Friday, December 30, 2011

RESEPI: APAM yang comel

Di atas permintaan sahabat-sahabat sekalian, efa telah diminta berkongsi resepi Apam polka dot or Apam yang comel macam kat bawah ni. Efa pun search jugak resepi ni kat internet. Ada yang accurate, ada yang bagi resepi tak accurate. So, pandai2 lah korang adjust kan lagi measurement dia tau. 

macam sayang pulak nak makan (sumber: google)




Bahan-bahan yang diperlukan: (kalau korang search pun sama je, atau ada yang lain sikit)

3 biji telur (kena telur yang sejuk-dari peti ais)
275 gm tepung gandum + 3 sudu teh baking powder (diayak, takkan korang tak ayak kan)
200 gm gula halus
150 ml susu segar
1 sudu teh esen vanilla (korang kena guna yang pure esen vanilla)
1 sudu teh ovalette 
pelbagai jenis pewarna (depends korang nak warna apa)
blueberry jem filling *tak kisah la, ikut citarasa korang, nak strawberry ke, chocolate chips ke, sri kaya ke. 


Dan cara-caranya seperti: (setiap orang mempunyai cara yang berlainan membuatnya)

1. Pukul putih telur dengan mixer sehingga form stiff, macam buat meringue la. Kira sampai betul-betul kembang.
2. Kemudian baru masukkan ovalette, kuning telur dan esen vanilla. Pukul sehingga adunan kembang lagi.
3. Masukkan gula dan pukul lagi.
4. Boleh da masukkan tepung + baking powder berselang seli dengan susu. Gaul guna spatula, kalau tak ada spatula, senduk pun boleh la. 
5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan warna mengikut kesukaan. 
6. Dengan menggunakan piping bag, boleh picitkan adunan kedalam mangkuk kertas yang sudah diletakkan di dalam acuan lompang. Letak sedikit dahulu, kemudian letakkan inti/ filling dan seterusnya picitkan lagi adunan sehingga 3/4 penuh. 
7. Korang boleh buat corak mengikut kesukaan korang, dot dot ke, smile face, angry bird, lady bird ke (tengok picture2 yang efa letak disini)
8. Kukus dalam masa 10-15 minit. 
  


inilah acuan lompang (sumber: google)


 macam senang je buat corak ni kan? dapat idea tak? (sumber: google)

efa suka tengok corak strawberry tu, kreatif sangat (sumber: google)

comel je muka angry bird ni (sumber: google)
  
(sumber: google)



Tips:
- Pastikan penutup periuk kukus dibalut dengan kain bagi mengelakkan air stim menitik di atas adunan. Ini boleh menghasilkan apam yang tidak cantik.
- Jangan terlalu kerap buka penutup periuk kukus untuk melihat hasilnya (bawak bersabar semasa memasak, jangan tergopoh-gopoh tau!!!)
- Pilihan warna haruslah bijak, kalau tak apam anda tidak akan kelihatan menarik ye! ahahaha. tips yang berguna.
- Masa isi inti, elakkan meletak terlalu banyak, jangan tamak sangat hokehhh.
- Kalau tak berjaya buat kali pertama, boleh cuba banyak kali, "PRACTICE MAKE PERFECT"






Apam ni bukan sahaja sesuai untuk minum petang, untuk door gift ke, hantaran pun boleh gak kan, guna kan kreativiti anda yer kawan2. 
Corak apam pun bergantung kreativiti korang, mana tau korang ada kebolehan seni buat apam corak Transformer ke, Spiderman, Superman, Power Rangers ke lepas ni. Siapa tau? hehehe. 





SELAMAT MENCUBA!!!

Thursday, December 29, 2011

Boleh layan OMBAK RINDU banyak kali

Efa rasa mesti dah kecoh yang filem Ombak Rindu Full Movie ada kat youtube. Ada gak rasa macam rugi je tengok kat wayang. Tapi efa rasa, tengok kat panggung wayang lagi layan kot. Lagipun time tue memang terasa  "feel" lebih la. Macam-macam pendapat orang terhadap filem ini, ada yang kata boring la, sedih la, biasa-biasa je la, pelakon ni tak sesuai la, dan bla bla bla bla. Pendapat efa pulak, filem ini berjaya buat efa sedih (sedih je ke?? lalala).

Apa-apa pun, setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza-beza, so, tak perlu nak bertikam lidah hanya sekadar sebuah filem, ok. *chill!!

Meh layan OMBAK RINDU FULL MOVIE here!!!



