Monday, September 23, 2013

Ada apa pada Amoi Sepet?

Setelah sekian lama efa tak mengupdate blog, untuk sekian lamanya baru dapat nak update. Semua disebabkan kekangan masa dan terlalu sibuk dengan kerja sehinggakan tak ada masa nak update (alasan yang dah lapuk!
Dah terlalu lama pula efa tak kongsi cerita di blog, yerlah duk sibuk mengupdate kat Instagram je. oh buat readers yang belum lagi follow efa kat IG tu, boleh la terus ke IG efa iaitu Noralifah (click nama untuk follow efa). atau terus ke link ini ---> http://instagram.com/noralifah

Di IG, efa ada kongsi tips-tips yang tak berapa nak baru sangat, yang paling havoc sekali ialah hashtag WIWT, OOTD, HOTD dan jangan lupa search untuk hashtag #amoistyles, #amoihijabstyles, #amoisepet dan #amoitips. inshaaAllah efa akan cuba updatekan di blog juga. 

Instagram

Berbalik kepada tajuk sebenar, ada apa pada Amoi Sepet? tak ada banyak perkara nak cerita pasal Amoi Sepet ni selain dari orang kenal efa as seorang gadis yang comel molek (perasan lebih, nak penampar kot budak ni). no no no, gini, meh nak cerita sikit. Amoi Sepet ni adalah efa sendiri la, macam korang boleh tengok gambar-gambar efa, muka "chinese look" dan selalu perkara pertama orang tegur, "mata ko ni sepet la!!!", dalam hati efa "dorang ni tak pernah tengok mata orang sepet macam aku ke?". Mula-mula dulu memang selalu terasa hati, tapi tak adalah nak luahkan kat sapa-sapa (ni dah luahkan kat blog). Paling efa tak boleh terima, ada yang cuba nak terbeliakkan mata efa kasi besar-besar, haiyaaaa, time tu memang nak sepak laju-laju. Tapi efa bersyukur diatas pemberian, cuma terasa hati untuk certain people yang tak ada hati perut tu menegur tanpa menjaga hati seseorang (ni biar ko tau apa yang aku rasa sekarang ni!!). Setiap orang ada hak nak bersuara dan meluahkan apa yang patut tapi biarlah bertempat okay. 

Dahla, tak perlu nak feeling-feeling lebih, sekarang ni orang dah start panggil efa dengan gelaran amoi. So mulai sekarang dalam blog dah tukar perkataan 'efa' kepada 'amoi'. boleh tak????  macam pelik je nak tukar kan? 

apa-apa pun, terima kasih untuk chu, sebab dah hasilkan watermark baru untuk blog ni. cantek & puas hati teramat. boleh start berblogging dengan hati yang bergumbira. la la la la la~ ~ ~ ~

Design Amoi A

Design Amoi B

Korang suka yang mana satu???? 

Wednesday, July 10, 2013

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum dan hai semua, 

Kepada sahabat muslimin dan muslimat, efa ingin mengucapkan selamat menyambut bulan yang mulia ini, bulan Ramadhan, semoga masing-masing kita mengerjakan amalan ibadat dan ibadah berpuasa, bertaraweh, bersahur dan sebagainya. Tak lupa juga mudahan kita mendapat keberkatan dari Nya dalam apa jua yang kita lakukan. In shaa Allah.





“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.”

( Al-Baqarah : 183 )




Mari baca disini:



Tuesday, July 2, 2013

Quote of the day

Dah sekian lama efa tak update blog, kekangan masa menyebabkan efa langsung tidak dapat nak luangkan masa dengan blog efa. Mungkin lepas ini efa akan cuba sebaik mungkin untuk update cerita terbaru dari efa sendiri & le shasta femelle, female kuching bloggers! 

Bulan Ramadhan bakal tiba, efa ingin mengucapkan, selamat menjalankan ibadat puasa dan jangan lupa sembahyang taraweh ye. hehehe. Inshaa Allah, bulan puasa ni, efa ada aktiviti amal yang akan dijalankan di Masjid berdekatan Petra Jaya, Kuching, efa akan khabarkan nanti.




