Wednesday, July 27, 2011

Happy Birthday to TASTYPOP@MIMIE

HAPPY 25th BIRTHDAY TO NURUL MIMIE. 21.07.2011

Actually picture ni dah lama, tapi baru ada kesempatan nak update. 
malas nak pot pet.sila layan je picture di bawah.


Dapat 2 kek lagi, Vanilla & Choc. so yummy


Besday girl with her besday present


*muka tak sabar nak makan kek. 



mimie with ushat~~ eheheh


Picture *couple* harus ada. means, picture bersama birthday girl la.



dan KAMI yang menyambut birthday Mimie.


P/s: ada 2 lagi besday celebration tak post2 lagi. ahahah. bila sikap M menguasai diri beginilah jadinya.


Tuesday, July 19, 2011

Kucing di telan Ular, Ular di makan MANUSIA!!!!


RIMO, my little orenish cat. Kucing kesayangan efa ni telah di baham oleh ULAR SAWA pada pagi Subuh 26 June yang lepas. Kehilangan kucing efa ni telah menyebabkan semua kucing efa kena trauma, seriously tau!!! sebab kucing pun boleh kena penyakit trauma tau, efa pun baru tahu. Bilangan kucing efa yang dah hampir nak 30 ekor, semakin berkurang sekarang. Sedihhh nyee~~ Sekor demi sekor dah mati. alaaaa~~~


HAH! ULAR SAWA tu berjaya ditangkap. Ayah efa jumpa Ular ini kat luar pagar rumah kami yang sedang kekenyangan. Ayah efa sempat potong hujung ekornya aje, lepas tu, ayah efa dah tak berani dah. Then barulah datang lelaki berbaju hijau dengan beraninya nak menangkap ular ni. Nak di buat lauk tengahari kot. Masa ni, Ular dah kekenyangan, so dia agak kurang aktiflah. 

nampak tak perut ular sawa tu macam boyot semacam, huh  ada RIMO didalamnya. Masa ambik picture ni efa tak nampak sangat sebab efa di veranda umah, nak turun tak berani, tengok dari jauh je la.

Bila dah tahu yang RIMO yang ditelan, sedih yang amat. nangis efaaaa~~~~ 

Pemberian ULAR SAWA kepada seorang yang kat motorsikal tue ha, efa perasan yang lelaki tu baru je lepas beli sayur2n, alamatnya ular itu akan di buat lauk tengahari la ye!!!! 




p/s: Cuba korang bayangkan masa lelaki tue belah perut ULAR SAWA, mesti jumpa RIMO kannn!!!! haaaaaiyaahhhh, piluuu~~

Monday, July 4, 2011

POLKA DOT oh POLKA DOT



Almost more than 1 week dah tak update any story mory to all my readers kan kan? windu tak windu tak? (huh!! ada ke yang nak rindu, tinggal jejak pun tak ada). Nak kata efa busy, tak la jugak, tapi lately macam tabiat manusia yang malas tu menjelma dan menghantui (apa punya ayat, aku pun tak paham). 

Ada tengok picture di atas???? itu adalah originally homemade apam polka dot dari efa dan mimie. kitaorang sekarang tengah plan nak buka tempahan untuk bulan puasa dan hari raya~ apa2 perkembangan efa akan post kat my blog ni dari harga, size dan sebagainya, okay. bagi rakan2 d kuching yang maok merasa sample apam tok, kmk akan berik ngan kitakorang. sapa2 buat tempahan awal akan mendapat diskaun tek konok~ ada juak giya tek nak. 



P/s: Apa2 pun, efa nak mintak tolong korang vote anak sepupu efa>> pineaplle concerts dan cari submitted by Ahmad Adib bin Azman. Pemenang Contest akan menang backstage pass & guitar sign by Incubus. Vote sampai 15 July ni tau. So cepat2 vote. kepada yang nak join contest ni ada peluang lagi. cepat sebelum terlambat okayyyy

Saturday, June 25, 2011

THE STREET MARKET KUCHING

*click image* untuk maklumat lanjut



Rasa macam dah terlambat nak invite korang korang sekalian..huh! ni sebab busy memanjang buat preparation untuk jualan..... 

Bagi mereka yang ada d sekitar Kuching pada 25 June & 26 June, anda dijemput singgah d booth kami. Macam2 ada!!!!! 

