Thursday, January 27, 2011

ready for an interview??


sekarang masa nak carik keja, al maklumlah dah jadi penganggur nie. so kenalah bekerja keras mencari kerja yang bersesuaian dengan field yang di ambik dulu. efa ingatkan senanglah nak carik perkerjaan nie, akan tetapi susah yang amaaat. ahhh. bila tengok iklan ada jawatan kosong tapi semua nak experiences!!! haduiiihhhh (nada johan jadi eric leong tuh) mana la kami nie ada experiences. fresh from oven tauuu!!! belum keleja lagi maaaa.

efa berharap lepas nie dapat la pekerjaan yang bersesuaian. doakan untuk efa ye.







Monday, January 24, 2011

mini super shoot

dah lama efa tak post untuk mengemaskini berita terkini dan terhangat kan. malas tahap gaban kot. maaf ye. blogwalking pun jarang2 dah, salu je jadi silent reader kat blog teman2.

sibuk dengan benda yang tak berfaedah sebenarnya. efa lagi suka dok memerapkan diri kat "muka buku", tweet, lookbook, dan meronda-ronda sini sana.

minggu lepas efa sempat buat 1 photo shoot bersama anak saudara tercinta dan tersayang, cik ezah kita. comey kan, banyak photo dah upload kat muka buku.



antara keriangan yang terdapat d wajah ezah.



jom "makcik" mu bawa jalan2.


nak jugak ambik picture lompat2. tak malu betul budak2 nie.


ini antara picture yang paling efa suka. terima kasih kepada teman yang mengambil. cantek sangat.


* sekarang aktiviti photo shoot ni dah jadi aktiviti paling best.

Wednesday, January 5, 2011

Salam Tahun Baru yang dah terlambat


Memang dah terlalu lambat nak wish korang "SELAMAT TAHUN BARU" (tapi efa tak kisah, nak wish gak!!!) dan semoga tahun 2011 memberikan sejuta dan semillion pembaharuan dalam kehidupan korang semua, dan mendapat serta mencapai apa yang diinginkan selama ini, aminn.....


Bagi efa tahun 2010 banyak memberikan efa pengajaran tentang kehidupan. Segala perit dan manis semua efa telah lalui pada tahun 2010.
Walaupun tahun 2010 merupakan tahun yang efa nantikan sebab berjaya menamatkan pembelajaran, tapi dalam pada itu tahun 2010 dah menumbangkan efa (chewahhh~~) dengan kesedihan yang teramat. Efa harap tahun 2011 dapat mencerikan efa sampai boleh lompat-lompat keriangan macam budak-budak kena bagi hadiah!!!! huhuhuu






Hati efa berat nak menyatakan kat sini...tapi, efa kena lakukan jugak sebab efa rasa dah tiba masanya....
teng teng teng teng... apakah itu?? (adoii, nak melawak pulaks...tak kuasa mak!!)
sebenarnya dah terlalu lama efa meninggalkan blog nie dengan begitu sahaja...banyak cerita di sebaliknya...mungkin ada yang tahu, mungkin ada lagi yang masih tak tahu...
kalau yang masih tak tahu tu, boleh baca kat sini dan sini

efa terfikir macam nak memberhentikan je kegiatan blogging nie sebenarnya... dah hilang rasa nak menulis, berkongsi cerita ngan korang semua....tak tahu sama ada nak wat blog baru ke?? tukar wajah baru blog nie ke?? nak biar cam tue ke?? hurrmmm..

akan tetapi efa sayanggg sangat kat blog nie, sebab dah banyak benda efa buat untuk blog nie sebagai sebahagian kehidupan efa (yeee ajee, ada ke sampai cam tu sekali??)



p/s: ada idea tak macam nak menaikkan semangat efa balik?? huhuhuh



duit poket

Related Posts with Thumbnails