Monday, September 27, 2010

DiGi iPhone 4 Play


Apa yang menarik sangat dengan iPhone 4 nie???? Sekali pun banyak lagi jenama2 handphone kat luar sana. Walaubagaimanapun, application iPhone 4 adalah yang terbaik!!!!
Dalam banyak2 application, efa paling suka application
.
.
.
.
.
.
.
APPS FOR COOKS
application ni banyak sangat membantu efa, antara sebabnya adalah


tadaaaaa...
efa nie kan belajar pasal masakan...nie kira satu keperluan dah kalau pakej sekali ngan application for cook..eheheh






dalam application of cooks nie banyak membantu efa, lagi2 nak cari resepi. yerlah, kadang2 apa yang efa belajar tue, semua kena letak dalam buku. dengan application ni, semua menjadi senang. tak yah la nak buka buku lagi, dengan menggunakan iPhone 4 dan application of cooks nie, semua nya menjadi senang untuk efa. bila nak masak je, boleh belek2 terus dengan iPhone 4


mari kita selidik application of cooks yang ada



Jamie Oliver
20 Minute Meals

Learn from the best.

Application ni dah lengkap dengan resepi, arahan step-by-step nak masak cam mana, gambar2 yang menarik dan mengiurkan je, sampai nak masak semua 60 hidangan yang ada....perhhhh...mesti best kn??? wahhhh...seronok efa kalau dapat guna application ni...
pas tue, ada lak 21 video Jamie Oliver bagi tips2, skill dia masak lagi dan tunjuk cara menngasah pisau masa nak potong bawang. lagi menarik nie...

kalau korang nak tahu, semua resepi2 yang ada d dalam application nie, kita boleh menyediakan dan memasak dalam masa 20 minit je tau. so, semua nya cepat, mudah dan ringkas. bagi efa, lagi senang nak belajar camnie.

bertambah2 seronok, ada shopping list function untuk memudahkan kita membeli belah kat supermarket. ini lagi bertambah2 jatuh hati da.....



Weber’s On the Grill

Master the grill.



untuk Weber's on the grill lak, khas untuk part grilling2 nie. kalau dah ada lebih dari 250 resepi dengan 40 resepi untuk rubs, marinades,dan sauces, mesti dah jadi senang kerja2 untuk memasak grilling kan?? kalau kita dah pilih resepi yang kita nak, pastu kita leh la tengok senarai bahan2 yang kita perlukan untuk memasak dan belanjaan yang lebih terperinci. if kita nak start masak tu, boleh lagi kita baca tips dan video dari selebriti Jamie Purviance.

kalau ada iPhone 4 and application nie masa kita memasak, paling best kita leh masa dalah iPhone 4, and dia akan set kan masa, bila dah habis akan berbunyi lak tue...senang dah kan sekarang....


HarvestMark Food Traceability

Trace your produce.



haaa....korang rasakan semua makanan segar yang kita beli tue, segar tak??? elok ke tak??? ataupun selamat ke nak makan????

sekarang kita leh tau dah, cam na nak tengok dengan HarvestMark, kita leh tau sumber makanan segar yang kita beli. nie penting sekali sebab kita nak pastikan apa yang kita makan itu adalah selamat tauuuu

bagaimana caranya??? tengok picture yang keatas tue, ambik je kod yang ada kat logo, then dengan application nie akan memberi kita sumbernya....kagum2?????




Martha’s Everyday Food: Fresh & Easy Recipes

Whip up a meal.



Sekarang nie kita nak semua cepat dan senang nak sediakan resepi???
dengan application Martha’s Everyday Food: Fresh & Easy Recipes, kita boleh menarik nafas lega apabila nak sediakan menu harian. wah, efa suka sebab ada menu yang kita tak tau nak wat, semua dah jadi senang kan??

kalau korang pernah tengok rancangan television Martha Steward, menu dan resepi yang dia gunakan untuk memasak, sememang nya mudah.



Epicurious Recipes & Shopping List

Master the dinner party.




kalau dah ada application nie, dah boleh tutup buku resepi!!!!
mana tak nya, ada 25, 000 resepi dah terkandung dalam nie dari majalah2, buku masakan yang dah terkenal, tukang masak yang hebat2, restoran dan dari dapur atau grocery store....dengan iPhone 4, SEMUA DAH ADA.....





Ask The Butcher

Meat lovers, rejoice.




masa efa ngah study, sememangnya, part memotong2 bahagian ayam ke, daging ke, semua nya menjadi buntu. sebab tue kadang2 jadi pening kepala, yang mana satu?? betul ke??
haaaaa.....

application nie akan membantu kita nak potong semua bahagian2 daging, ayam dan semua tue,
selain tue, application nie akan membantu kita untuk mengenal bahagian2 ayam, daging.....ehehehhe




Kitchen Calculator PRO

Customize your serving size.








salunya, kalau nak tukar2 semua 100 gram tepung kepada aunces ke...
Kitchen Calculator PRO boleh tolong kita tukarkan berat bagi ramuan resepi yang kita perlukan tue...
so, tak perlu nak paham2 lagi kiraan penukaran berat2 ni dengan kalkulator.
selalunya masalah nie kita akan dapati masa nak wat kek ke, biskut ke....kadang2 berat tue dalam aunces, dalam cups, bercampur2...so kita leh tukar and stardardize kan...waaaa....




efa harap dengan application for cooks leh bantu efa dari segi semua hal memasak...semua jadi senang dan mudah....
kalu korang, korang suka application yang mana satu???



