
Sejinjang sayang,
Kisah lama, zaman mensia maya
Puteri Santubong, Puteri Sejinjang,
Penjaga gunung Negeri Sarawak,
Manis sik ada dapat dilawan,
Anak dak Dewa turun kayangan.
Oh.... Santubong puteri bertenun kain malam,
Oh.... Sejinjang puteri menumbuk padi siang,
Satu hari nya duak kelai,
Beranok anok sik renti-renti,
Sorang madah dirik bagus lagik,
Sorang sik ngalau walau sampei ke mati,
Udah lejuk nya duak kelai,
Lalu bertukuk nya duak puteri,
Sejinjang mengayun paluk ke pipi,
Tebik Santubong sampei gitok ari,
Tapi Santubong membalas juak,
Lalu ditikam batang belidak,
Sampei terkena Sejinjang kepalak,
Lalu bertabor jadi Pulo Kerak,
Kisah Santubong, kisah Sejinjang,
Asal berkawan jadi musuhan,
Kinek tok tinggal jadi kenangan,
Pakei ingatan sepanjang zaman.
Best tak lagu Puteri Santubong ni? Dulu masa sekolah menengah, efa dan geng kelas nyanyi lagu ni untuk koir persembahan jemputan kat majlis
Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak. Nak tahu pasal
PKMS boleh baca kat
sini. Sebenarnya bukan nak cerita pasal Persatuan ni, tapi nak kongsi cerita lagenda pasal Puteri Santubong ni. Kalau korang search mesti jumpa berlainan cerita sampai tak tahu yang mana satu betul kan? Efa pun keliru gak cerita sebenar mengenai asal usul kisah lagenda Puteri Santubong, alahai nama pun lagenda kan??
Efa rasa cerita ni, ada sedikit sebanyak sama kot. Jom Layannnn
Konon ceritanya zaman dahulu kala di negeri Sarawak terdapat dua buah kampung yang berjiran tetapi selalu bermusuhan antara satu sama lain iaitu Kampung Pasir Kuning dan Kampung Pasir Putih.
Bagi menamatkan permusuhan mereka, Dewata Mulia Raja mengutuskan dua orang puteri kayangan bersaudara pupu untuk turun ke bumi dan memimpin penduduk kampung supaya menuju kearah kemakmuran. Puteri Santubong akan memimpin Pasir Kuning, manakala Puteri Sejinjang pula memimpin Kampung Pasir Putih. Mereka sendiri juga telah bersumpah tidak akan bermusuhan sesama sendiri dan terikut ikut dengan perangai penduduk yang mereka pimpin. Kedua dua kampung pun mulai mengecapi kemakmuran.
Puteri Santubong sangat masyur dengan kain tenunannya dimana begitu unik dan dijual dengan harga yang mahal. Sementara tanaman padi di Kampung jiran iaitu Kampung pimpinan Puteri Sejinjang menjadi begitu subur dan menjadi.
Kemasyuran Kampung Pasir Kuning (pimpinan Puteri Santubong) telah memikat kehadiran orang dagang termasuklah Putera Serapi dari Matang yang sangat segak itu, dan akhirnya bercinta dengan Puteri Santubong sementara Panglima Putih sakit hati kerana pinangannya ditolak. Kampung Pasir Putih (kampung pimpinan Puteri Sejinjang) dibakar oleh Sang Bualang kerana kecewa cinta ditolak oleh Puteri Sejinjang. Puteri Sejinjang lari ke istana Puteri Santubong, bersua Putera Serapi lalu jatuh cinta. Bermula permusuhan lantaran perasaan cemburu telah membawa kepada perkelahian kedua mereka. Akhirnya, kerana mereka melanggar sumpah, mereka kemudiannya bertukar menjadi gunung.


Hari Ahad yang lepas, Efa dan kawan Efa tengah explore jalan baru, tiba2 terlihat pemandangan Gunung Santubong yang begitu jelas dan sangat cantik sehingga efa kagum sangat lalu mengada2 mengambil gambar tanpa rasa segan silu (huh! dengan sekali nafas baca, boleh dok? huhuhu). Tak sempat nak ambik picture banyak2 sebab hari sudah hampir malam.
Efa tengah cari tempat menarik nak ambik gambar. Ada sapa2 geng Kuching saya nak join tak? bukan formal photo shooting macam profesional photographer yang ada ramai orang, yang ada spot light, ada macam2 lagi kelengkapan tu. biasa2 sahaja. kalau tak nak tak apa.. ehhehe
Terpesona seketika efa tengok view Gunung Santubong kat sini.
Sumber lirik lagu & cerita dari sumber dibawah, akan tetapi efa dah tukar sedikit sebanyak menggunakan ayat efa sendiri. ^_^
Credit Sastera Rakyat: sini Credit Pesona Batik: sini