Friday, December 23, 2011

Anugerah Carta Borneo ERA 2011

Walaaaaa, baru ada masa nak update event Anugerah Carta Borneo ERA 2011, 10 Disember 2011 yang lepas. Adoiii Efa dua minggu baru ko nak update!! ish2. Efa belum sampai tahap dapat update everything on the spot kat blog, salu je delay. Terlalu banyak sangat waiting list entry Efa ni. Masa Anugerah Carta Borneo ERA hari tue, efa dapat 2 free tiket masa event Tweet Up Kuching pada siangnya, boleh baca entry first kat SINI, dan second entry baca SINI. So, Efa dan Rudzie apa lagi, keriangan dapat tiket free tu, walaupun free seating, nak jugak nak pergi. 


Kitaorang pergi around 7 pm macam tue la, sampai2 je kat BCCK, penuh weiii parking, kena jalan jauh sikit la. Pastu, bila dah sampai kat dalam dewan, fuhhh, luas nak mampus, dan yang paling pelik kitaorang tengok, ada seat tapi ada pagar (ala2 macam kat konsert zee avi aritu). Ingatkan free seating duduk kat situ, rupa-rupanya tu untuk VIP, kalau nak duduk boleh naik kat tingkat atas, yang kat bawah kena berdiri!!! disebabkan kitaorang malas nak naik atas dan tempat duduk kat atas yang dah penuh, so berdiri je lah nampak gayanya sampai habis anugerah (tak tengok habis pun, balik awal macam konsert Zee Avi ari tu). fuhhhhh~ lenguhhhh kaki weiii.. geram pun ada. menyesal datang~


Korang tengok jelah pictures kat bawah ni, memang tak lawa la, sebab Efa berdiri jauh dari pentas. Kalau korang rasa nampak macam dekat je tu, jangan terpedaya, itu pictures yang Efa ambik dari FB Era.fm Kuching. Malam tu, Efa banyak ambik video, sebab geram sangat bila snap pictures semua tak cantik. huh~ 



Hanif, Osha dan Ray, DJ Era.fm, antara yang memeriahkan lagi malam tu.

Ray, lucu pulak nampak dia duduk kat situ.

Tak rasa ke kerusi VIP banyak kosong!!! baik suruh penonton lain masuk duduk kat situ!!!

Pop Shuvit, persembahan yang bertenaga siap boleh terapung lagi. ahahahahaha

salah satu sebab efa rasa geram sangat. photographer berlambak2 kat depan!! please laa~ kalau kat Anugerah mana2, photographer semua duduk kot!! ishhhh
tengok!!! kepala korang je nampak! tak prihatin langsung kat penonton. 

Persembahan bertenaga dari Mizz Nina (picture credit: Alvin Leong, FB Era.fm Kuching)

(picture credit: Alvin Leong, FB Era.fm Kuching)

(picture credit: Alvin Leong, FB Era.fm Kuching)

Mayze, ramai yang bersorak, tapi sorry Efa tak kenal, mungkin sebab Efa tak mengikuti edaran muzik semasa.  Huhu

Comel je Najwa Latiff cakap bahasa Sarawak.
   
Carta Hati dan Cinta Muka Buku, dengar2 malam tu dia baru baik dari demam. Tapi sporting gila  Najwa Latiff.  Tiba2 tersuka lak ngan dia. :)) (picture credit: Alvin Leong, FB Era.fm Kuching)
  
Persembahan Stacy memang super duper best gak. Suara best sangat, dan paling suka tengok dia menari la, memang boleh jadi Agnes Monica Malaysia. ehehehe (picture credit: Alvin Leong, FB Era.fm Kuching)

Ir Radzi, Penyanyi dari Sarawak, slap me, sebab memang Efa tak kenal dia. ahahaha. Kira malam tu baru kenal dia.Tahniah la kat dia sebab menang besar malam tu, bolot 3 Anugerah. 

