Monday, October 11, 2010

Kerja part time yang BEST!!!

efa nak share masa efa pegi part time last week,
tak terlalu lambat agaknya kalau efa nak kongsi ngan korang kot..

the first day; part time kat rumah kediaman rasmi TPM....

penat sangat, sebab efa jatuh. aduhhhh, sakit punggung. *malu giler!!!
semua orang pandang tapi nasib baik malam tak da la orang perasan sapa yang jatuh time tu...ahahah...tapi ramai gak yang tengok..sebab jatuh gedebuk!!!! semua pandang....
no no no no...kenapa semua orang tengok....mana la nak letak muka..habis seluar kotor, dah la tanah becak..duh!

staff Shangri-La Hotel memang best....sempoi je....
bekerja dalam keadaan yang cool, tak da la nak stress2...
bayaran pun berbaloi2!!!

antara artis jemputan malam tue,
Nasser Wahab...masa ni kitorang baru pas solat, pas tu kawan efa terus bawa bergambar, so efa pun join sekaki....


Jamal Abdillah...hah. yang nie baru pas habis kerja, kawan ajak bergambar lagi sekali, so join je...ehehehe...



the next day:
Wedding Jimmy Shanley with Nursuhaila


walaupun tak dapat datang sebagai jemputan untuk majlis resepsi mereka, at least dapat gak tengok majlis itu berjalan...memang seronok kalau bekerja masa nie tapi sangat penat, banyak keja nak wat. kejar masa lak tue, semua berjalan on time. staff kat sini...hurm no komen... susah bekerja ngan dorang. tak peramah langsung..opss tak semua la, ada yang ok gak..ada tue, poyo habihhhh.....hello, jangan perasan hebat, kita bekerja kena saling bantu membantu, dan yang paling penting bekerjasama, kalau tak ada kitorang nie, belum tentu ada yang nak kerja tau....dah la bayaran macam "tut" arghh......marah nie..

paling best sekali dapat tengok Datuk Siti Nurhaliza, jatuh hati tengok kecantikan Siti,
sowi masa kerja tak leh ambik picture....
ramai gak yang datang pada hari tue,
Siti Nurhaliza dan Datuk K, Lisa Surihani (dia sangat cun plus cantek2!!!!), Awal, Sazzy, Nashril, Rozita Che Wan, Anne Ngasri, Catriona Ross, Mawi, Ezlynn, Linda Onn, Maulana, Cg2 AF, Iqram, dan ramai lagi...



picture hasil google...cantik dan tampan....memang sepadan....


picture yang efa ambik curi2 masa kat luar ballroom....
ehehhehe...sian, picture nie je ada....opppsss ada lagi....




masa nak balik, ternampak limosin kat luar, pergh, rupa2nya limosin ni di hadiahkan sempena perkahwinan Jimmy dan Suhaila, lepas majlis tue limosin ini akan digunakan kat resort keluarga Nursuhaila...wah....seronok nya....




kalau korang nak tengok picture masa majlis resepsi mereka, boleh la google, ok..





p/s: mencari rezeki yang halal tak salah, walaupun terpaksa mengalami kepenatan yang teramat dan yang pasti satu kenangan serta pengalaman yang tidak akan dilupakan....

korang lak ada kerja part time yang menyeronokkan tak???




Sunday, October 10, 2010

MALAM ASPIRASI GRADUAN>>> my theme: japanese kimono

Seperti yang dijanjikan...

last friday, hampir semua pelajar semester akhir Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan akan menghadiri Malam Aspirasi Graduan....yang diadakan d Concorde Hotel, Shah Alam
tau tak apa tema nya???
Warisan Kesenian Budaya, Tema yang menjadi kontroversi satu ketika dulu, oppsss...
tapi akhirnya tema ini telah dapat diterima oleh semua pihak dengan hati yang terbuka. biasala, semua nak tema yang grand2 tapi nak wat cam na, bukan kami yang menganjurkan makan malam ni. hurmmm....dengan nada yang sedih sebab tema yang efa nak sangat tak tercapai. tapi tetap gembira!!!

