Sunday, July 1, 2012

Amoi Sepet Look: Tail Skirt

Semalam masa The Street Kuching Bazaar, efa cuba sesuatu yang drastik. hahaha, apa dia??? efa cuba mengenakan tail skirt yang efa dah lama beli, tak pernah pakai lagi. sebab efa segan, rasa tak kompiden je nak pakai. style ni inspired dari blogger2 jugak la. akhirnya efa memberanikan pakai gak tail skirt tue. tapi malangnya, hanya ada 1 je picture penuh efa. dah la buruk muka. takpela, janji ada.



yeeee, tau, memang burok kan.. nampak bambam efa dalam nie. well, efa rasa efa patut pakai seluar tight tapi kain skirt tue see-thru, so macam tak sesuai. so efa pakai jeans yang slightly macam tight jugak tapi a little bit longgar. 


style ni inpired dari mereka.



my favorite fashion blogger, fashion designer, OBB's owner. Jezmine zaidan




yang nie efa betul2 jatuh cinta, tail skirt nurul memang stunning. 

tapi efa tetap suka style shea rasol. kebanyakkan style efa inspired dari shea. 


 efa rasa nak beli lagi tail skirt. tapi nak cari material yang tak see-thru. tapi susah nak cari. 


p/s: In Shaa ALLAH, nanti efa update pasal the street kuching bazaar tue. :))

Friday, June 29, 2012

The Street Kuching Bazaar with LSF





Esok 30.June.2012, jangan lupa jumpa kami, Le Shasta Femelle, Female Kuching Blogger di Old Court House, Kuching, Sarawak. Bazaar ini akan diadakan di dalam Old Court (Fully air-conditioned), bagi yang tahu yang mana satu, Old Court tue berhadapan dengan dengan waterfront. (Tengok gambar kat bawah)


Bazaar tu akan diadakan di dalam Old Court, so, korang mungkin ingat macam tak ada event tue nanti. Korang kena masuk dalam Old Court tue, baru nampak kat mana bazaar itu terletak.



Yang ni gambaran nya, ada orang jual macam2, preloved item, beg, accessories, cupcake, kasut, craft, make up, perfume, dan macam2 lagi.



Meh tengok The Street Kuching Bazaar yang diadakan awal tahun 2012 ni, korang bolehlah buat gambaran macam mana The Street Kuching Bazaar 2012, 30,June, 2012.


 










 







Jangan lupa jumpa kami esok, 30.June.2012, Sabtu, di Old Court, Kuching, Sarawak. LSF akan menjual preloved items (dresses, bag, shoes, scarf, tops, pants, skirts), vintage dresses, photo booth (polaroid), flowers, and much more.



Sunday, June 10, 2012

RANCANGAN ON AIR



Pernah tak korang menonton rancangan ON AIR yang disiarkan di siaran Astro Ria iaitu sebuah rancangan mencari pengacara sebagai pelapis untuk program-program di bawah kelolaan stesen televisyen ASTRO??


Rancangan ON AIR yang berkonsepkan program realiti dimana seramai 10 orang lelaki dan 10 orang perempuan yang terpilih menerusi ujibakat yang diadakan di beberapa buah negeri. Setiap minggu para perantis (gelaran yang dipanggil untuk setiap peserta) akan diberi tunjuk ajar, pendedahan dan melalui tugasan yang berbeza dalam pengacaraan termasuklah bidang hiburan, berita, dan isu semasa. [baca kena ikut tiun suara pengacara tau]. 


Efa rasa rancangan ini sangat berbeza dari rancangan realiti yang lain, mana tak nya yang lain semua nak cari seorang penyanyi, penari dan pelakon. Tetapi rancangan ini pula, cari pengacara ala2 macam rancangan Nona suatu ketika dulu, kalau korang masih ingat lagi la. Apa yang lagi best tengok rancangan ini, seorang dari sahabat sekolah efa, adalah antara perantis dalam ON AIR. Efa dan rakan-rakan yang lain berasa begitu berbangga sekali melihat sahabat kami ini ye, yang mampu dan berkebolehan sampai ke tahap ini (membaca sekali lagi ikut tiun pengacara-pengaruh lebih ke rancangan ini da). Nak tahu siapa tak? hah, meh tengok antara perantis ON AIR kat bawah ni. 








Yang paling comel tu la sahabat kami, MALISSA SAHARI, yang berasal dari Kuching, Sarawak. Sebelum Malissa terpilih menjadi salah seorang perantis dalam rancangan ON AIR, beliau mempunyai pengalaman dalam bidang pengacaraan, dimana Malissa menjadi pembaca berita untuk RTM (Sarawak). Efa dan rakan-rakan yang lain berasa berbangga diatas pencapaian beliau sekarang ini, kitaorang mendoakan dia berjaya dalam bidang pengacaraan ini dan mudah-mudahan menjadi pengacara yang berjaya dan berkaliber suatu hari nanti. In Shaa ALLAH, amin yarabbal alamin.