LOOKBOOK: LAYERING




What i wore: OBB watches necklace, F21 flower ring, Pastelina Alexis maxi skirt, Seed basic shirt.








my outfit masa besday kawan baik saya, Amy. Entry di SINI 

Bye bye 2011, Hye hye 2012!

Terasa terlalu cepat masa berlalu, segala pahit manis sudah kita lalui di tahun 2011.  Efa rasa tahun 2011, memberikan efa banyak sweet moments than bad memories la. Kalau nak disenaraikan disini memang tak leh, nak tahu sweet moments tu, tengok jelah past entries efa, hampir semuanya sweet moments efa. Pelbagai dugaan dan cabaran yang ditempuhi sepanjang tahun ini. Dan sepanjang tahun ni juga, efa merasakan efa telah banyak belajar pekara baru malah banyak mengajar erti kehidupan. (sudah sudahlah efa, nak meroyan pulak). Segala yang terjadi itu adalah ketentuan Illahi dan pasti ada hikmah disebaliknya (tambah lagi..)

Baru semalam kita meraikan tahun 2011, sekarang dah nak menjelang 2012, memang terasa seperti sekelip mata masa berlalu ibarat sepantas cahaya (memang cepat la masa berlalu kannn). Apa2 pun, azam 2011 efa tak tercapai, so akan dibawa ke tahun 2012. InsyaAllah, efa harap tahun depan akan tercapailah azam itu, Amin yarabbal alamin. :) 

Efa nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU, 2012 kepada pembaca-pembaca di blogger efa dan blogger-blogger yang setia berkunjung di blog efa yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan (ada ke?? hurmm). Tanpa korang, takkan ada efa berkecimpung dalam blogging ni. (chewahhhh, puji lebih nie)






Azam tahun baru saya, saya mau terbang! boleh??


Mari sama-sama kita tutup buku lama, dan buka luas-luas buku baru (buku apa kitaorang maok! LOL). 



p/s: apa azam korang tahun baru ni? yang azam tahun 2011 dah tercapai belum?? hehehe

Tuesday, December 27, 2011

A Toast to Christmas

Comel kucing dua ekor ni kan kan. (efa suka kucing kaler macam ala ala garfield ni)


19 Disember yang lepas efa ada attend dinner yang dianjurkan oleh AZAM Toastmaster Club. Dinner malam tu bertempat di The Quad, USCI Kuching dan makan malam berkonsepkan buffet. Makan malam tue tak banyak choice (tak sempat nak ambik picture makanan, tapi ada few pictures dari my cuzz). Cousin efa, rudzie yang ajak pergi dinner ni, so apa tunggu lagi, join je la. Ada macam macam aktiviti, memang best la. Majlis yang bertemakan merah, hijau dan gold. Cuba teka efa pakai kaler ape? hehehe. 


sumber: google. 

Sing Along, macam macam lagu Christmas dorang nyanyi.


Again, aktiviti Sing Along.

Story Telling, kira macam dorang sambung2 cerita la. 


Buffet line: Salad section.


Fresh Fruit for Chocolate Fountain. 


love love love: Chocolate Fountain section!!

Chocolate Fountain: yummy~~ 


Gift Stealing: macam lucky draw, boleh pilih hadiah, lepas tu buka bungkusan hadiah, dan orang yang kedua  pulak boleh 'steal' hadiah orang yang sebelumnya or ambik hadiah baru. well, saya pilih untuk ambik hadiah yang baru~ :) cuba teka saya dapat apa. teka lagiii.. ahahahaha

Group photo!!

Lepas balik dari dinner, kitaorang sempat lagi having our tea time & chit chat before balik.


Marble Cheese Cake

Mango Delight Cheese Cake

Cheese Cake. macam tak ada beza, tiga2 cheese cake. 

Green, Red & Gold. memang ikut tema kan kan kan? hehehe

ni yang efa dapat: walaupun tak seberapa, tapi suka sangat, sebab efa suka something yang aromatic dalam bilik tidur efa. 






p/s: seronoknya Christmas sebab dapat exchange gift, rasanya macam tak sabar nak sambut Hari Raya next year!!! (hadoiii, punya lama nya lagi, tak ada kena mengena langsung ngan Christmas, padahal tak sabar nak new year sebenarnya- oppssss!)
macam mana ngan sambutan Christmas korang?? ada sik kitakorang g ngabang tek?