Friday, September 24, 2010

Hidangan untuk Raya

Masa raya, banyak keja nak kena wat. sampai xda masa nak update blog. efa pening sangat nak wat kek or biskut apa masa raya tu. huhuhu. at last efa wat keputusan nak wat kek lapis. kalau kat sarawak, sangat popular dengan kek lapis masa raya nie. so, efa wat la satu kek lapis namanya kek lapis india. hurm memang sedap tau, sebab di lapiskan dengan coklat cadbury. tapi nak wat nya berhari2. ehehe.. tak da la. kejap je.



tadaaa...nie la rupa nya kek lapis india, hurm. fresh from oven okkk...
biasanya kek lapis india tak da kaler2. so efa saje wat ada dua kaler. nampak meriah sikit.



nak buat korang rasa terliur sikit eh...nie pun sedap... efa wat untuk raya. special orang je leh rasa kek cheese nie.. hurm.


**korang mesti banyak wat kek or biskut time raya kan?? ke korang beli kek tunjuk je..ehehheh

Wednesday, September 22, 2010

kawan untuk selamanya

setelah hampir lebih 5 tahun meninggalkan zaman persekolahan, inilah masanya kita bersatu kembali bersama2 rakan2 sekolah dulu. waaa....memang masa berlalu tanpa kita sedari, hurm. memang seronok bila bertemu kembali bersama rakan sekolah dulu, berporet, bergurau senda, ketawa terbahak2, dan macam2 lagi la..ehehhe..

last friday, satu reunion telah diadakan bagi menyatukan semua rakan2 yang ada. walaupun tak semua yang ada, tapi kehangatan itu terasa...wah...ada lak cam tue ye...huhuhu.. reunion yang diadakan secara kecil2an ini sangat meriah dengan bermacam2 ragam ada. wah seronok rasanya. rasa tak sabar nak wat satu lagi reunion. kali ini mesti ramai lagi yang nak join.

sekali sekala bertemu balik dengan rakan2 lama kita macam terkenang balik zaman persekolahan dulu. yerlah bila kita ingat2 balik kenakalan masa sekolah dulu kan. kadang2 tue leh pulak ketawa bila ingat gelagat kita dulu, paling best bila dah buka bab cikgu2 yang mengajar kita, ahahah... sian cikgu2 kena umpat. sowi ye cikgu. eheheh


masa untuk menjamu selera bersama rakan2 yang lain...



lepas makan, walaupun dah ada yang balik, yang lain tetap bertahan...ehhehe


tengah cari pose cam na nie....huhuhuh


hollaaa....on our way to bowling time!!!!


edisi gaduh! oppss....aku jeles la tengok rambut ko nie...argghhhh...



masa untuk bowling. well, tak nak main. penat dan tenat. so saya hanya mampu melihat...


di harap masa akan datang ramai rakan2 yang akan join sekali yeee..




Wednesday, September 15, 2010

fesyen raya saya..

dah berkurun2 efa meninggalkan blog ini. hurm, sempena raya di harap blog dapat maafkan tuannya yang sangat "pengabai" ini. ehehehe. belum sempat efa nak post aktiviti efa d sini. so, efa nk kongsi fesyen raya efa tahun nie, tak ada nak berfesyen2 lebih2, baju pun simple je.



Raya pertama: simple is the best. sebab duk kat umah je, tak da g mana2 pun. menunggu tetamu datang ke rumah.


Raya ketiga: again. with baju pahang. tema tahun nie: suppose to be maroon. tapi kaler macam merah lak.


Raya ketiga: opps, nie untuk malam plak. merah mak ngah. sakit mata tengok~


Raya keempat: pinky!!! efa suka polka dot itu. i like. okayh.



**psst: rupa2 nya tahun nie baju raya banyak kaler pink n merah. eheheh. well. kebetulan je, bukan sengaja. ahaks. (yes. saya tipu kamu. memang sengaja nak kaler ni!)

cam pelik kan tak ada raya kedua. sebab raya kedua pakai baju simple je. lagipun tak ada ambil picture. hurm. korang lak berapa pasang baju raya tahun nie?




Thursday, September 2, 2010

YAHOOOO....1 hari lagi....


weird nya...huhuhuh..d saat kestresssssan study, jadi sewel dh...


sekarang semua orang excited nak balik kampung, lagi2 macam efa yang duk jauh d perantauan nie. huhuhu. (dalam nada yang sangat sedih) tak sabar nak balik nie. tapi esok efa kena melalui sangat genting, sebab ada test law. auuuchhhhh, ya i know. bukan senang ok. so kena struggle la malam nie, nak study before balik dengan hati yang riang.

tak sabar dah. uhuhuhu..:)


duit poket

Related Posts with Thumbnails