selamat sampai d tempat yang ditujuiiii~ :D


inilah dia rumah atuk dan nenek~ tapi, atuk dah tak ada lagi dan nenek pula tak duduk sini lagi. dia duduk kat umah my auntie and uncle. rumah ni kosong dan my uncle tinggal d sini, masa ni dia tak ada, dia pergi kuching rasa2 nya.


tak sah ye, kalau pergi rumah orang cina tak ada perhiasan bunny2 nie. ehehe. mesti ada~ kalau dorang tak hias2 rumah bagai2 tue, ertinya diaorang tak sambut new year di atas sebab2 tertentu.


wajib ada masa CNY, gan, hongbao dan niangao.


rumah auntie efa. setiap tahun mesti tukar2 perhiasan kat rumah dia~



picture my mum and my dad with my uncle, my auntie, my cuzzies, and my grandma~


rasa sangat bertuah mari ma sebab masa pergi umah my auntie ada "WUSHI" , maksudnya tarian singa.


my dad pulak dapat gift from my uncle, kalendar harimau malaya dan chelsea.


efa pulak, dapat hongbao la!!!!! hoyehh, hepi gila tak hinggatt~





**Korang ada tak jalan2 dan berziarah masa CNY nie? dapat banyak angpau tak?



Tuesday, February 1, 2011

Adanya hikmah di sebalik dugaan Allah ~



Setiap benda yang terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya. Oleh itu, orang yang ditimpa sesuatu bencana atau dugaan hendaklah tabah dalam menghadapinya. Malah janganlah mengeluh akan ketentuan dan ujian Allah kepada umatNya.

Begitu juga efa, walaupun pernah ditimpa segala musibah dan dugaan oleh Nya, efa juga sering berkata dan menyalahkan takdir (efa juga manusia biasa, alpa dengan segala2nya dan tak pernah berfikir panjang). Efa juga tidak lari dari mengeluh "mengapa dan kenapa aku menerima semua ini???!!! dengan ujian yang berat sekali dari Nya!!!" sehingga efa pun berkata "Tuhan tidak adil!!!" astaghfirullah أستغفر الله , sampai macam tue se
kali. Ini telah menampakkan kita tidak menerima Qadha dan Qadar Tuhan. Sedangkan Kalimah Allah sendiri telah menyatakan dengan jelas bahawa setiap sesuatu itu adalah atas ketentuanNya.








Percayalah dan InsyaAllah, kita mampu menghadapinya sebagaimana firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."





Thursday, January 27, 2011

ready for an interview??


sekarang masa nak carik keja, al maklumlah dah jadi penganggur nie. so kenalah bekerja keras mencari kerja yang bersesuaian dengan field yang di ambik dulu. efa ingatkan senanglah nak carik perkerjaan nie, akan tetapi susah yang amaaat. ahhh. bila tengok iklan ada jawatan kosong tapi semua nak experiences!!! haduiiihhhh (nada johan jadi eric leong tuh) mana la kami nie ada experiences. fresh from oven tauuu!!! belum keleja lagi maaaa.

efa berharap lepas nie dapat la pekerjaan yang bersesuaian. doakan untuk efa ye.







Monday, January 24, 2011

mini super shoot

dah lama efa tak post untuk mengemaskini berita terkini dan terhangat kan. malas tahap gaban kot. maaf ye. blogwalking pun jarang2 dah, salu je jadi silent reader kat blog teman2.

sibuk dengan benda yang tak berfaedah sebenarnya. efa lagi suka dok memerapkan diri kat "muka buku", tweet, lookbook, dan meronda-ronda sini sana.

minggu lepas efa sempat buat 1 photo shoot bersama anak saudara tercinta dan tersayang, cik ezah kita. comey kan, banyak photo dah upload kat muka buku.



antara keriangan yang terdapat d wajah ezah.



jom "makcik" mu bawa jalan2.


nak jugak ambik picture lompat2. tak malu betul budak2 nie.


ini antara picture yang paling efa suka. terima kasih kepada teman yang mengambil. cantek sangat.


* sekarang aktiviti photo shoot ni dah jadi aktiviti paling best.

duit poket

Related Posts with Thumbnails