Hari Khamis yang lepas, rakan sekerja efa dijemput untuk menjadi hakim dalam Pertandingan Memasak Peringkat Sekolah 2012, yang diadakan di Sekolah Seni Malaysia Kuching pada 29 Mac 2012. Kemudian dia bawa efa sekali, kebetulan masa tu efa free, terus join sekaki la. Memang rasa seronok dan tak sabar nak tengok budak sekolah memasak ni, mesti best.
Pertandingan Memasak Peringkat Sekolah 2012 ni telah ditaja oleh Petronas dan Maggi. Lokasi pertandingan memasak pula dijalankan di Dewan Makan Sekolah Seni Malaysia Kuching, tetapi agak sempit la, mungkin terlalu ramai pelajar di dalam dewan bersama guru sekolah menyebabkan dewan tu sesak. Efa rasa macam dah tak dapat nak bernafas dan kepanasan dalam tu. fuhhh.
Ada 13 kumpulan yang bertanding, dalam 1 kumpulan ada 6 orang, ramai kan?? Sepatutnya ada 3 orang je dalam satu kumpulan, tapi pihak sekolah buat keputusan nak gabungkan 2 kumpulan supaya tidak terlalu banyak kumpulan yang bertanding.
Mari kita tengok kesungguhan pelajar-pelajar Sekolah Seni ni sepanjang pertandingan diadakan.
Mereka dengan muka excited nya nak masak.
Setiap kumpulan dikehendaki menyediakan dua jenis makanan yang bertemakan "HARI LAHIR" dan disediakan untuk 4 orang. Para pelajar/peserta perlu menyediakan satu jenis masakan dan satu jenis pencuci mulut. Mereka juga dikehendaki menggunakan bahan-bahan yang disediakan oleh pihak sekolah dan NESTLE untuk hidangan yang mereka sediakan, kecuali pencuci mulut yang disediakan oleh peserta. Masa yang diperuntukkan untuk memasak ialah 30 minit.
So, macam2 jenis hidangan yang dorang masak dan sediakan, ada yang menepati syarat, ada pulak yang lari sedikit dari kehendak syarat.
Mari sekodeng sikit hidangan-hidangan yang mereka telah sediakan.
Antara hidangan yang efa rasa dah macam lukisan. Tiba2 lak di hias dengan timun. Ice Cream ngan timun???
Satu-satunya kumpulan yang menyerlah. Kagum efa tengok kebolehan mereka.
Mereka yang sabar menanti untuk mengetahui keputusan kumpulan mana yang menang dan mewakili sekolah mereka.
Para hakim dan para pemenang menerima hadiah dan cenderahati.
Yang ni pulak, pemenang tempat pertama dan kedua, hanya lima orang yang akan dipilih.
Mereka berlima akan dilatih oleh pihak kami untuk keperingkat seterusnya
Gambar berkumpulan harus ada. Efa je tak ada, sebab efa tukang ambik gamboo ni. hurm
tapi, ada gak picture efa, picture ni efa curi dari blog SSeM... hehehe.
Dah macam Sarawakian Junior Masterchef pulak dah kan??