Friday, December 23, 2011

Anugerah Carta Borneo ERA 2011

Walaaaaa, baru ada masa nak update event Anugerah Carta Borneo ERA 2011, 10 Disember 2011 yang lepas. Adoiii Efa dua minggu baru ko nak update!! ish2. Efa belum sampai tahap dapat update everything on the spot kat blog, salu je delay. Terlalu banyak sangat waiting list entry Efa ni. Masa Anugerah Carta Borneo ERA hari tue, efa dapat 2 free tiket masa event Tweet Up Kuching pada siangnya, boleh baca entry first kat SINI, dan second entry baca SINI. So, Efa dan Rudzie apa lagi, keriangan dapat tiket free tu, walaupun free seating, nak jugak nak pergi. 


Kitaorang pergi around 7 pm macam tue la, sampai2 je kat BCCK, penuh weiii parking, kena jalan jauh sikit la. Pastu, bila dah sampai kat dalam dewan, fuhhh, luas nak mampus, dan yang paling pelik kitaorang tengok, ada seat tapi ada pagar (ala2 macam kat konsert zee avi aritu). Ingatkan free seating duduk kat situ, rupa-rupanya tu untuk VIP, kalau nak duduk boleh naik kat tingkat atas, yang kat bawah kena berdiri!!! disebabkan kitaorang malas nak naik atas dan tempat duduk kat atas yang dah penuh, so berdiri je lah nampak gayanya sampai habis anugerah (tak tengok habis pun, balik awal macam konsert Zee Avi ari tu). fuhhhhh~ lenguhhhh kaki weiii.. geram pun ada. menyesal datang~


Korang tengok jelah pictures kat bawah ni, memang tak lawa la, sebab Efa berdiri jauh dari pentas. Kalau korang rasa nampak macam dekat je tu, jangan terpedaya, itu pictures yang Efa ambik dari FB Era.fm Kuching. Malam tu, Efa banyak ambik video, sebab geram sangat bila snap pictures semua tak cantik. huh~ 



Hanif, Osha dan Ray, DJ Era.fm, antara yang memeriahkan lagi malam tu.

Ray, lucu pulak nampak dia duduk kat situ.

Tak rasa ke kerusi VIP banyak kosong!!! baik suruh penonton lain masuk duduk kat situ!!!

Pop Shuvit, persembahan yang bertenaga siap boleh terapung lagi. ahahahahaha

salah satu sebab efa rasa geram sangat. photographer berlambak2 kat depan!! please laa~ kalau kat Anugerah mana2, photographer semua duduk kot!! ishhhh
tengok!!! kepala korang je nampak! tak prihatin langsung kat penonton. 

Persembahan bertenaga dari Mizz Nina (picture credit: Alvin Leong, FB Era.fm Kuching)

(picture credit: Alvin Leong, FB Era.fm Kuching)

(picture credit: Alvin Leong, FB Era.fm Kuching)

Mayze, ramai yang bersorak, tapi sorry Efa tak kenal, mungkin sebab Efa tak mengikuti edaran muzik semasa.  Huhu

Comel je Najwa Latiff cakap bahasa Sarawak.
   
Carta Hati dan Cinta Muka Buku, dengar2 malam tu dia baru baik dari demam. Tapi sporting gila  Najwa Latiff.  Tiba2 tersuka lak ngan dia. :)) (picture credit: Alvin Leong, FB Era.fm Kuching)
  
Persembahan Stacy memang super duper best gak. Suara best sangat, dan paling suka tengok dia menari la, memang boleh jadi Agnes Monica Malaysia. ehehehe (picture credit: Alvin Leong, FB Era.fm Kuching)

Ir Radzi, Penyanyi dari Sarawak, slap me, sebab memang Efa tak kenal dia. ahahaha. Kira malam tu baru kenal dia.Tahniah la kat dia sebab menang besar malam tu, bolot 3 Anugerah. 

To tell you all the truth, Efa balik awal dan tak sempat tengok Hafiz buat persembahan malam tue. (as usual Efa akan balik awal) (picture credit: Alvin Leong, FB Era.fm Kuching)

DJ Radio ERA.fm, Haniff, Ray, Osha, Hasmin dan Wan (picture credit: Alvin Leong, FB Era.fm Kuching)




**Kalau tak kerana tiket free, tak pergi kot Anugerah Carta Borneo ERA ni, dah la kena berdiri sepanjang Anugerah tu, nak snap picture pula nampak kepala orang je! hurm. apa2 pun memang enjoy dengan persembahan dari Pop Shuvit, Mizz Nina, Najwa Latiff dan Stacy! 






Wednesday, December 21, 2011

WORDLESS WEDNESDAY - PAREO







On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.

Tuesday, December 20, 2011

Selamat Pengantin Baru

Efa ingin mengucapkan tahniah buat rakan2 efa yang telah melangsungkan perkahwinan mereka. Ramai yang dah mendirikan rumah tangga, kalau nak letak semua memang panjang berjela kot. Mereka ini antara majlis yang sempat efa hadiri dalam tahun ini. 