To tell you all the truth, Efa balik awal dan tak sempat tengok Hafiz buat persembahan malam tue. (as usual Efa akan balik awal) (picture credit: Alvin Leong, FB Era.fm Kuching)

DJ Radio ERA.fm, Haniff, Ray, Osha, Hasmin dan Wan (picture credit: Alvin Leong, FB Era.fm Kuching)




**Kalau tak kerana tiket free, tak pergi kot Anugerah Carta Borneo ERA ni, dah la kena berdiri sepanjang Anugerah tu, nak snap picture pula nampak kepala orang je! hurm. apa2 pun memang enjoy dengan persembahan dari Pop Shuvit, Mizz Nina, Najwa Latiff dan Stacy! 






Wednesday, December 21, 2011

WORDLESS WEDNESDAY - PAREO







On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.

Tuesday, December 20, 2011

Selamat Pengantin Baru

Efa ingin mengucapkan tahniah buat rakan2 efa yang telah melangsungkan perkahwinan mereka. Ramai yang dah mendirikan rumah tangga, kalau nak letak semua memang panjang berjela kot. Mereka ini antara majlis yang sempat efa hadiri dalam tahun ini. 




  SELAMAT PENGANTIN BARU DI UCAPKAN KEPADA 
Dayang Normala & Rahim Malik

Tahniah Mala & Rahim. Color pink gitu.

Semua posing ke arah kanan~ tapi sorang je ke kiri. hehehe

Semua tengok pengantin perempuan. 

Lelaki-lelaki tampan & bergaya! wewit!!!

Gadis-gadis comel dan cantik!!! ahahahaha

Tema kami warna merah, kami je yang ikut tema, terima kasih!!!

Ini merupakan majlis persandingan rakan Efa yang paling meriah dan ramai gilaaaa kawan-kawan masa sekolah dulu yang hadir, rasa macam buat reunion je. Pengantin perempuan pulak kecoh atas pelamin, opps, sorry mala!! ehehe. Walaupun majlis nya dah berminggu2 berlalu, ngeh, Efa masih nak ucapkan tahniah kepada pasangan pengantin, diharap korang tabah dan sabar menghadapi rintangan berumah tangga, berbahagia hingga akhir hayat, dan mendapat zuriat yang ramai (insyaAllah, sik sabar kamek dah tok mala!!) Majlis mereka berlangsung pada 10 September yang lepas di rumah pengantin perempuan. 




 SELAMAT PENGANTIN BARU DI UCAPKAN KEPADA 
Khairunnizam & Zuriati

Tahniah yati! Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. ehehehe

Bersama teman2 sepersekolahan dulu. 

Group photo bersama rakan2.

Congratulation buat yati dan pasangannya, semoga ikatan perkahwinan korang berkekalan sampai bila2, cepat-cepat lah dapat anak, hehe. Persandingan mereka berlangsung di Dewan Telekom, Kolej Multemedia Telekom pada 26 November yang lepas. Majlis berlangsung pada hari sabtu, so ramai gak member2 yang lain tak berkesempatan nak datang. Tapi efa dan beberapa rakan2 yang lain berpeluang menghadiri majlis mereka yang diraikan dengan meriah, siap ada persembahan silat lagi. 






SELAMAT PENGANTIN BARU DI UCAPKAN KEPADA  

Dr Amielia Mazwa Rafidah bt Hj Amir Abdullah & Dr Muhamad Zailani bin Abd Rahman.
Pengantin di arak masuk kedalam dewan.
  


Efa dan Rudzie, bergambar dengan pasangan pengantin.  

Pasangan doktor yang sama cantik dan tampan. Tahniah efa ucapkan kepada meraka. Efa doakan korang berbahagia hingga ke akhir hayat dan mendapat anak2 yang comel. Majlis mereka telah berlangsung pada 10 Disember lepas di Rooftop Restaurant, Hotel Penview Inn. Pengantin perempuan tu, merupakan rakan sekolah Efa dulu, tapi lain2 kelas. 





 SELAMAT PENGANTIN BARU DI UCAPKAN KEPADA 
Norizan & Khairie
Congrats!! Suka tengok wedding bouquet sama matching dengan pelamin, soft orange.  

ex-classmate yang hadir pada hari tu.


