Monday, October 11, 2010

Kerja part time yang BEST!!!

efa nak share masa efa pegi part time last week,
tak terlalu lambat agaknya kalau efa nak kongsi ngan korang kot..

the first day; part time kat rumah kediaman rasmi TPM....

penat sangat, sebab efa jatuh. aduhhhh, sakit punggung. *malu giler!!!
semua orang pandang tapi nasib baik malam tak da la orang perasan sapa yang jatuh time tu...ahahah...tapi ramai gak yang tengok..sebab jatuh gedebuk!!!! semua pandang....
no no no no...kenapa semua orang tengok....mana la nak letak muka..habis seluar kotor, dah la tanah becak..duh!

staff Shangri-La Hotel memang best....sempoi je....
bekerja dalam keadaan yang cool, tak da la nak stress2...
bayaran pun berbaloi2!!!

antara artis jemputan malam tue,
Nasser Wahab...masa ni kitorang baru pas solat, pas tu kawan efa terus bawa bergambar, so efa pun join sekaki....


Jamal Abdillah...hah. yang nie baru pas habis kerja, kawan ajak bergambar lagi sekali, so join je...ehehehe...



the next day:
Wedding Jimmy Shanley with Nursuhaila


walaupun tak dapat datang sebagai jemputan untuk majlis resepsi mereka, at least dapat gak tengok majlis itu berjalan...memang seronok kalau bekerja masa nie tapi sangat penat, banyak keja nak wat. kejar masa lak tue, semua berjalan on time. staff kat sini...hurm no komen... susah bekerja ngan dorang. tak peramah langsung..opss tak semua la, ada yang ok gak..ada tue, poyo habihhhh.....hello, jangan perasan hebat, kita bekerja kena saling bantu membantu, dan yang paling penting bekerjasama, kalau tak ada kitorang nie, belum tentu ada yang nak kerja tau....dah la bayaran macam "tut" arghh......marah nie..

paling best sekali dapat tengok Datuk Siti Nurhaliza, jatuh hati tengok kecantikan Siti,
sowi masa kerja tak leh ambik picture....
ramai gak yang datang pada hari tue,
Siti Nurhaliza dan Datuk K, Lisa Surihani (dia sangat cun plus cantek2!!!!), Awal, Sazzy, Nashril, Rozita Che Wan, Anne Ngasri, Catriona Ross, Mawi, Ezlynn, Linda Onn, Maulana, Cg2 AF, Iqram, dan ramai lagi...



picture hasil google...cantik dan tampan....memang sepadan....


picture yang efa ambik curi2 masa kat luar ballroom....
ehehhehe...sian, picture nie je ada....opppsss ada lagi....




masa nak balik, ternampak limosin kat luar, pergh, rupa2nya limosin ni di hadiahkan sempena perkahwinan Jimmy dan Suhaila, lepas majlis tue limosin ini akan digunakan kat resort keluarga Nursuhaila...wah....seronok nya....




kalau korang nak tengok picture masa majlis resepsi mereka, boleh la google, ok..





p/s: mencari rezeki yang halal tak salah, walaupun terpaksa mengalami kepenatan yang teramat dan yang pasti satu kenangan serta pengalaman yang tidak akan dilupakan....

korang lak ada kerja part time yang menyeronokkan tak???




4 comments:

nabilah_2908 said...

keje part time yg paling best...dpt jadi cikgu tuesyen hujung minggu...ajar budak2 darjah 2 & 3... :)

menguji kesabaran juga la..sbb tk boleh marah2...so kalau yg tk nk belajar...lantak korang la...hehe.. ;)

jom ke APA KATA HATI pulak,
ALAHAI Z

ciek niena said...

wah, besh nya awak. dapt jumpa artis pujaan saya tu, jamal abdillah. hihihi

e F a said...

nabilah: wah seronok nya jadi cikgu~ memang kena bersabar kan?? dah la budak2 nakal sangat.....

e F a said...

ciek niena: best tu best gak la...eheheh...dapat dengar kesedapan dan kesyahduan suara jamal abdillah

duit poket

Related Posts with Thumbnails