Saturday, December 17, 2011

2nd Entry: Tweet Up Kuching

Macam dah terlambat nak post picture masa tweet up kuching last Saturday, baru ada kesempatan nak upload semua pictures. Ni nak share few pictures masa Tweet Up Kuching dari kamera my cuzz, Rudzie. 

Terlalu banyak sehinggakan ini sahaja yang mampu di share, kalau letak banyak2 kang lambat pulak nak loading kan.






Ila Damia, wuhuuu.  


my cuzz, Rudzie



 Kitaorang kat photo & video booth. Actually efa tak suka cakap depan kamera, terus jadi malu2. gahhhhhh















 Ini baru separuh. Yang lain semua malu-malu kucing nak bergambar sekali atau pentas itu tak mampu nak muatkan semuaorang.


My Twitter: noralifah 




*Click here : my first entry about Tweet Up Kuching. 


Walaupun masa event tue, tak ada hi hi ngan new friends, tapi kitaorang hi hi dan kenal2 dalam #TwtUpKch, best kan?? Menambahkan lagi kenalan baru, sharing stories mory, and much more!!


“By Friends, For Friends, and To Make New Friends”




*Click here for more coverage on the event







Sunday, December 11, 2011

percubaan pertama lomo

Efa baru pertama kali mengambil picture guna film camera. So, picture agak kurang memuaskan. Tapi tak pe, lain kali boleh diperbaiki lagi kan? 







Tak da nak edit2, cuma letak watermark je. :) cukup la dua picture ni untuk dikongsikan, nanti efa share2 lagi k.



TweetUp Kuching

Ada sapa2 yang pergi TweetUp Kuching di Spring semalam??? Apa itu TweetUp Kuching?? click here for more info.

Sebenarnya efa tak ada plan nak pergi TweetUp nie. Tapi tah cam na, without any planning, me and my cousin, rudzie balik je dari Wedding Reception terus ke Spring!! wuhuuu. unexpected !!! Ada macam2 games, performances, free gift dan macam2 lagi. 

Efa kinda shy shy cat gak la surrounding with those awesome people kat situ. So, memang efa tak ada la nak bertegur sapa pun, malu weiii. Tapi tak pe, lain kali mungkin ada keberanian sikit kot. ahahaha.

Semua picture2 ada kat camera my cousin, so bila dia dah upload or nanti efa mintak ngan dia, baru dapat share2 kat sini ye. But here some photo(s):


Picture from: The Collective (nanti ada video gak tau) Edited: me

Picture from: Rudzie, Edited: me

FREE GIFT yang efa dapat hari tue!!! wuhuu, Thank u so much Tweet Up Kuching.


Nanti efa update pasal Anugerah Carta Borneo Era 2011 pulak! Best memang best la, tapiii... Hurm.. :)))


Wednesday, December 7, 2011

Wordless Wednesday

*picture: Google*



On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.





Sunday, December 4, 2011

Zee Avi Homecoming Tour Concert 2011 Live in Kuching

Rasanya belum terlambat lagi efa nak update pasal Konsert Zee Avi sabtu lepas (26 November 2011) di Dewan Undangan Negeri, Kuching.

Pada awalnya memang tak ada niat nak pergi, sebab tengok tiket pun mahal dan lagi satu tak ada teman nak pergi. Beberapa hari sebelum konsert tu, my cuzz rudzie ajak pergi konsert tapi masih tak pasti lagi, yerlah tiket pun mahal, harga tiket RM78 (Pre-Sale), RM98 (At the Door), RM158 (Premier), mak aii, terasa macam tak berbaloi pulak nak pergi semata2 nak tengok konsert. huhuhu. Padahal dalam hati teringin sangat nak pergi. Kitaorang planning nak beli tiket Premier, tapi tah macam mana pada hari sebelum konsert tue dapat tiket RM50 je!!!!! (kecoh lebih ko efa, orang lain dapat tiket free  tak kecoh pun!!) Walaupun dapat yang tiket Pre-Sale, grab terus tanpa pikir panjang. Terasa lama dah tak tengok konsert2 ni. huhuhu. 




My cute darl, ema.

with Aby & Ema. dorang berdua lagi best, dapat tiket RM30 each. jelessss.

Belakang sangat okay, tapi tak kisah, janji tak perlu nak berhimpit2. Rimasss

my super stylish cuzz, rudzie

rudzie, ema & aby. 

ema & rudzie, my ex-schoolmates.

tiket murah2!!! horraayyyyy



penonton yang dah penat berdiri sementara menunggu Zee Avi yang tak muncul2 lagi.

Aby, suka tengok kamera Diana dia. huhuhu.


my view, jauh beb, tapi tak kisah pun, duk depan2 bukan dapat ambik gmbar sama pun. ehehehe. 

Akhirnya... kuar jugak Zee Avi setelah 2 jam menunggu~ *sigh, lamak mekorang nunggu kitak kuar aie.


Memang best kitak malam ya aie, suka kamek, dan puas hati ngan performance kitak.