Tuesday, January 1, 2013

Happy New Year 2013



Dah lama efa tak post entry dalam blog ni, ada la dalam sebulan, eh, 2 bulan, bukan-bukan 3 bulan, ohhhh no, dah 4 bulan lebih da. Hadoi nya pun, maafkan efa, blog yang ku sayangi. hehehe. Efa kebelakangan ini agak busy dengan kerja sampai tak ada masa nak update. Sempena tahun baru ini, chewah, efa ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada keluarga, rakan-rakan, sista-sista Le Shasta Femelle, pembaca blog, kenalan dan juga semua rakyat di seluruh dunia (macam satu dunia dok baca kan). Semoga tahun baru ini memberi satu permulaan yang baru dan memperbaiki salah dan silap yang pernah kita lakukan sebelum ini. Semua orang tidak sempurna, tidak lepas dari melakukan kesalahan dan kesilapan, oleh itu, jadikan semuanya sebagai pedoman dan tauladan (ewah, nak bersyarah pulak).





Efa nak story few things mengenai efa yang efa tak berkesempatan nak berkongsi.





RAYA OOO RAYA.. tahun ni Hari Raya di sambut dengan kesederhanaan, tak perlu baju baru, tak perlu kasut baru, tak perlu kawan baru, tapi diraikan dengan kemaafan diantara keluarga tercinta, sahabat handai dan teman seperjuangan. Jom lihat beberapa gambar efa dan rakan-rakan diwaktu perayaan Hari Raya yang lepas.

Setiap tahun mesti menyambut dengan dorang, in shaa Allah, tahun hadapan begitu juga, opps, tahun ni. hehehehe.


First time berhari raya bersama LSF dan student efa. Teman rapat efa, Amy, ini merupakan hari raya kedua bersamanya.



Tak lupa lawatan efa ke rumah panjang Annah Rais bersama-sama rakan sekerja, Baby dan juga anak murid efa yang sangat nakal. hehehe.

First time efa pergi sini walaupun dah duk lama kat Sarawak. hehehe.




Alangkah bersyukur ke hadrat Illahi apabila kedua-dua orang yang efa sayang iaitu mak dan bapak efa diberi peluang olehNya untuk mengerjakan Haji buat kali kedua, alhamdulillah. Pemergian selama 44 hari sememangnya lama. Setiap saat efa mendoakan semoga perjalanan, kesihatan dan makan minum mereka di sana sentiasa di dalam keadaan yang baik dan lancar. 

Majlis Wida', pemergian mereka ke tanah suci dan setibanya mereka ke Malaysia. Terima kasih kepada mereka yang sudi datang ke majlis Wida' parents efa. 




Oh ya, perlu tak efa mention dia nie sapa? hehehe. buat mereka yang dah tak tahu lagi, dialah Amy huny buny, my beloved bestfriend. Kitaorang macam dah lama kenal kan? tapi baru je 2 tahun mengenali antara satu sama lain,  ini merupakan Hari Jadi Amy yang ke-, (rahsia!!) dan hari jadi dia yang ke 2 selama kami berkenalan. chewah!!!

as sweet as candy!




Dan tak lupa my own birthday, hehehe. Alhamdulillah Allah masih beri efa peluang dan masih lagi bernafas. Ternyata efa memang tidak ada majlis untuk menyambut hari jadi tetapi rakan-rakan yang baik hati dan comel-comel telah meraikan hari jadi efa.  (tahun ni buat lagi ye! hehehe)

Dapat 2 kek, hadiah dari akak & my bestfriend, amy huny buny.




Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, mengucapkan selamat tinggal untuk close friend efa sebab dia dah berhenti kerja. kan dah tak ada geng sekongkol dah sekarang. 

Aaila Jamila, rakan sekerja efa yang comel, baik, mesra, ringan tulang, dan segala-galanya. hehehee.



Pengenalan kepada Le Shasta Femelle, female kuching blogger yang telah ditubuhkan pada 25 Mac 2012. Mengenali rakan-rakan baru blogger yang ternyata memang menyeronokkan.




Semestinya setiap tahun kita ada kenangan manis dan kenangan pahit yang tak mungkin dilupakan, dan begitu juga efa. Efa melalui pelbagai dugaan dan cabaran semasa menempuhi tahun 2012. Tetapi efa bersyukur sebab semua tu adalah saat dimana efa mula mengenal yang mana baik dan yang mana buruk untuk efa. Kekadang kita menyangka yang berlaku itu adalah satu bebanan tetapi ianya sebagai pengajaran dan tauladan untuk kita menempuhi masa hadapan. Sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang, kerana ianya pasti ada hikmah disebalik setiap kejadian. Wallahualam.

duit poket

Related Posts with Thumbnails