oh ya, makan malam ini telah dianjurkan oleh kelab SHOCAM, dimana efa pun salah seorang dari ahli kelab ini, tetap tidak aktif pada semester akhir atas sebab2 tertentu, efa rasa tak ada masa nak join kelab ini untuk semester akhir ni, sibuk sangat ngan assignment, test, research, presentation. meeting plak salu wat malam, so, memang susah la kalau nak g, dah la duduk jauh ngan UiTM Shah Alam.
diharap pihak tertentu itu dapat memahami situasi efa dan rakan2 yang lain.


berbalik dengan makan malam tue, disebabkan tema Warisan Kesenian Budaya, kena cari la pakaian yang bersesuaian kan?? tak nak ikut tema pun tak pe..eheheh...
pada awal nya, tema ini menjurus kepada "takkan melayu hilang didunia", lepas tue tukar lak jadi budaya2 international seluruh dunia. mungkin ditukarkan sebab ada berlaku perbalahan dan ketidakpuashati bagi setengah2 pihak, termasuk saya (pengakuan dari efa...huhuhu...wat apa nak malu!!!)
tapi apa yang menjadi kepelikan dan pertanyaan efa, masa makan malam tue semuanya seperti tema yang awalnya iaitu "takkan melayu hilang didunia"...hurm....entah mana satu yang betul pun tak tau la...


setiap yang terjadi tue pasti ada kelemahan dan kebaikkannya kan, ada yang tak berpuas hati dan ada yang sangat gembira...
setiap orang mempunyai pandangan dan pendapat masing2, efa berharap sangat semua dapat menerima dengan hati yang terbuka atas semua cemuhan dan kritikan dari kami (semua pihak yang tak puas hati tue, termasuk saya lagi!! ehehhe)
so, efa pun nak bagi komen yang melambak2 banyak nie.

1: puas hati sangat2 pada malam tue!!!!!
2: tak best sebab tak ada door gift.
3: tak puas hati dengan tema pada awalnya tapi jatuh hati dengan tema pada akhirnya.
4: makanan malam tue tak berbaloi.. lagi best kalu chinese set...
5: best sangat dengan persembahan penutup walaupun nampak pembaziran duit di situ, tak jemput pun tak kisah.
6: kalau buat kat hotel lain lagi best, eheheh...seperti dijanjikan oleh salah seorang lecturer tue.hurmmm
7: masa singkat, nak panjangkan lagi. tak puas ambik picture dengan kenalan2..
8: rasa2nya hadiah cam kurang, perlu banyak2 lagi.
9: ini sambutan untuk pelajar atau sambutan untuk lecturer, hampir semua lecturer dapat hadiah. nampak bias tak kat situ??
10: sila terima pendapatan dan pandangan, kritikan dan cemuhan itu sebagai batu lonjakan untuk kita semua bagi memperbaiki kekurangan yang ada di masa hadapan..


mari kita lihat antara picture yang efa sempat ambik malam tue...:)))






taddaaaaa!!!!!
JAPANESE KIMONO. ada gaya tak??


with syasya~
cantek kan???
tema baju syasya: cik siti wan kembang



efa with nad
sangat cun, terpegun tak tengok??
macam kat bollywood dah..


kenalan2 yang sangat best!!!!



nampak tak lelaki yang berbaju melayu itu,
hahhh, itulah lecturer kami yang sempoi je wat gaya cam tue. cayalah encik ejat....



wif moi & intan..
my extra old frenz from POLI KK lagi..
miss them so muchhzzz....


windu sangat sama dia nie. intan!!!
my luvly bestie fren...dah lama tak jumpa..


kak wan, pemenang sri kandi pada malam tue,
cantek kan?
dia pun sama senegeri dengan efa.



my pretty and gorgeous housemate ever!!!!
will miss u all!!!!!



inilah persembahan penutup...
artis jemputan: ruffedge!!!


p/s: so, apa pendapat korang?? best tak event efa tahun nie....

Saturday, October 9, 2010

KIMONO???

tak sempat nak post entry dalam nie...
so, mlm nie efa nak update ngan sumthing paling grand tahun nie..
clue nye,


comey betol dorang nie...eheheheh

Wednesday, October 6, 2010

lima hari tanpa henti

setelah bz beberapa hari ngan kerja part time, sekarang baru lah ada masa untuk berehat.
hari pertama: part time di kediaman rasmi TPM,
dan hari kedua: part time di majlis persandingan Jimmy, pengacara tv.
hari ketiga: menghadiri majlis penganugerahan pelajar cemerlang.
hari keempat: berehat,
hari kelima: stress...

wah, full pakej tak? esok dah ada kelas menanti, hurm.... banyak kerja2 yang tak di siapkan lagi.
malam nie nak wat la, esok lusa leh sambung lagi. memang tergendala semua kerja2 tue. hari ni stress sangat sampai ambik ubat lebih dos. opppsss...:(


Thursday, September 30, 2010

DiGi iPhone 4 Life

Akhirnya, sampai dah the last task untuk

DiGi iPhone 4 the Win Contest..