Pasangan pengantin ni, dua2 sama sekolah efa, pengantin lelaki dari kelas sebelah, pengantin perempuan pulak sama kelas. Efa tak tahu masa bila lak dorang boleh together-gether ni, maksud efa bercinta cintun le. ngeh2. Apa2 pun efa ingin mengucapkan tahniah kepada pasangan ini, moga2 dikurniakan anak yang soleh dan solehah, cucu cicit dan berkekalan hingga akhir hayat mereka. InsyaAllah, aminn. Majlis persandingan mereka diadakan di rumah pengantin perempuan, pada 11 Disember. Hari tu, efa tak berkesempatan bergambar dengan pasangan pengantin, rushing nak balik, so ni je picture yang ada, tu pun picture dari rakan2. Lagi sedih, bila kamera yang efa bawa tak ada memory card, hampehhh~







P/S: Next wedding pulak, minggu depan, tak sabar nak makan nasi minyak kawan2 ku. Soalan yang paling tak best masa pergi wedding nie, "Bila lak turn ko!!" alahai, ni yang malas nak menjawab soalan2 tang gini, haishhh, nak kena penampor ke?? ahahaha, ganas sungguh aku, padahal dalam hati ada taman. gah! tolong jangan nak muntah. ahahaha. Jawapan paling senang, "InsyaAllah next year". 




Saturday, December 17, 2011

2nd Entry: Tweet Up Kuching

Macam dah terlambat nak post picture masa tweet up kuching last Saturday, baru ada kesempatan nak upload semua pictures. Ni nak share few pictures masa Tweet Up Kuching dari kamera my cuzz, Rudzie. 

Terlalu banyak sehinggakan ini sahaja yang mampu di share, kalau letak banyak2 kang lambat pulak nak loading kan.






Ila Damia, wuhuuu.  


my cuzz, Rudzie



 Kitaorang kat photo & video booth. Actually efa tak suka cakap depan kamera, terus jadi malu2. gahhhhhh















 Ini baru separuh. Yang lain semua malu-malu kucing nak bergambar sekali atau pentas itu tak mampu nak muatkan semuaorang.


My Twitter: noralifah 




*Click here : my first entry about Tweet Up Kuching. 


Walaupun masa event tue, tak ada hi hi ngan new friends, tapi kitaorang hi hi dan kenal2 dalam #TwtUpKch, best kan?? Menambahkan lagi kenalan baru, sharing stories mory, and much more!!


“By Friends, For Friends, and To Make New Friends”




*Click here for more coverage on the event







Sunday, December 11, 2011

percubaan pertama lomo

Efa baru pertama kali mengambil picture guna film camera. So, picture agak kurang memuaskan. Tapi tak pe, lain kali boleh diperbaiki lagi kan? 







Tak da nak edit2, cuma letak watermark je. :) cukup la dua picture ni untuk dikongsikan, nanti efa share2 lagi k.



TweetUp Kuching

Ada sapa2 yang pergi TweetUp Kuching di Spring semalam??? Apa itu TweetUp Kuching?? click here for more info.

Sebenarnya efa tak ada plan nak pergi TweetUp nie. Tapi tah cam na, without any planning, me and my cousin, rudzie balik je dari Wedding Reception terus ke Spring!! wuhuuu. unexpected !!! Ada macam2 games, performances, free gift dan macam2 lagi. 

Efa kinda shy shy cat gak la surrounding with those awesome people kat situ. So, memang efa tak ada la nak bertegur sapa pun, malu weiii. Tapi tak pe, lain kali mungkin ada keberanian sikit kot. ahahaha.

Semua picture2 ada kat camera my cousin, so bila dia dah upload or nanti efa mintak ngan dia, baru dapat share2 kat sini ye. But here some photo(s):


Picture from: The Collective (nanti ada video gak tau) Edited: me

Picture from: Rudzie, Edited: me

FREE GIFT yang efa dapat hari tue!!! wuhuu, Thank u so much Tweet Up Kuching.


Nanti efa update pasal Anugerah Carta Borneo Era 2011 pulak! Best memang best la, tapiii... Hurm.. :)))


duit poket

Related Posts with Thumbnails