Tuesday, January 1, 2013

Happy New Year 2013



Dah lama efa tak post entry dalam blog ni, ada la dalam sebulan, eh, 2 bulan, bukan-bukan 3 bulan, ohhhh no, dah 4 bulan lebih da. Hadoi nya pun, maafkan efa, blog yang ku sayangi. hehehe. Efa kebelakangan ini agak busy dengan kerja sampai tak ada masa nak update. Sempena tahun baru ini, chewah, efa ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada keluarga, rakan-rakan, sista-sista Le Shasta Femelle, pembaca blog, kenalan dan juga semua rakyat di seluruh dunia (macam satu dunia dok baca kan). Semoga tahun baru ini memberi satu permulaan yang baru dan memperbaiki salah dan silap yang pernah kita lakukan sebelum ini. Semua orang tidak sempurna, tidak lepas dari melakukan kesalahan dan kesilapan, oleh itu, jadikan semuanya sebagai pedoman dan tauladan (ewah, nak bersyarah pulak).





Efa nak story few things mengenai efa yang efa tak berkesempatan nak berkongsi.





RAYA OOO RAYA.. tahun ni Hari Raya di sambut dengan kesederhanaan, tak perlu baju baru, tak perlu kasut baru, tak perlu kawan baru, tapi diraikan dengan kemaafan diantara keluarga tercinta, sahabat handai dan teman seperjuangan. Jom lihat beberapa gambar efa dan rakan-rakan diwaktu perayaan Hari Raya yang lepas.

Setiap tahun mesti menyambut dengan dorang, in shaa Allah, tahun hadapan begitu juga, opps, tahun ni. hehehehe.


First time berhari raya bersama LSF dan student efa. Teman rapat efa, Amy, ini merupakan hari raya kedua bersamanya.



Tak lupa lawatan efa ke rumah panjang Annah Rais bersama-sama rakan sekerja, Baby dan juga anak murid efa yang sangat nakal. hehehe.

First time efa pergi sini walaupun dah duk lama kat Sarawak. hehehe.




Alangkah bersyukur ke hadrat Illahi apabila kedua-dua orang yang efa sayang iaitu mak dan bapak efa diberi peluang olehNya untuk mengerjakan Haji buat kali kedua, alhamdulillah. Pemergian selama 44 hari sememangnya lama. Setiap saat efa mendoakan semoga perjalanan, kesihatan dan makan minum mereka di sana sentiasa di dalam keadaan yang baik dan lancar. 

Majlis Wida', pemergian mereka ke tanah suci dan setibanya mereka ke Malaysia. Terima kasih kepada mereka yang sudi datang ke majlis Wida' parents efa. 




Oh ya, perlu tak efa mention dia nie sapa? hehehe. buat mereka yang dah tak tahu lagi, dialah Amy huny buny, my beloved bestfriend. Kitaorang macam dah lama kenal kan? tapi baru je 2 tahun mengenali antara satu sama lain,  ini merupakan Hari Jadi Amy yang ke-, (rahsia!!) dan hari jadi dia yang ke 2 selama kami berkenalan. chewah!!!

as sweet as candy!




Dan tak lupa my own birthday, hehehe. Alhamdulillah Allah masih beri efa peluang dan masih lagi bernafas. Ternyata efa memang tidak ada majlis untuk menyambut hari jadi tetapi rakan-rakan yang baik hati dan comel-comel telah meraikan hari jadi efa.  (tahun ni buat lagi ye! hehehe)

Dapat 2 kek, hadiah dari akak & my bestfriend, amy huny buny.




Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, mengucapkan selamat tinggal untuk close friend efa sebab dia dah berhenti kerja. kan dah tak ada geng sekongkol dah sekarang. 

Aaila Jamila, rakan sekerja efa yang comel, baik, mesra, ringan tulang, dan segala-galanya. hehehee.



Pengenalan kepada Le Shasta Femelle, female kuching blogger yang telah ditubuhkan pada 25 Mac 2012. Mengenali rakan-rakan baru blogger yang ternyata memang menyeronokkan.




Semestinya setiap tahun kita ada kenangan manis dan kenangan pahit yang tak mungkin dilupakan, dan begitu juga efa. Efa melalui pelbagai dugaan dan cabaran semasa menempuhi tahun 2012. Tetapi efa bersyukur sebab semua tu adalah saat dimana efa mula mengenal yang mana baik dan yang mana buruk untuk efa. Kekadang kita menyangka yang berlaku itu adalah satu bebanan tetapi ianya sebagai pengajaran dan tauladan untuk kita menempuhi masa hadapan. Sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang, kerana ianya pasti ada hikmah disebalik setiap kejadian. Wallahualam.

4 comments:

Aaila said...

hei...ade gambar saya :D sangat merindui kamu juga :D

iffah imani said...

best org tersayang dekat di sekeliling dapat sambut kmek org sambut tiga beranak jak hehehehe

tenku butang said...

lawa lea header!

done follow/singgah sini.. jom follow/singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

CHU MAJORFLAVA said...

lak kita gather d rumah fai...ok!!

duit poket

Related Posts with Thumbnails