Monday, March 14, 2011

Masa untuk holiday

Halluuuuuu. efa minta maaf sebab dah lama tak update dan tak ada blogwalking kebelakangan ini. Efa sedang menikmati cuti yang agak la panjang. Sekarang pun tengah curi masa yang ada. Hehehe. Dah lama efa tak pergi melancong tau, rasa macam janggal pulak. Tapi tadi dah borong banyak sangat barang, hadoiii, habis duit la, macam dah lari dari budget.

Esok lusa efa update picture untuk sharing sharing kat sini. Dan esok lusa jugak la poket ni semakin kering dan kering. arghhhh.


**Hari tue efa ada pergi lagi kat waterfront, tak sabar nak bagi korang tengok apa yg efa dh tembak. eheheh..

Thursday, March 10, 2011

Makanan kucingku keropok yang suci dan bersih

Anak anak kucing ku beruntung sekali dapat tuan macam kami ni, chewah.. Yerlah, dah la dapat makan nasi di campur dgn ikan rebus, pastu dapat gak makan keropok! (kitaorang panggil keropok aje la). Pelikkan bukan ke namanya WHISKAS, macam kat bawah ni, tapi kitaorang bagi makanan WHISKIES pulak.

Yang ni, yang biasa kita salu dengar, Whiskas dengan kucing warna kelabu campur2.


Tadaaa!! ni yang ayah Efa beli, ambik 7kg terus di beli, selalu ayah Efa beli sekilo je. Stok untuk beberapa bulan la nie. Beli 7kg terus lagi murah kot dalam RM45 kalau tak silap berbanding beli sekilo RM7 lebih. Jimat beberapa ringit la jugak. Tapi nama makanan ni ada pelik sikit, Whiskies. Manufactured dari KK, Sabah lagi.




4ekor kucing yang tak sabar nak makan keropok, dari kiri (ceh, macam letak nama kelas je), adidas, kecik, mak pusak dan luguk! ahahah, nama mereka pelik2 kan?? Setiap nama dibagi ada simbolik nya, bukan main letak je.


Sluurrppp, tak sabar nak makan keropok eh! Yang ni namanya Rimo. Satu satunya yang bercolor Orange.




Apa yang efa maksudkan dengan suci dan bersih? Haa, bukan makanan manusia je kena ada cop halal tau, makanan kucing pun ada cop benda alah ni.
.
.
.
.
.
.




Cop suci dan bersih lagi. Huhu. Efa tak tahu la cop ni memang nak kena ada atau tidak, just efa terperasan ada cop begini bagai, selalu tak pernah perasan pun selama ni. Yerlah first time beli makanan kucing sampai 7kg kan. ehehehe



**Mixer suka gila makan keropok ni, setiap kali ada orang pergi dapur, dia akan terjah terus dan mengeowww~~

Wednesday, March 9, 2011

Status Halal Sushi King

Mesti ramai yang gemar makan sushi kan, terutama makan kat restoran Sushi King. Sebab Sushi King ada dimana-mana je, lagipun dah banyak outlet di Malaysia. Tapi pernahkah anda terfikir yang Sushi King ni Halal atau tidak? Pernahkah restoran ini mendapat pengiktirafan halal daripada JAKIM?

Untuk pengetahuan korang semua, sesetengah sushi menggunakan mirin di dalam ramuan nya, kiranya nak lagi sedap rasa la. Mirin ni diperbuat dari fermentasi beras dan selalu digunakan dalam masakan Jepun bagi menambahkan lagi rasa dalam masakan, diantara produk yang mengandungi Mirin adalah Unagi Kabayaki, Unagi Slice, Karei Nitsuke, Saba Misoni, Mamakari dan Ikura.


Apa itu Mirin sebenarnya dan ada persamaankah dengan sake?
Kedua duanya adalah sejenis "rice wine" iaitu arak dan boleh memabukkan. Ternyata kedua duanya adalah HARAM. Perbezaan diantara kedua duanya adalah kandungan alkoholnya, Mirin hanya mempunyai 14% kandungan alkohol manakala sake pula 20% kandungan alkohol.

Walaupun kandungan alkoholnya sedikit, haram pun tetap haram jugak kan??



Management Sushi Kin sendiri dah menyatakan diorang tak ada menghidangkan pork dan hanya menambahkan sedikit alkohol kedalam menu mereka seperti empat menu diatas.


Ni lah keempat empat menu yang ada mengandungi alkohol itu. Korang pernah makan tak mana2 sushi dan menu diatas.



