Friday, June 29, 2012

The Street Kuching Bazaar with LSF





Esok 30.June.2012, jangan lupa jumpa kami, Le Shasta Femelle, Female Kuching Blogger di Old Court House, Kuching, Sarawak. Bazaar ini akan diadakan di dalam Old Court (Fully air-conditioned), bagi yang tahu yang mana satu, Old Court tue berhadapan dengan dengan waterfront. (Tengok gambar kat bawah)


Bazaar tu akan diadakan di dalam Old Court, so, korang mungkin ingat macam tak ada event tue nanti. Korang kena masuk dalam Old Court tue, baru nampak kat mana bazaar itu terletak.



Yang ni gambaran nya, ada orang jual macam2, preloved item, beg, accessories, cupcake, kasut, craft, make up, perfume, dan macam2 lagi.



Meh tengok The Street Kuching Bazaar yang diadakan awal tahun 2012 ni, korang bolehlah buat gambaran macam mana The Street Kuching Bazaar 2012, 30,June, 2012.


 










 







Jangan lupa jumpa kami esok, 30.June.2012, Sabtu, di Old Court, Kuching, Sarawak. LSF akan menjual preloved items (dresses, bag, shoes, scarf, tops, pants, skirts), vintage dresses, photo booth (polaroid), flowers, and much more.



Sunday, June 10, 2012

RANCANGAN ON AIR



Pernah tak korang menonton rancangan ON AIR yang disiarkan di siaran Astro Ria iaitu sebuah rancangan mencari pengacara sebagai pelapis untuk program-program di bawah kelolaan stesen televisyen ASTRO??


Rancangan ON AIR yang berkonsepkan program realiti dimana seramai 10 orang lelaki dan 10 orang perempuan yang terpilih menerusi ujibakat yang diadakan di beberapa buah negeri. Setiap minggu para perantis (gelaran yang dipanggil untuk setiap peserta) akan diberi tunjuk ajar, pendedahan dan melalui tugasan yang berbeza dalam pengacaraan termasuklah bidang hiburan, berita, dan isu semasa. [baca kena ikut tiun suara pengacara tau]. 


Efa rasa rancangan ini sangat berbeza dari rancangan realiti yang lain, mana tak nya yang lain semua nak cari seorang penyanyi, penari dan pelakon. Tetapi rancangan ini pula, cari pengacara ala2 macam rancangan Nona suatu ketika dulu, kalau korang masih ingat lagi la. Apa yang lagi best tengok rancangan ini, seorang dari sahabat sekolah efa, adalah antara perantis dalam ON AIR. Efa dan rakan-rakan yang lain berasa begitu berbangga sekali melihat sahabat kami ini ye, yang mampu dan berkebolehan sampai ke tahap ini (membaca sekali lagi ikut tiun pengacara-pengaruh lebih ke rancangan ini da). Nak tahu siapa tak? hah, meh tengok antara perantis ON AIR kat bawah ni. 








Yang paling comel tu la sahabat kami, MALISSA SAHARI, yang berasal dari Kuching, Sarawak. Sebelum Malissa terpilih menjadi salah seorang perantis dalam rancangan ON AIR, beliau mempunyai pengalaman dalam bidang pengacaraan, dimana Malissa menjadi pembaca berita untuk RTM (Sarawak). Efa dan rakan-rakan yang lain berasa berbangga diatas pencapaian beliau sekarang ini, kitaorang mendoakan dia berjaya dalam bidang pengacaraan ini dan mudah-mudahan menjadi pengacara yang berjaya dan berkaliber suatu hari nanti. In Shaa ALLAH, amin yarabbal alamin.

Meh sok sek tengok gambo Efa dan sahabat efa yang lain bersama Malissa. Rindu pulak dengan ke"cerdit'an kitak, Lisa. (Cerdit-bahasa sarawak, kalau dalam BM maksudnya kepetahan <- betul ke? huhu)



















Pada suatu ketika dahulu, Efa pernah bagitau kat Malissa, mungkin satu hari nanti dia menjadi pengacara tv kat stesen televisyen Astro, harap-harap masin mulut Efa ni kan. hehehe.



Kepada yang belum LIKE lagi FAN PAGE MALISSA SAHARI ON AIR <---- Boleh click SINI dan FAN PAGE ON AIR <--- click SINI


Jangan lupa menyaksikan rancangan DIARI ON AIR setiap hari Rabu hingga Sabtu pada pukul 10 malam, dan Penyingkiran ON AIR setiap hari Ahad pada pukul 10 malam. Sudah pasti di ASTRO RIA. 



duit poket

Related Posts with Thumbnails