Monday, January 9, 2012

Selamat Hari Jadi Mak

09012012, hari ni adalah Hari Jadi Mak Efa yang ke..... hurm ce teka ce teka. (alih2 korang pembaca salu je jadi tukang peneka kan? hehehe). 

Efa doakan mak efa semoga sihat walafiat hendaknya, dimurahkan rezeki (ucapan dan doa yang salu kita dengarlah kan), iboh bengong2 gik, lak ada la kitak dapat menantu (hahaha, itu tipu!!!)... apa2 pun. mekorang sayang kitak, mak!  kuat kit makan, sak gemuk cam dolok, kelak kita makan KFC ahh (orang sakit di embak makan KFC, nang bagus ko tok).




Apa ndak direnung ya ka? 

Picture beberapa tahun yang lepas, masa mak masih sihat.




SELAMAT HARI JADI MAK, sayang kitak. doa sentiasa mengiringi kitak, mak :)

Saturday, January 7, 2012

Video / Shout Out masa Tweet Up Kuching



Tadaaaaa. dah ada pun video masa Tweet Up Kuching hari tu. surprise surprise! ok, memang efa tak banyak cakap. the worst part, boleh pulak efa cakap "u can add me" sepatutnya "u can follow me" la. telling u the true, efa tak berapa sangat dok bercakap depan kamera ni, mesti awkward. lalalala. banyak dooow alasan ku. hahahaha.. kalau korang nak tengok lagi video video yang diambik oleh the collective masa tweet up hari tu, boleh ke blog fazli taufek.


anyway, thanks to @adek_izzati yang gitau efa pasal video ni. hehehe. 


click HERE untuk baca first entry masa tweetup kuching, dan HERE pulak my second entry.


Tuesday, January 3, 2012

LOOKBOOK: ONCE IN A BLUE MOON



OBB Blue Checkered Handbag, Vintage Bangle from Mom's, Voir Clog, White Braided Leather Belt


*Picture masa majlis persandingan kawan efa yang lepas. Kali ni efa mengenakan baju vintage akak efa (masih lagi dalam mood vintage).

Monday, January 2, 2012

Mari berMIMPI sampai ke BINTANG



Efa baru je lepas tengok cerita Biar Mimpi Sampai ke Bintang, lakonan Randy Pangalila dari Indonesia dan Nurul Elfira Loy dari Malaysia. Efa tengok kat Youtube je, tak sempat nak tengok kat Astro hari tu. Best gak la cerita ni, dan Efa rasakan lakonan Sharifah Sakinah sebagai Kina sangat best dan berkesan, suka tengok ke'bongok'an dia dalam cerita tu. hehehe

Beruntung si Elfira dapat berlakon dengan Randy, dapat berlakon, dapat pegang-pegang tangan, dan dapat kena peluk lagiiiiiiiiii. Hebat betul kan? ish ish ish.....sapa yang minat ngan Randy tu, kompom2 la jelessss. Tapi tidak saya (padahal~~). 



yeay yeay, dapat peluk Randy!!

Boleh baca sinopsis cerita dulu:
Alyah adalah seorang gadis remaja biasa yang baru menerima keputusan SPMnya. Dia bermimpi untuk menyambung pelajarannya ke pengajian tinggi, tetapi oleh sebab pemikiran ibunya, Peah, yang masih kekampungan yang mengutamakan anak lelaki, Alyah terpaksa mengikut kehendak ibunya untuk menolong di gerai ayam mereka di pasar.



Andy Rasputra adalah seorang anak jutawan dari Bandung yang menetap di Malaysia. Dia rimas dengan kehidupannya di Malaysia kerana dia merasakan semua orang yang ingin berkawan dengannya adalah disebabkan kekayaannya.


Pada suatu hari Andy mengambil keputusan untuk berpura-pura menjadi miskin dengan pertolongan bekas pembantu rumahnya, Mak Yam. Sementara itu, Kinah, kawan baik Alyah menyuruh Alyah berpura-pura menjadi kaya agar dia tersangkut dengan teman yang kaya supaya impianya tercapai. Alyah dan Andy bertemu melalui laman facebook dan mula jatuh cinta. Andy akhirnya memberitahu hal sebenar tentang dirinya kepada Alyah, ketika Alyah ingin memberitahu keadaan sebenar, dia dihentikan oleh Kinah. Tetapi segala-galanya terbongkar apabila ibu Alyah menyangka yang dia akan menjadi GRO. Apabila Andy mendapat tahu keadaan yang sebenar, dia amat kecewa dan berlalu meninggalkan Alyah.