Gabungan antara BEAUTY DASHOUSE & LILY OF THE VALLEY, terdapat pelbagai koleksi seperti aksesori, handbag, vintage dresses, brand new apparel, preloved item and much2 moreee!!!!

The best thing is... booth kami akan mengadakan LUCKY DRAW khas buat pelanggan kami pada hari jualan nanti....tapi lucky draw ni limited tau!! So, be our early bird customer.... who knows, u will get special price from us.. *wink*


jumpaaaa ada di sanaaaaa!!!!!!


*click image* untuk maklumat lanjut




** lama dah tak update, sorry la sebab lambat share ni ngan korang!!!


Thursday, June 16, 2011

ECLIPSE : GERHANA BULAN



SUBHANALLAH, YA ALLAH YA TUHANKU, ALANGKAH INDAHNYA CIPTAANMU.. 

kejadian lucu efa masa nak tengok gerhana bulan ni ha, mula2 super excited la nak tengok, sebab semua orang dah kecoh dalam laman sosial fb & tweet. Ada yang kata tak nampak, ada lak yang kata nampak dengan jelas. Alih2 masa efa jengok ke luar tingkap, langsung tak dok. Eh, asal lak, adakah disebabkan hujan yang lebat waktu petang tadi. Efa pun dengan hampanya, layan game je la. 


Then, entah macam mana, efa tergerak hati g luar kat veranda d arah yang berlainan, naaaaa....kan ada. Tergamam efa seketika, fenomena alam yang tersangatlah indah, dengan izinNya, dengan sepantas kilat efa g ambik kamera efa, snap terus, tapi tak dapat laaa nak ambik banyak2, lenguh tangan & kepala dok dongak2. lagi hal yang tak boleh blah, anjing sebelah rumah dok menyalak jeee~ hoi, ingat aku pencuri ke hapa. ni yang tak best ada jiran pelihara anjing, dah la super bisingggg menyaalakkk je keje... hate that.


So, memang tak ada la picture banyak, hanya picture ni tersangatlah indah, SUBHANALLAH. selebihnya efa layan tengok LIVE LUNAR ECLIPSE secara online. tengok live depan mata pun ada, tapi tak best lak layan sorang2. seriously, tengok online memang nampak dengan jelas. tapi efa malas nak snap pic. eheheh


Kepada Umat Islam disunatkan untuk menunaikan solat sunat khusuf iaitu solat sunat gerhana bulan click here untuk mengetahui Panduan Solat Sunat Gerhana Bulan/Matahari
Nak tahu apa itu kejadian Gerhana Bulan/Matahari, boleh baca lebih lanjut di SINI, SINI dan SINI






p/s:korang berpeluang tengok secara live tak???

Wednesday, June 15, 2011

Demam Sesame Street

Awal pagi nak subuh ni, tiba2 terasa rindu pulak ngan my favorite tv show masa childhood! It's SESAME STREET!! (one of my Favorite everrrrr until now!!) beside watching Looney Tunes, Disney, Cartoon Network, Doraemon, Power Rangers, Barney & much more (banyak sangat tak larat nak senaraikan semua- what else u all???). nampak sangat time kecik2 dulu efa suka tengok kartun. Seriously, budak kecik mana tak minat tengok kartun sekarang?? tell me tell me. 



Well. well. well. After watching this songs, memang buat efa rindu masa kecik2 dulu tengok tv sorang2! waaaa, so kesian kan? Disebabkan adik beradik efa memang sikit, lagi2 jarak umur jauh sangat (macam lah efa ada adik beradik ramai sangat, ehehhe). So efa akan bertemankan tv ngan arwah atuk & nenek efa je dirumah. Harapkan sepupu datang umah efa kalau nak bermain, kalau dorang tak mai, alamat main sorang2 la.


Malas nak celoteh panjang, ni haaaaa ELMO yang super duper CUTE!!!  


A SONG ABOUT ELMO





 & ELMO'S SONG !!!





P/S: KORANG KORANG KORANG> what's ur favorite cartoon shows??? tapi time kecik la, bukan sekarang tau.. kira masa korang masih berhingus lagi.. ahahhaha...FOR ME, semua kartun efa minat... THE MOST FAVORITE> SESAME STREETTTTTT.... 

duit poket

Related Posts with Thumbnails