Efa jumpa ni, respon dari Sushi King:

Enquiry: I would like to know about halal status of Sushi King since there were no halal logo on every of your premise entrance

Answer: For your information, we are not a Halal Restaurant as we do not have certification from JAKIM, but we only can claim us as Pork free. All our meet based products like chicken and beef are Halal Certified and we do not use any pork or pork derivatives in our restaurant. Thank you. May you have a great day ahead! Warmest Regards, Marilyn Lim Marketing Department Sushi Kin Sdn. Bhd.



Walaupun tidak menghidangkan pork, tapi masih menggunakan alkohol di dalam ramuan untuk sesetengah sushi, dan ada juga menghidangkan beer / alkohol di sesetengah outlet mereka, kita masih meragukan pengiktirafan sijil Halal di restoran Sushi King, adakah ianya sudah menjadi syubhah??

Yang pastinya, Sushi King tidak mempunyai sijil halal yang diiktiraf dan tidak sesuai dikunjungi oleh pengguna Muslim.


Macam mana pulak yang ni? Huh, Efa baru je makan sushi ni beberpa minggu lepas. Yang orange2 tu caviar, sejenis telur ikan.


Yang ni pula sushi kedua, atas tue ikan salmon. Efa baru first time cuba yang ini.



**Nak tahu restoran dan syarikat di Malaysia ni yang mendapat sijil pengiktirafan HALAL daripada JAKIM, boleh tengok senarai di sini

**Memang susah nak cari kedai makan yang Halal dan bersih sekarang ni. Mulai sekarang kena lebih berhati hati lagi.

SESIAPA PENGGUNA DIGI YANG NAK HANDPHONE IPHONE 4, click here!!!


(sumber dari google, JAKIM, jurnalhalal)

Terima kasih si gadis merah

*Click image terus ke blog*

Terima kasih kak Zie sebab milih kamek jadi Reddish Follower Pilihan kitak pada pagi tok, eh dah tengahari daaa...Lak berik coklat ngan kitak. ngeee Kan dah keluar bahasa Sarawak. Kebetulan lak kak Zie nie senegeri ngan Efa.

Kalau kat blog Kak Zie ni macam2 info ada tau, yang nak wat iklan pun boleh, ada tutorial, nak belajar bahasa bahasa Sarawak pun boleh. Dipendekkan cerita, semua ada... macam macam ada, macam iklan astro laa..



Tuesday, March 8, 2011

warna warni macam kat icity shah alam

Sesiapa yang duk area Shah Alam mesti dah pergi icity kan, mesti dah boring pegi sana. Dulu masuk free je, pastu dah kena bayar RM1, sampai la sekarang RM10 sekali masuk. Mana tak nya, dah bertambah lampu2 yang berwarna warni. Meh tengok entry kat sini, efa pergi icity masa efa study kat UiTM dulu. Teringin lak rasa hati nak pergi sana lagi, sebab nak ambik picture sini sana, walaupun dah pernah bergambar kat tempat yang sama. Kalau efa tak da la boring sangat pergi icity, lain la korang kan. eheheh..


Disebabkan efa suka tengok benda yang warna warni ni, pada hari Sabtu yang lepas, efa pergi la kat Waterfront, Kuching. Niat dihati saja2 je nak jalan, sebab dah tak tau nak pergi mana lagi kat Kuching ni. Bila sampai2 je, susah gila nak carik parking, ramai gak yang berkerumun kat Waterfront ni, macam ada konsert pulak kat situ. Rupa2 nya dorang nak main lastik2 kat langit. Nak tau benda apa yang lastik2 kat langit tu, layannnnn picture kat bawah ni.







Kau yang memberikan kucahaya semula~
eh, apa ke hal? tak ada kena mengena, okay. ehehe. testing ambik picture je ni


dah edit! cam na? ok tak?


Benda nie la buat tempat ni macam icity, sederet2 orang jual benda alah ni. Efa rasa kat icity banyak jual benda2 macam nie kan?


efa nak beli yang Hello Kitty tu, tapi macam mahal sangat. (eh, efa ni nak cari semua barang murah2 je. mesti la, nak budget kot!)


nie pun comey kan? kalau tak silap itu kipas kot. tak pasti lak berapa harganya.


Nie la main lastik2 kat langit tu. ramai kot yang main. Picture banyak yang kabur malam tu sebab tukang ambik gambar suka ambik sambil gerak2 sini sana. ahahah.


nie efa yang ambik, ehehe. lagilah tak cun kan. teruja ambik gambar dorang tengah main lastik2 tu. cantik sangat bila tengok live. huh, efa je tak main.


Efa tak pandai ambik picture time malam, dah la tak bawa tripod, tue yang picture banyak tak stabil, semua kabur dan gegar2. Nak kena belajar lagi cam na ambik picture time malam2.