Semua orang mengharapkan satu kemenangan apabila dah join contest kannn??? tipu la kan kata tak nak menang. macam tu jugak efa, efa pun nak menang. tapi kalau tak menang maksudnya bukan rezeki efa la tue. yerlah. bukan senang nak dapatkan iPhone 4, mungkin beribu2 orang dah join.

dengan kelebihan dan kecanggihan terkini yang terdapat dalam iPhone 4, sudah tentu menjadi impian efa. application yang ada pun semua best2. sekali pakej ngan pelan DiGi, memang lagi bertambah2 la kelebihan yang ada kan???

tak lupa jugak kat Nuffnang yang dah banyak menyumbang sebanyak mungkin keistimewaan untuk blogger kat luar sana. tak terlupa juga dengan mengadakan contest ini bersama2 DiGi bagi pengemar2 iPhone 4...

Doakan kejayaan efa ye rakan2 ku....

p/s: mesti korang bosan kan asyik baca entri pasal contest ni berturut2...eheheheh

Wednesday, September 29, 2010

DiGi iPhone 4 Real


Kali nie, hot topic!!!!!!
Kalau dah ada iPhone 4, kita mesti ada talian komunikasi untuk telefon kita...
so dah tak perlu nak pening2 kepala nak pilih talian mana yang sesuai...
sebab ada satu talian yang paling menarik perhatian efa kat sini....

apakah ia???? meh kita tengok
. . . . .

iDigi Plan!!!!!
itulah yang kita cari apa yang best sangat ngan pelan nie????



1. iGET SAVINGS
TAWARAN YANG RENDAH & MURAH, hanya dengan RM58 sebulan


iDigi Plan menawarkan kadar yang terendah. jadi buat apa kita nak memilih talian lain sekiranya Digi sudah cukup memenuhi kesemua pakej yang kita hendak. Kadar yang terendah sememangnya menjadi keutamaan bagi sebilangan pelanggan seperti saya nie.


2. iGET MORE
FREE CALLS, SMS, & MMS to local networks


apa yang lagi hebat kalau kita dapat panggilan percuma?? wah...sangat kagum sambil terkebil2 mata melihat.. huhuhu...sungguh tak sangka kan??
kita dapat buat panggilan dengan kadar yang murah sekali...
bila tengok pelan kat atas tue, kita dapat buat panggilan kepada keluarga dan rakan2 pada kadar yang terendah. jadi, tak perlu risau lagi nak membuat panggilan dan berbual panjang kan???



3. iGET UNLIMITED
FREE UNLIMITED INTERNET, no extra charges


apa yang lebih penting bagi kita semasa melayari internet??? semestinya melayari tanpa had kan!!!! yess, sememangnya. kita boleh melayari pada bila2 masa tanpa had masa. kita tak perlu bimbang kerana kita tak perlu bayar apa2 sekiranya kita telah melebihi quota kerana kita masih boleh menggunakannya walaupun dah lebih monthly quota. tapi kena ingat tau, kelajuan untuk internet akan menurun sebanyak 128Kbps selepas dah lebih kuota bulanan pelan yang kita pilih.


4. Upgrade iDigi Plan

sekiranya kita rasa pelan yang kita pilih tue tak cukup, apa kata tukar je ke pelan yang lain. kan senang???
tapi kena ingat, selepas 90 hari pengguna pelan yang pertama tue tau...
ada banyak cara nak tukar pelan nie. nak tau lebih lanjut, click sini
tapi bila dah upgrade, tak dapat dah nak downgrade lak...hhuhuhu


dengan plan digi yang dah sangat hebat nie. apa lagi nak pening2 kepala lagi kan???

DIGI, ALWAYS THE SMARTEST CHOICE!!!!!


duit poket

Related Posts with Thumbnails