Kalau korang yang belum tengok tu, meh tengok kat link Youtube di bawah.






Sunday, January 1, 2012

LOOKBOOK: BAG OF GOLD



YSL Envelope Clutch (from mom), Gold Pleated Skirt, Gold headband, F21 Flower ring 




 *Picture nie masa Christmas Party hari tu, entry kat sini >> a Toast to Christmas , yang temanya warna gold bagai.

Friday, December 30, 2011

RESEPI: APAM yang comel

Di atas permintaan sahabat-sahabat sekalian, efa telah diminta berkongsi resepi Apam polka dot or Apam yang comel macam kat bawah ni. Efa pun search jugak resepi ni kat internet. Ada yang accurate, ada yang bagi resepi tak accurate. So, pandai2 lah korang adjust kan lagi measurement dia tau. 

macam sayang pulak nak makan (sumber: google)




Bahan-bahan yang diperlukan: (kalau korang search pun sama je, atau ada yang lain sikit)

3 biji telur (kena telur yang sejuk-dari peti ais)
275 gm tepung gandum + 3 sudu teh baking powder (diayak, takkan korang tak ayak kan)
200 gm gula halus
150 ml susu segar
1 sudu teh esen vanilla (korang kena guna yang pure esen vanilla)
1 sudu teh ovalette 
pelbagai jenis pewarna (depends korang nak warna apa)
blueberry jem filling *tak kisah la, ikut citarasa korang, nak strawberry ke, chocolate chips ke, sri kaya ke. 


Dan cara-caranya seperti: (setiap orang mempunyai cara yang berlainan membuatnya)

1. Pukul putih telur dengan mixer sehingga form stiff, macam buat meringue la. Kira sampai betul-betul kembang.
2. Kemudian baru masukkan ovalette, kuning telur dan esen vanilla. Pukul sehingga adunan kembang lagi.
3. Masukkan gula dan pukul lagi.
4. Boleh da masukkan tepung + baking powder berselang seli dengan susu. Gaul guna spatula, kalau tak ada spatula, senduk pun boleh la. 
5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan warna mengikut kesukaan. 
6. Dengan menggunakan piping bag, boleh picitkan adunan kedalam mangkuk kertas yang sudah diletakkan di dalam acuan lompang. Letak sedikit dahulu, kemudian letakkan inti/ filling dan seterusnya picitkan lagi adunan sehingga 3/4 penuh. 
7. Korang boleh buat corak mengikut kesukaan korang, dot dot ke, smile face, angry bird, lady bird ke (tengok picture2 yang efa letak disini)
8. Kukus dalam masa 10-15 minit. 
  


inilah acuan lompang (sumber: google)


 macam senang je buat corak ni kan? dapat idea tak? (sumber: google)

efa suka tengok corak strawberry tu, kreatif sangat (sumber: google)

comel je muka angry bird ni (sumber: google)
  
(sumber: google)



Tips:
- Pastikan penutup periuk kukus dibalut dengan kain bagi mengelakkan air stim menitik di atas adunan. Ini boleh menghasilkan apam yang tidak cantik.
- Jangan terlalu kerap buka penutup periuk kukus untuk melihat hasilnya (bawak bersabar semasa memasak, jangan tergopoh-gopoh tau!!!)
- Pilihan warna haruslah bijak, kalau tak apam anda tidak akan kelihatan menarik ye! ahahaha. tips yang berguna.
- Masa isi inti, elakkan meletak terlalu banyak, jangan tamak sangat hokehhh.
- Kalau tak berjaya buat kali pertama, boleh cuba banyak kali, "PRACTICE MAKE PERFECT"






Apam ni bukan sahaja sesuai untuk minum petang, untuk door gift ke, hantaran pun boleh gak kan, guna kan kreativiti anda yer kawan2. 
Corak apam pun bergantung kreativiti korang, mana tau korang ada kebolehan seni buat apam corak Transformer ke, Spiderman, Superman, Power Rangers ke lepas ni. Siapa tau? hehehe. 





SELAMAT MENCUBA!!!

duit poket

Related Posts with Thumbnails