Wednesday, April 27, 2011

Senaman untuk menambah berat badan: cuba teka apa dia?

Moh2 kita menambah berat badan, apa kelas nak kurang berat badan.. ahahha. tau tak apa aktiviti yang dapat berat badan?? mestilah makan2 sampai pengsan. ngahngah. Well, dah lama efa tak update pasal makan2 kan? yerlah, salu duk update pasal lily of the valley je.

nak jadi alkisah, tengahari tadi efa ngan my friend, mimi pegi makan kat Restoran De Manama.. waaa, ni la first time efa g makan kat sini. Restoran nya santai gila, ada free WiFi, Menu pun boleh tahan banyak gak la, ada macam2 choice.

Arghhh, malas nak panjangkan cerita, meh layan picture kat bawah.



Air mesti la kaw2 kan, yang belah kiri tue air soda gembira.. haaaa, kena lah gembira minum air ni, dan yang belah kanan tu air bandung manama... color je hijau tapi nama dah air bandung..



Nie menu mimi, Nasi Kabhsa..auw, nasi minyak dengan ayam arabic style..


Nasi Dagang menu efa, sodap la jugak.. suka lauk ikan nya.

Sayur Campur, our side order!




Tadaaaa. ni lah mimie aka owner beauty dashouse closet, kalau sesiapa nak shopping baju & beg2 boleh search kat FB. Memang lawa2 koleksi nya tau. Click HERE, ke blog my friend MIMI


** Sejak dua mejak ni, rajin pulak nak layan blog. eheheh. :)

Tuesday, April 5, 2011

sesawang labah2 yang perlu dibersihkan

adusss apa nak jadi ni, dah nak masuk 1 month, blog efa dah tak terupdate. Pemalas nak mampus. Nampak tak sesawang labah2 sini sana, (naaa... siap sesawang labah2 bagaiiii lagi tau...ahahahah).

traffic lak jangan kata la, seketul dua ketul je yang singgah. sekarang ni nak mulakan langkah balik la. sebab idea dah mencurah2 macam air terjun. almaklum baru balik bercuti. ngeee~ bukan efa baruk balik bercuti ke hari tu? efa pergi bercuti lagi kalau korang nak tahu. tak nak tahu tak pe la, tak paksa pun.

well, holiday ari tu pun tak terupdate lagi ngan korang kan. kita sekodeng cerita baru je la kan. cerita tu macam dah basi pun. apa leh buat, sikap blogger tegar tu dah tiba2 ilang pulak. harap2 lepas ni efa dapat jadi blogger tegar macam yang lain. ngee~ tak nak lagi lengah2 cerita, kalau boleh update terus, biarlah apa orang nak kata. ni kan blog personal, terpulang lak nak cerita apa, nak post apa, nak komen apa, haaaa... tiba2 nak emotional pulak. walau bagaimanapun, efa akan cuba sedaya upaya setakat yang termampu.

ohh, satu lagi, efa sebelum ni guna yahoo id untuk blog ni, oleh kerana dengar desas desus dari blog kakzie kita kena tukar ke gmail, so efa pun sepantas tak berapa laju macam kilat menukar kepada gmail. semua blog yang efa follow ilang, seperti yang sedia maklum. hurm, sekarang tengah bergiat nak follow semua blog. kalau bagi blog yang belum terfollow tue, paham2 je la. Terima kasih kepada kakzie, "nasib bait kmk nangga apa yang kitak post ya, mun ndak, aben la.. alu sik berblog agik kmk la lepas ya kakzie".



Meh cuci mata tengok picture masa efa dan kawan efa, mimie berniaga d Sejiwa Senada beberapa minggu yang lepas. Walaupun dah lama berlalu, tapi memang keriangan menjaga booth memang best gila, dengan macam2 peristiwa yang terjadi. Terima kasih kepada yang sudah sudi singgah, membeli belah d gerai kami, membantu mendirikan booth, menjaga booth bersama2, dan macam2 lagi "me-" ehehhe.. terima kasih banyak yang tak terhingga. Oh ya pasti, kepada mimie, "maksih juak sudi berik kmk numpang booth ktk ya.. ehehe, mun ada lagi lak sama2 kita memperluaskan bisnes kita tok. eheheh"



Lily of the Valley dan Beauty Dashouse Closet berkongsi booth yang sama.


Antara aksesori yang di jual pada hari tu.



Selendang, top, dress, vintage dress, handbag dan macam2 lagi yang ada.


Antara mereka yang terlibat



Hingga larut malam berniaga.