Meh sok sek tengok gambo Efa dan sahabat efa yang lain bersama Malissa. Rindu pulak dengan ke"cerdit'an kitak, Lisa. (Cerdit-bahasa sarawak, kalau dalam BM maksudnya kepetahan <- betul ke? huhu)



















Pada suatu ketika dahulu, Efa pernah bagitau kat Malissa, mungkin satu hari nanti dia menjadi pengacara tv kat stesen televisyen Astro, harap-harap masin mulut Efa ni kan. hehehe.



Kepada yang belum LIKE lagi FAN PAGE MALISSA SAHARI ON AIR <---- Boleh click SINI dan FAN PAGE ON AIR <--- click SINI


Jangan lupa menyaksikan rancangan DIARI ON AIR setiap hari Rabu hingga Sabtu pada pukul 10 malam, dan Penyingkiran ON AIR setiap hari Ahad pada pukul 10 malam. Sudah pasti di ASTRO RIA. 



Sunday, May 20, 2012

Lunch Gathering with Le Shasta Femelle




Dah sekian lama tak mengupdate, so hari ini dengan kelapangan yang ada dan internet yang tak berapa nak laju, dapatla juga mengepost entry kali ni. 

Hari ni Le Shasta Femelle, Female Kuching Blogger, ada lunch gathering together-gether di Rumah Hijau, Kuching. Even though, tak semua yang dapat menghadirkan diri, keriangan dan keseronokan terpancar diwajah kami (erk? penggunaan bahasa yang lintang pukang, al maklum, ke'angol'an->keluar dah bahasa sarawak efa). Yang hanya dapat join cuma Chu, Coeq, Eva & Ika, yang lain ada hal yang tidak dapat dielakkan. 

Jom layan gambar-gambar yang mengumbirakan kami hari ini. 


Sopan je di meja makan. 



Chu & Ika, (ika, belum sempat kenal2 gik ngan kitak, next time kita berkenalan agik)



menu pilihan efa, nasi briyani ayam madu dan coklat cadbury cheese cake. 



Gambar berdua-duaan yang masih lagi dalam keadaan ayu.



semua muka concentrate nak isi questionnaire dari coeq, (susah soalan questionnaire kitak kali coeq, hehe)



eva serius isi questionnaire & coeq susah hati ka??




dah start da ngan muka gila2 kami. 




lagi lagi!!!!



eh ada lagi! ni dengan model eva yang cantik macam muka heliza, kan kan?? 



Chu, Coeq, Eva & Ika. Gorgeous habis buat muka gini.



Eh ada lagiii. Ni dalam kereta nak pergi Spring!! Sempat lagi tauu~



Tak habis-habis lagi. Muka semuaorang dalam ni memang sporting habis. 



dan akhirnya, jumpa dengan shichi kat Spring. Leka kami mendengar cerita dari Shichi. Anyway, CONGRATULATION SITI!! 



First time naik keta Myvi Extreme, ada touch skrin & GPS tau, canggih dah kereta buatan Malaysia sekarang. (tetiba buka ceta pasal kereta)



Kepada sesiapa yang ada di Kuching pada 30 June nanti, jangan lupa pergi ke Old Court House, Kuching, untuk sertai The Street Bazaar, jualan pelbagai barang-barang dan makanan seperti barangan terpakai, pakaian, aksesori, diy, food dan banyak lagi. Masa tu Le Shasta Femelle akan join jual barang2 preloved kami, DIY badge, dan macam-macam lagi yang masih dalam perancangan. 


Gathering Lunch di Rumah Hijau pada hari ini,
Meeting pertama untuk bazaar nanti,
Asyik bergambar tak henti-henti,
Selain blogging itulah hobi bersama kami.

Le Shasta Femelle nama di beri,
Perkenalan kami dari berblogging,
Ketawa, gembira dan terhibur hati,
Tak sabar rasanya untuk next gathering.

(Pantun main hantam, janji ada bunyi ala-ala dan sekadar menghibur hati)




 Curi gambar dari Chu! hehehehe. Kacaaak, nang pandei kitak ngedit nya Chu.


Ika, Efa, Chu, Coeq & Eva. (sila click nama untuk ke blog mereka) 


Monday, May 7, 2012

LOOKBOOK: ELEGANCE IN WHITE



What I Wore: OBB Book Clutch, Studed Peep-toe Wedges, White Pearl Bangle

LOOKBOOK: GOLDEN PAISLEY



What I Wore: Golden Baju Kurung Moden with Paisley Flowy Skirt, Paris Clutch, Satin Wrap Snood (inspired by Maysaa), OBB Mary Jane Clog 



duit poket

Related Posts with Thumbnails