Sunday, June 10, 2012

RANCANGAN ON AIR



Pernah tak korang menonton rancangan ON AIR yang disiarkan di siaran Astro Ria iaitu sebuah rancangan mencari pengacara sebagai pelapis untuk program-program di bawah kelolaan stesen televisyen ASTRO??


Rancangan ON AIR yang berkonsepkan program realiti dimana seramai 10 orang lelaki dan 10 orang perempuan yang terpilih menerusi ujibakat yang diadakan di beberapa buah negeri. Setiap minggu para perantis (gelaran yang dipanggil untuk setiap peserta) akan diberi tunjuk ajar, pendedahan dan melalui tugasan yang berbeza dalam pengacaraan termasuklah bidang hiburan, berita, dan isu semasa. [baca kena ikut tiun suara pengacara tau]. 


Efa rasa rancangan ini sangat berbeza dari rancangan realiti yang lain, mana tak nya yang lain semua nak cari seorang penyanyi, penari dan pelakon. Tetapi rancangan ini pula, cari pengacara ala2 macam rancangan Nona suatu ketika dulu, kalau korang masih ingat lagi la. Apa yang lagi best tengok rancangan ini, seorang dari sahabat sekolah efa, adalah antara perantis dalam ON AIR. Efa dan rakan-rakan yang lain berasa begitu berbangga sekali melihat sahabat kami ini ye, yang mampu dan berkebolehan sampai ke tahap ini (membaca sekali lagi ikut tiun pengacara-pengaruh lebih ke rancangan ini da). Nak tahu siapa tak? hah, meh tengok antara perantis ON AIR kat bawah ni. 








Yang paling comel tu la sahabat kami, MALISSA SAHARI, yang berasal dari Kuching, Sarawak. Sebelum Malissa terpilih menjadi salah seorang perantis dalam rancangan ON AIR, beliau mempunyai pengalaman dalam bidang pengacaraan, dimana Malissa menjadi pembaca berita untuk RTM (Sarawak). Efa dan rakan-rakan yang lain berasa berbangga diatas pencapaian beliau sekarang ini, kitaorang mendoakan dia berjaya dalam bidang pengacaraan ini dan mudah-mudahan menjadi pengacara yang berjaya dan berkaliber suatu hari nanti. In Shaa ALLAH, amin yarabbal alamin.

Meh sok sek tengok gambo Efa dan sahabat efa yang lain bersama Malissa. Rindu pulak dengan ke"cerdit'an kitak, Lisa. (Cerdit-bahasa sarawak, kalau dalam BM maksudnya kepetahan <- betul ke? huhu)



















Pada suatu ketika dahulu, Efa pernah bagitau kat Malissa, mungkin satu hari nanti dia menjadi pengacara tv kat stesen televisyen Astro, harap-harap masin mulut Efa ni kan. hehehe.



Kepada yang belum LIKE lagi FAN PAGE MALISSA SAHARI ON AIR <---- Boleh click SINI dan FAN PAGE ON AIR <--- click SINI


Jangan lupa menyaksikan rancangan DIARI ON AIR setiap hari Rabu hingga Sabtu pada pukul 10 malam, dan Penyingkiran ON AIR setiap hari Ahad pada pukul 10 malam. Sudah pasti di ASTRO RIA. 



Sunday, May 20, 2012

Lunch Gathering with Le Shasta Femelle




Dah sekian lama tak mengupdate, so hari ini dengan kelapangan yang ada dan internet yang tak berapa nak laju, dapatla juga mengepost entry kali ni. 

Hari ni Le Shasta Femelle, Female Kuching Blogger, ada lunch gathering together-gether di Rumah Hijau, Kuching. Even though, tak semua yang dapat menghadirkan diri, keriangan dan keseronokan terpancar diwajah kami (erk? penggunaan bahasa yang lintang pukang, al maklum, ke'angol'an->keluar dah bahasa sarawak efa). Yang hanya dapat join cuma Chu, Coeq, Eva & Ika, yang lain ada hal yang tidak dapat dielakkan. 

Jom layan gambar-gambar yang mengumbirakan kami hari ini. 


Sopan je di meja makan. 



Chu & Ika, (ika, belum sempat kenal2 gik ngan kitak, next time kita berkenalan agik)



menu pilihan efa, nasi briyani ayam madu dan coklat cadbury cheese cake. 



Gambar berdua-duaan yang masih lagi dalam keadaan ayu.



semua muka concentrate nak isi questionnaire dari coeq, (susah soalan questionnaire kitak kali coeq, hehe)



eva serius isi questionnaire & coeq susah hati ka??




dah start da ngan muka gila2 kami. 




lagi lagi!!!!



eh ada lagi! ni dengan model eva yang cantik macam muka heliza, kan kan?? 