*kepada blog yang efa belum follow, efa akan cuba cepat2 follow balik. :)





Sunday, April 3, 2011

Peristiwa yang terjadi di Sejiwa Senada Sukmaria

Hari ketiga di Sejiwa Senada Kuching Utara Sukmaria yang begitu tragis sekali apabila hujan yang sangat lebat telah meranabkan beberapa booth-booth yang terdapat disitu. Bersyukur kehadrat Illahi kerana booth kami dalam keadaan yang selamat dan tiada sebarang kerosakan yang menimpa, alhamdulillah.


Hujan yang turun begitu cepat sekali sehingga ada diantara booth2 yang lain tidak sempat untuk menyelamatkan barang2 berharga mereka, apa yang penting adalah menyelamatkan diri mereka dahulu. Mana taknya, kang dihempap oleh canopy, lagi la tragis kan?


Jom tengok beberapa picture yang efa sempat ambil.









**psst, sebelum kejadian ini, ada seisi persembahan dari beberapa artis yang tak berapa efa kenal kot menyanyi macam teeet kat pentas tu. hurm, tepuk dada tanya sendiri ok. faham2 sendiri la, okay. no komen. tapi efa berharap kejadian ini tidak berlaku untuk hari terakhir kami di Sejiwa Senada Sukmaria, dan semuanya berjalan dengan baik, aminnnn.

**kepada kitakorang yang lom singgah ke kedei kamek ya, boleh la singgah di booth kamek pada hari terakhir (ahad) bersebelah dengan pentas orang berlagu ya. ada jual barangan vintage untuk wanita seperti beg, baju, vintage dress, aksesori wanita, dan lomo kamera (berkemungkinan akan ada untuk hari terakhir).Ada special price untuk hari terakhir.

Friday, April 1, 2011

SEJIWA SENADA: DAY 1

Hari pertama memang sangat mencabar buat efa dan kawan efa, mimi. Kawan efa, mimi, memang dah lama bergiat dalam bidang ni, dia dah salu bukak booth sebelum ni, efa lak kira first time gak la menjual dengan real customer. Excited gila kot efa semalam. Tapi masih juga shy shy cat di situ. huhuhu..


Nak di jadikan cerita, sepatutnya booth dah buka pada awal pagi, tapi efa dan mimi buat keputusan nak bukak petang, sebab nak selesaikan beberapa perkara lain. Bila kami sampai je, tengok2 dapat port yang tak berapa nak cun, mana tak nya, kawasan longkang dan longkang pancur air keluar kat kawasan kami berjual. Bila petang nak berjual, hujan lebat pulak, tu la pasal habis semua baju2 basah lencun. Tapi nasib baik sempat diselamatkan juga. At last, kitaorang mintak tukar kat kawasan lain, akhirnya dapat juga kawasan yang lebih selesa, memang tak jauh dari pentas kedua.





nampak tak anak panah tu. efa tunjuk kawasan air mengalir, dah macam banjir tau. kesian kami.



Yang paling best, time malam. Lampu boleh pulak tak leh nak switch on, hampeh. mula2 pakai lampu emergency, aleh2 habis bateri pulak. bergelap la gerai kami. kesian customer belek2 barang dalam gelap. oh ye, kalau korang nak tau, pihak penganjur hanya menyediakan tapak jualan, semua alatan2 sendirian berhad, termasuklah electric supply tidak disediakan.


ini antara baju2 vintage yang efa jual, huhuhu. sepatut nya byk lagi, tapi efa dh ambik dulu.ngeeee



dalam kegelapan, ni pun disebabkan lampu flash kamera. huhuh



diantara aksesori yang dijual. nampak sangat tak berlampu.




Efa nak menjemput lagi warga2 kuching, silalah datang ke booth Lily of the Valley dan Beauty Dashouse Closet di SEJIWA SENADA, SUKMARIA. dari 9 pagi sampai 10 malam. Jangan lupa mention korang dari blog, boleh bagi harga geng2 blog dan efa nak bagi gift dari vacation hari tue (siapa cepat dia dapat, ada 1 je tinggal.. ngeee~). Amir dan kakzie, kmk nunggu ktk duak datang agak kay. hehehehe, gift tinggal duak tiga igek jak lagi, sapa cepat dia dapat, walaupun sik berapa nak mahal, tapi ikhlas dari kamek tok.


** efa dah tak sempat nak ambil picture banyak sangat, penat sangat punggah barang. hari ini, insyaAllah efa akan postkan picture lagi ye.


duit poket

Related Posts with Thumbnails