Yeah, memang tak percaya, tapi kena percaya dia memang nampak pro main sape (alat muzik tradisional orang mulu-kalau tak silap)


picture dari Aby, taken from his Diana with fish eye lenses. cool!!

again dari kamera lomo Aby. thank u Aby for the pictures.


Konsert malam tu memang best, Zee Avi memang ada talent, bangga kamek dengan pencapaian kitak aie. Tapi kami rasa lama sangatlah menunggu, 2 jam kot, dah la kena berdiri, kalau ada tempat duduk ok la jugak. Ada  banyak video efa ambik, tapi malangnya sora latar je kuat. ahaha. so tak da maknanya nak share2 kat sini. tapi efa ada post 1 video malam tue kat FB. ngeh3x

Hampir semua lagu dari album Ghost bird dinyanyikan oleh Zee Avi, dan ada few lagu dari album yang sebelumnya, Kantoi, Just You & Me, Mee Kolok Sigek, Bitter Heart (pa lagik oo, sik ingat indah kamek) dan antara semua lagu yang Zee Avi bawak malam tue, lagu The Book of Morris Johnson & Concrete Wall adalah yang terbaikkkk.. (of course la terbaik sebab dua2 my favorite song!!)... Siboh Kitak Nanges pun best sebab semua penonton berlagu sama malam ya!!! yahh~~ 

Masa konsert tue, efa dan kawan2 balik awal. lepas je Zee Avi nyanyi lagu Siboh kitak nangis, kitaorang terus blah, sebab perut pun dah buat konsert jugak, lapar weeiii. Dahla kat luar dewan langsung tak ada yang menjual makanan. hadoiii. 


p/s: Bangga dengan Zee Avi, yalah, ney ndak nak, salah seorang miak Sarawak yang berbakat ngan dah cukup berjaya sampei luar negara nun.... 


Sunday, November 27, 2011

November i'm in love!

Tok tok tok tok, mengetuk tuan rumah yang sudah lama meninggalkan blog dan sudah tidak d kunjungi lagi. Hanya mereka yang setia ada menemani blog ku ini. Terima kasih pada mereka yang sudi itu, akan ku hadiahkan dengan entry baru ku ini.

November bulan indah bagi efa, sebab sebab...... bulan kelahiran ku la. ehehehe. Selamat "belated" birthday untuk diri ku sendiri.

Disebabkan usia dah tak berapa nak tua ni ha, efa tak ada la nak celebrate birthday bagai, tapi terima je la seadanya jikalau ada yang memberi pada hari kelahiran efa. wahhh. gituuuu~ merendah diri pulak aku.

Efa nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang telah "wish" birthday efa, efa mengharapkan ucapan2 tu ikhlas lah ye, teeet~. ahahaha. ... dan yang telah mendoakan untuk efa tu, terima kasih lagi sekali.


Meh skodeng apa yang terjadi masa harijadi ku:


Cupcake dari my sweet bestfriend ever, amyhuny buny!! pandai kan dia buat? manis je, semanis orang nya.


Bunga ni pun dari Amy, huahhh, thank u lagi sekali amy!!!


Barbie Birthday Cake dari akak efa. comey kan?? 


Ni pulak bahagian bawah kek tadi. pink gituuu~


seronok dapat cupcake, cake & bunga hari tu.

My Audrey Hepburn potret, dari Sweet ever Amy!!!! ada gak hadiah yang lain dari amy!! banyak tol dia bagi.

with my beloved amy!!!! thank u so much sayang!!!!!

sweet sangat kan bunga nie sekali ngan audrey hepburn potret. terharu tau!


To my beloved bestie, Amy:
maksih banyak2 yang sik terhingga, kamek dapat banyak hadiah dari kitak masa birthday kamek, yang pasti with a lot of surprises from you. terharu kamek aie. sik sangka juak kamek. kamek rasa nang bertuah habis dapat kenal ngan kitak, berkawan dengan kitak, we had a lot of fun time together kan? you are the one that makes me happy all the time. paling best, kamek dapat sharing a lot of things ngan kitak. you are the best among the best friends & girlfriends I ever had. i hope that our friendship will last forever and ever. aminnn. 


P/s: Memang susah kita dapat berjumpa dengan seorang sahabat yang baik, yang serasi, yang memahami, yang sentiasa ada di sisi kita walau dalam susah dan senang, tapi apabila kita sudah menemui mereka, kita seolah-olah tidak percaya yang di dunia ini ada seorang insan seperti mereka. Terima kasih kepada sahabat-sahabatku tidak kira serapat mana anda kepada ku, serenggang mana sekalipun dan sejauh mana anda berada, aku berasa bertuah mengenali kamu. Ampunkan dan maafkan sekalipun aku pernah melakukan kesalahan serta halalkan makan minum aku ketika bersamamu. (Chewah, tiba-tiba feeling lebih pulak efa ni)

Percayalah pada takdir yang menemu dan memisahkan kita, bersyukur dengan kehadratNya dan ketentuanNya, dan berterima kasih kepada Nya. Allah Maha Adil dan Saksama. Jangan lupa itu. :D


duit poket

Related Posts with Thumbnails