  SELAMAT PENGANTIN BARU DI UCAPKAN KEPADA 
Dayang Normala & Rahim Malik

Tahniah Mala & Rahim. Color pink gitu.

Semua posing ke arah kanan~ tapi sorang je ke kiri. hehehe

Semua tengok pengantin perempuan. 

Lelaki-lelaki tampan & bergaya! wewit!!!

Gadis-gadis comel dan cantik!!! ahahahaha

Tema kami warna merah, kami je yang ikut tema, terima kasih!!!

Ini merupakan majlis persandingan rakan Efa yang paling meriah dan ramai gilaaaa kawan-kawan masa sekolah dulu yang hadir, rasa macam buat reunion je. Pengantin perempuan pulak kecoh atas pelamin, opps, sorry mala!! ehehe. Walaupun majlis nya dah berminggu2 berlalu, ngeh, Efa masih nak ucapkan tahniah kepada pasangan pengantin, diharap korang tabah dan sabar menghadapi rintangan berumah tangga, berbahagia hingga akhir hayat, dan mendapat zuriat yang ramai (insyaAllah, sik sabar kamek dah tok mala!!) Majlis mereka berlangsung pada 10 September yang lepas di rumah pengantin perempuan. 




 SELAMAT PENGANTIN BARU DI UCAPKAN KEPADA 
Khairunnizam & Zuriati

Tahniah yati! Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. ehehehe

Bersama teman2 sepersekolahan dulu. 

Group photo bersama rakan2.

Congratulation buat yati dan pasangannya, semoga ikatan perkahwinan korang berkekalan sampai bila2, cepat-cepat lah dapat anak, hehe. Persandingan mereka berlangsung di Dewan Telekom, Kolej Multemedia Telekom pada 26 November yang lepas. Majlis berlangsung pada hari sabtu, so ramai gak member2 yang lain tak berkesempatan nak datang. Tapi efa dan beberapa rakan2 yang lain berpeluang menghadiri majlis mereka yang diraikan dengan meriah, siap ada persembahan silat lagi. 






SELAMAT PENGANTIN BARU DI UCAPKAN KEPADA  

Dr Amielia Mazwa Rafidah bt Hj Amir Abdullah & Dr Muhamad Zailani bin Abd Rahman.
Pengantin di arak masuk kedalam dewan.
  


Efa dan Rudzie, bergambar dengan pasangan pengantin.  

Pasangan doktor yang sama cantik dan tampan. Tahniah efa ucapkan kepada meraka. Efa doakan korang berbahagia hingga ke akhir hayat dan mendapat anak2 yang comel. Majlis mereka telah berlangsung pada 10 Disember lepas di Rooftop Restaurant, Hotel Penview Inn. Pengantin perempuan tu, merupakan rakan sekolah Efa dulu, tapi lain2 kelas. 





 SELAMAT PENGANTIN BARU DI UCAPKAN KEPADA 
Norizan & Khairie
Congrats!! Suka tengok wedding bouquet sama matching dengan pelamin, soft orange.  

ex-classmate yang hadir pada hari tu.


Pasangan pengantin ni, dua2 sama sekolah efa, pengantin lelaki dari kelas sebelah, pengantin perempuan pulak sama kelas. Efa tak tahu masa bila lak dorang boleh together-gether ni, maksud efa bercinta cintun le. ngeh2. Apa2 pun efa ingin mengucapkan tahniah kepada pasangan ini, moga2 dikurniakan anak yang soleh dan solehah, cucu cicit dan berkekalan hingga akhir hayat mereka. InsyaAllah, aminn. Majlis persandingan mereka diadakan di rumah pengantin perempuan, pada 11 Disember. Hari tu, efa tak berkesempatan bergambar dengan pasangan pengantin, rushing nak balik, so ni je picture yang ada, tu pun picture dari rakan2. Lagi sedih, bila kamera yang efa bawa tak ada memory card, hampehhh~







P/S: Next wedding pulak, minggu depan, tak sabar nak makan nasi minyak kawan2 ku. Soalan yang paling tak best masa pergi wedding nie, "Bila lak turn ko!!" alahai, ni yang malas nak menjawab soalan2 tang gini, haishhh, nak kena penampor ke?? ahahaha, ganas sungguh aku, padahal dalam hati ada taman. gah! tolong jangan nak muntah. ahahaha. Jawapan paling senang, "InsyaAllah next year". 




duit poket

Related Posts with Thumbnails