*Dah lama tak pergi icity, rindu pulak tau :D

Monday, March 7, 2011

Tak puas hati dengan Flea Market di Kuching

Biasanya Flea market adalah pasar di mana penjual-penjual akan menjual barang-barang terpakai dengan harga yang murah. Barang-barang terpakai tu termasuklah pakaian, kraftangan, peralatan, buku, majalah, gambar, hasil tekstil, aksesori dan macam-macam lagi la. Kadang2 ada jugak yang menjual barang2 antik, perabot ke, ada kan?? ehehehe.


Dipendekkan cerita, hari Sabtu yang lepas kat Kuching ni ada Flea market yang diadakan di kawasan letak kereta Pusat Penjaja Sukma. Ni kira first time la Efa pergi Flea market di Kuching, sebelum ni pernah pergi pasar karat je. Kalau kat pasar karat dulu, macam2 efa borong bawak balik. Kira-kira dalam pukul 3 ptg gak la Efa pergi ke Flea market tu (time panas2 terik nih), dalam hati dah berangan2 nak carik dan dapat barang2 best. Bila Efa sampai je, keadaan suram je, macam tak ada orang sangat (yerlah time panas kot, sapa je yang nak pergi kan?? huhu). Itu tak pe lagi, bila efa tengok gerai2 yang ada, adoiii, terpinga2 seketika, ni Flea market ke ape? Kechewaawaaa Efa daaaa...


Ada la jugak gerai2 yang menjual barang2 yang murah termasuklah gerai sepupu Efa sendiri. Kira macam bundle la, tapi sepupu Efa banyak jual baju kanak-kanak terpakai, patung, aksesori wanita, beg dan beberapa helai baju terpakai untuk dewasa.


Apa yang Efa tak puas hati sangat tu, ada gerai jual barang2 macam nak berniaga kat shopping complex pulak, bila Efa tanya harga, rasa macam tak percaya je, sangat mahallll... ops, Efa memang menjangkakan semua gerai jual barang2 murah2, okay. Yerlah, nama pun Flea market. Gerai yang ada pun berapa kerat je, Efa pusing2 ambik masa kurang dari 10 minit, korang dah boleh agak la berapa sedikit gerai yang ada. *sigh*


Meh skodeng antara picture yang Efa sempat tembak hari tu.
.
.
.
.



Macam tak ada pengunjung langsung. hurm, sebab hari sangat panas lagi masa ni. Efa je yang datang awal kat sini.


RM15 sebotol, mak Efa beli satu, sorry lah Efa tak tahu minyak apa, tak ambik port masa ni, sibuk ngambik gambar aje keja. heheh


Saya sangat puas hati dengan kedai kamuu abang, ni baru bundle. Tapi tak memenuhi syarat, barang-barang jualan dilarang diletakkan diatas lantai (seperti yang terdapat dalam syarat2 Flea market di sini - Efa dah macam pemantau tapak jualan pulak)


Hero pakai seluar dalam kat luar pun ada.
Gitar tu dijual dengan harga RM800 (noktah, no komen)


Cantik kan, tapi harga terrrrrrsangat berpatutan.


Yang pakai baju biru tu sepupu Efa yang berniaga kat Flea market ni juga, macam2 ada. (nak promote pulak kan. ehehe)


Nahhh!! Efa pun mencari apa yang berkenan di hati, harap2 jumpa la.


Tadaaaa berjaya!!!! Efa beli sehelai Vintage Romper hanya RM8 je. Ini saya puas hati sangat2.


Jangan terkejut, Efa bukan dari petang sampai ke malam disini, tapi Efa pergi lagi time malam. hehe. Ingat nak cari lagi barang2 best, last2 tak beli pa2. Efa nak beli sehelai selendang ni, malangnya akak tu tak bagi harga yang Efa tawarkan. Tak kisah pun, Efa boleh beli kat tempat lain. :)


Kepada sesiapa warga Kuching nak berniaga di Flea market dan menjual barang2 terpakai tu, bolehlah minta borang di pejabat DBKU dengann yuran hanya RM10 sahaja. Bagi yang nak pergi Flea market di Kuching, korang kena tunggu setiap hujung bulan tau, Flea market seterusnya akan diadakan di kawasan letak kereta berhadapan dengan pejabat DBKU Satok pada 30 April.


Sebelum ni, Efa pun ada hati jugak nak join berniaga kat Flea market ni, nak jual barang2 terpakai yang dah menimbun kat rumah Efa ni. Tapi memandangkan Efa ada hal sangat penting sampai hajat nak berniaga terpaksalah ditunda ke bulan hadapan. InsyaAllah. Doakan Efa dapat berniaga eh. eheheh


Kepada sesiapa yang belum join churp churp boleh join kat sini untuk FREE SIGN UP. Sapa nak pergi konsert Maroon 5, boleh dapatkan tiket sini.

duit poket

Related Posts with Thumbnails