Chu, Coeq, Eva & Ika. Gorgeous habis buat muka gini.



Eh ada lagiii. Ni dalam kereta nak pergi Spring!! Sempat lagi tauu~



Tak habis-habis lagi. Muka semuaorang dalam ni memang sporting habis. 



dan akhirnya, jumpa dengan shichi kat Spring. Leka kami mendengar cerita dari Shichi. Anyway, CONGRATULATION SITI!! 



First time naik keta Myvi Extreme, ada touch skrin & GPS tau, canggih dah kereta buatan Malaysia sekarang. (tetiba buka ceta pasal kereta)



Kepada sesiapa yang ada di Kuching pada 30 June nanti, jangan lupa pergi ke Old Court House, Kuching, untuk sertai The Street Bazaar, jualan pelbagai barang-barang dan makanan seperti barangan terpakai, pakaian, aksesori, diy, food dan banyak lagi. Masa tu Le Shasta Femelle akan join jual barang2 preloved kami, DIY badge, dan macam-macam lagi yang masih dalam perancangan. 


Gathering Lunch di Rumah Hijau pada hari ini,
Meeting pertama untuk bazaar nanti,
Asyik bergambar tak henti-henti,
Selain blogging itulah hobi bersama kami.

Le Shasta Femelle nama di beri,
Perkenalan kami dari berblogging,
Ketawa, gembira dan terhibur hati,
Tak sabar rasanya untuk next gathering.

(Pantun main hantam, janji ada bunyi ala-ala dan sekadar menghibur hati)




 Curi gambar dari Chu! hehehehe. Kacaaak, nang pandei kitak ngedit nya Chu.


Ika, Efa, Chu, Coeq & Eva. (sila click nama untuk ke blog mereka) 


Monday, May 7, 2012

LOOKBOOK: ELEGANCE IN WHITE



What I Wore: OBB Book Clutch, Studed Peep-toe Wedges, White Pearl Bangle

LOOKBOOK: GOLDEN PAISLEY



What I Wore: Golden Baju Kurung Moden with Paisley Flowy Skirt, Paris Clutch, Satin Wrap Snood (inspired by Maysaa), OBB Mary Jane Clog 



Sunday, April 22, 2012

Le Shasta Femelle, Female Kuching Bloggers


LE SHASTA FEMELLE, penubuhan female blogger dari bumi kenyalang ini adalah bertujuan berkongsi pengetahuan, idea, hobi, minat dan apa-apa yang mempunyai persamaan antara satu sama lain. 



Kelab ini dengan secara rasminya ditubuhkan pada 25 Mac 2012 dan telah aktif bermula tarikh tersebut.






Le Shasta Femelle terdiri dari 10 orang blogger wanita yang masing-masing mempunyai karakter dan personaliti yang tersendiri, dimana mempunyai minat yang sama iaitu berblogging. 






Insya Allah pada masa akan datang, kami akan terlibat dalam pelbagai aktiviti penganjuran seperti perhimpuanan, mengambil bahagian dalam aktiviti amal, jualan gerai dan sebagainya. 



kepada warga Kuching, jangan lupak jumpa mekorang d Old Court House (insyaAllah), (untuk sapa2 yang sik tauk, tempat tok adalah mahkamah lamak, berdepan dengan Waterfront sia, dan tempat tok di dalam, ada aircond, so sik panas.. hahaha). 
See you all there!!!!

Saturday, April 14, 2012

Weekend with Amy Bunny

Dah lama tak spend masa ngan my bestie, Amy Bunny. Last weekend Efa ada masa nak spend masa ngan dia, memang satu hari suntuk kitaorang pusing Kuching. Misi kami nak cari kain untuk Hari Raya nanti, plan nak beli sama-sama, so boleh minta pendapat masing-masing.


Inilah cik mek molek Amy Bunny. Mestilah isi perut dulu sebelum memulakan perjalanan kami. chewah, macam nak pergi jauh la pulak.


Pancake!! for breakfast


memulakan misi kami dengan setin air. lalalalala. (tak ada kena mengena langsung)


part memilih kain ni memang payah, sebab banyak sangat pilihan kain yang lawa2. 


tengahari retak bergambo macam tak ada perasaan.




dalam butik pun saya ambik gambo makcik ni. hehehe. 


dan diakhiri hari kami dengan makan tengahari di Sugarbun, kalau kat semenanjung tak ada kedai fast food ni, kat sabah sarawak je ada. kalau orang semenanjung datang sarawak, harus cuba makan kat Sugarbun tau. 


p/s: korang dah beli kain untuk Raya ke belum? ke efa sorang je antara yang terawal membeli kain ni. hehehe




duit poket

Related Posts with Thumbnails